
Kemunculan usahawan dan pempengaruh, Ashraf Anuar di pentas Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW) 2026 bersama Todak Culture, baru-baru ini mencuri perhatian, khususnya apabila ia menjadi pengalaman pertama personaliti berkenaan berjalan di pentas peragaan untuk sesebuah jenama.
Namun di sebalik penampilan tersebut, timbul persoalan sama ada pemilihan Ashraf dibuat sama ada kerana popularitinya yang mampu memberi perhatian kepada jenama berkenaan.
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Todak Culture, Nurul Hakimi Haque bagaimanapun menjelaskan, tiada usaha untuk menunggang populariti Ashraf, sebaliknya pemilihan itu dibuat berdasarkan hubungan persahabatan yang telah lama terjalin antara mereka.
Malah, pihak Todak Culture menyifatkan penampilan khas Ashraf bagi memperagakan koleksi terbaharu mereka sebagai satu penghargaan besar.
“Kami dan Ashraf sudah lama berkawan dan saling menyokong jenama. Ini buat julung kali Todak keluarkan koleksi ‘streetwear’ dan kami perlukan kekuatan dan Ashraf memiliki perkara tersebut.
“Malah kita semua maklum KLFW menghimpunkan barisan jenama tempatan, sebab itu Todak menjemput Ashraf.
“Saya difahamkan juga dia tidak pernah catwalk untuk mana-mana jenama sebelum ini dan kami berbesar hati bila dia sudi untuk ‘catwalk’ untuk kami,” katanya.
Fokus Pada ‘Target Market’
Nurul Hakimi turut menambah, meskipun sinonim dengan pakaian ‘streetwear’, pihaknya ada target pembeli tersendiri iaitu lebih tertumpu kepada ‘fashionable gamers’.
“Matlamat kami adalah semua ‘gamers’ juga boleh berfesyen, tidak kira permainan video apa yang mereka ikuti. Pada masa sama, kita juga mahu meraikan fesyen itu sendiri.
“Inilah masanya kepada komuniti ini untuk ekspres kreativiti mereka terhadap perkembangan fesyen semasa, selain beri tumpukan terhadap permainan video.
“Jadi tiada istilah tunggang populariti Ashraf. Kita mahu saling bekerjasama rapat dengan jenama lokal. Kalau boleh kita nak berkolaborasi juga dengan jenama-jenama lokal yang lain, insya-Allah.
“Kita mulakan projek ini dengan Ashraf dulu. Sebelum ini memang juga ada kolaborasi bersama jenama lain, cuma dengan Ashraf, ia sebagai contoh utama bersempena KLFW 2026.
“Kita masing-masing ada ‘goals’ dan kita nampak progres baik untuk meneruskan kerjasama pada masa akan datang. Sebab itulah momen ini terjadi,” katanya.




Baca Artikel Lain;
Dari E-Sukan Ke Dunia Fesyen
Dalam pada itu, penyertaan Todak di KLFW 2026 dilihat sebagai antara langkah penting buat jenama berkenaan untuk memperluaskan cabang perniagaannya daripada dunia e-sukan kepada sektor gaya hidup dan fesyen.
Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Todak Holdings, Khairul Azlan Zainal Ariffin berkata, langkah berkenaan sudah dirancang sejak beberapa tahun lalu.
Anda mungkin berminat dengan
“Saya teruja sebab momen ini kita sudah tunggu lama. Menerusi transisi ini, kita betul-betul optimis untuk terlibat dalam dunia fesyen global.
“Malah penyertaan Todak di KLFW tahun ini juga menjadi satu ‘statment’ terkuat betapa seriusnya kita untuk sama-sama meraikan jenama gaya hidup yang sedia ada, bukan saja di Malaysia dan Indonesia, tapi di seluruh dunia,” katanya.
Menerusi Cultured by Todak, pihaknya tampil memperkenalkan koleksi Battle Scar yang diinspirasikan daripada perjalanan jatuh bangun jenama yang diusahakan.
Koleksi berkenaan juga sebagai simbolik dalam meraikan segala pengalaman, kemenangan serta cabaran membentuk evolusi Todak daripada organisasi e-sukan kepada jenama gaya hidup e-sukan bertaraf global.
Koleksi berkenaan turut mendapat sokongan selebriti tempatan apabila pelakon Ezaidi Aziz, Ikmal Amry dan Nabil Ahmad turut tampil menggayakan rekaan BattleScars ketika penampilan Todak Culture di KLFW 2026.
Untuk berita hiburan terkini dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
@mediahiburanofficial Menyala koleksi BattleScars pada penampilan debut CULTURED by TODAK di KLFW 2026 🔥 Menurut CEO Todak Culture, Nurul Hakimi Haque Fazlul Haque bersama President Director, P.T. Todak Nusantara Group iaitu Shinta Witoyo Dhanuwardoyo, kokeksi ini menggabungkan elemen fesyen jalanan moden, budaya permainan video & gaya hidup kontemporari⚡️ Malah pengasas & Group CEO Todak Holdings, Khairul Azlan Zainal Ariffin berbangga, apabila segmen ‘catwalk’ turut menyaksikan penampilan istimewa Reza Arap & Ashraf Anuar, lit habis! 😍 #MHnews #MediaHiburan #FYP ♬ original sound – Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!

