Meski berbeza aliran dan fahaman muzik, siapa sangka pasangan selebriti, Stacy dan Akim berjaya mencuri perhatian pencinta muzik lokal apabila lagu duet mereka, Aku Kau Dan Muzik yang dilancarkan pada 14 Februari lalu mendapat reaksi positif ramai.
Malah, lagu ciptaan Hang Nadim, Bunga Cantik yang juga Akim dan Stacy dan Freddy itu lain dari lain kerana ia menceritakan kisah mereka yang berjuang dalam aliran sama dan kemudian mendirikan rumah tangga atas nama cinta.
Stacy atau nama sebenarnya Ummu Syaikhah Stacy Anam berkata, lagu itu dianggap istimewa kerana dihasilkan dari dalam hati selain prosesnya yang teliti.
“Lagu ini sudah lama disiapkan iaitu sejak Ogos tahun lalu. Tapi, disebabkan kami terbabit dalam program Mentor 2019, jadi projek ini tertangguh. Awal tahun ini baru kami ada kelapangan untuk memulakan proses rakaman.
“Melodi siap dulu dan baru saya tulis lirik. Selepas itu, baru dapat tajuk dan kami sepakat pilih tajuk ini. Tidak dijangka pula, melodi dan lirik kena dengan kami yang mana bertemu dalam bidang ini.
“Lagu ini dihasilkan ikhlas dari dalam diri kami yang mana ekspresi kami sebagai suami isteri. Disebabkan itu, kami cukup teliti dari semua sudut termasuk rentak, melodi dan muzik,” ujar bintang berusia 30 tahun itu.
Ads
Lebih menarik, lagu itu juga adalah terbitan sulung dan sepenuhnya syarikat mereka, Rhythm & Rhyme Entertainment (R&R Entertainment).
Sementara itu, Akim pula mengakui, dia dan isteri tidak menjangka penghasilan lagu itu lebih mendalam sekali gus memberikan warna baru dalam muzik mereka.
“Apabila lagu ini siap sepenuhnya, saya menganggap ia magis. Memang tidak menjangka sama sekali hasilnya boleh pergi sedalam ini.
Ads
“Mungkin ini berkat kerjasama kami dan Freddy yang bersama-sama ‘monitor’ proses penghasilan lagu ini dari awal sampai habis. Apa yang diinginkan dalam lagu dapat dipersembahkan.
“Sejujurnya, gabungan saya dan Stacy dalam bidang bidang penulisan lagu ini adalah saling melengkapi. Saya akan bertanya dan meminta pandangan daripadanya. Apa yang dirasakan kurang dia akan tambah,” katanya.
Disebabkan itu, Akim yang juga vokalis kumpulan Akim & The Majistret tidak menafikan dia kian selesa bekerjasama dengan isterinya sebagai pasangan komposer.
“Sejujurnya, kami selesa bekerjasama. Apatah lagi, sekarang kami banyak luangkan masa bersama. Proses nak buat lagu bukan mudah. Perlukan masa untuk mendapatkan idea.
Ads
“Jadi, ada ketika kami akan bercuti dan berkaraoke bersama untuk mencari inspirasi. Apabila masing-masing dapat idea, kami akan gabungkan,” katanya lagi.
Selain sibuk dengan projek lagu sendiri, Stacy dan Akim juga dalam proses menerbitkan lagu untuk beberapa penyanyi di bawah syarikat mereka.
Antaranya, Rika Mentor 2019, Sharul Kamal, Seven Days dan Dr Hafiz Zainal.
Single Aku Kau Dan Muzik itu sudah boleh didengar dan dilanggan di semua platform digital muzik dan lirik videonya juga boleh ditonton di saluran YouTube Rhythm & Rhyme Entertainment.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Sharifah Rose menafikan dakwaan bahawa dia menjadi punca kepada keretakan hubungan antara anak tiri Datuk Siti Nurhaliza, Aazief Khalid dan kekasihnya, Tyra Kamaruzzaman, beberapa bulan lalu.
Bintang media sosial itu sebaliknya menegaskan, dia sedia mengenali Azief dan mengakui apa yang berlaku di antara mereka tidak ada kena mengena dengan dirinya.
“Apa yang terjadi antara Aazief dan Tyra tiada kena mengena dengan saya dan saya tidak tahu apa yang terjadi antara mereka sebenarnya.
“Setahu saya mereka sudah berpisah sejak tiga bulan lalu dan ia merupakan episod hitam putus cinta Aazief,” katanya seperti yang dipetik Gempak.
Terkejut dengan foto selfienya bersama Aazief mulai dikongsi pengguna media sosial hingga mencetuskan tular, Rose tidak menafikan ia dirakam beberapa hari lalu.
“Gambar itu dirakamkan beberapa hari lalu dan kami sekadar berkawan. Saya kenalnya sudah lama dan kebetulan dia berada di Malaysia, jadi kami rancang untuk berjumpa.
“Jujur saya katakan pertemuan itu hanya pertemuan kasual, perjumpaan sebagai kawan semata-mata tiba-tiba orang viralkan hingga timbul salah faham.
“Tiada yang serius pun antara kami berdua,” ujarnya jujur sebagai memperjelas foto tersebut yang diperkatakan menerusi perkongsian Twitter.
Malah, dek kerana foto berkenaan pelbagai spekulasi dilontar netizen hingga ada yang mengaitkan Rose dengan kisah putus cinta Aazief dan Tyra sebelum ini.
Terdahulu, kisah cinta Aazief dan Tyra berakhir sejak dua bulan lalu.
Rose pula sebelum ini dikatakan pernah berkawan rapat dengan penyanyi remaja, Ismail Izzani.
Foto: Carian Google, Intagram Sharifah Rose
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Selepas salah seorang peserta Dewi Remaja 18/19, Haneesya Hanee yang berterusan menjadi mangsa sesetengah netizen kerana asyik mempersoalkan fizikal serta warna kulitnya, hari ini bekas peserta musim terdahulu, Deja Sabri turut berkongsi pengalaman sama.
Katanya, dia pernah digelar Monyet Hitam ketika sedang bersaing dalam program Dewi Remaja edisi 2014/15 lalu. Perkongsian berkenaan diluahkan Deja menerusi Facebook.
“Hari ni so viral psl ‘dark skin’ & ‘dewi remaja’. I think i have too. BEEN THERE DONE THAT. Im jus sharing wht i do when people call me ‘MONYET HITAM’ during competition ‘Dewi Remaja 2014/2105’ (but my mom & my close friend sure tahu i nangis teruk down sbb 1st time kena hina kat media sosial. Sampai rasa nak tarik diri but i ta give up.
“Apa yg i nak sampai kan. Tis kind of stupid people with their mind will never stop talking or buly or wht eve.
“And wht we should do? Jus keep calm & enjoy our life and people will respect us. We can’t stop them no matters. But we can show to them how perfect is our life,” tulis Deja disusuli dengan tanda palang #dewiremaja dan #dewiremaja14/15
Pada masa sama, Deja turut memuat naik beberapa posting, menjelaskan perkara sama.
Terdahulu, kacukan Melayu-Arab, Haneesya juga mempunyai masalah disleksia sejak kecil.
Apa pun, saksikan perjalanan dan jangan lepaskan peluang menonton Dewi Remaja 2018/2019 setiap hari Ahad pukul 10.30 malam di saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123).
Sementara Deja sebelum ini turut bersaing dalam Dewi Remaja bersama Mawar Rahsid, Raysha Rizrose, Puteri Aishah dan ramai lagi.
Foto: Facebook Deja Sabri
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Baru-baru ini MH telah bertemu dan menemu bual bersama dengan kumpulan Indigo dan bertanyakan beberapa soalan kepada kumpulan Indigo.
Ditanya mengenai perancangan terkini selain sebab menyepi sekian lama dalam industri seni, Indigo ada jawapan sendiri.
“Kami bukan menghilang, kami ada…Cuma mungkin kami menyepi seketika” katanya.
“Sebenarnya kami rindu… rindu dengan kenangan lalu.. rindu nak menyanyi, itu sahaja”
“Malah kami rasa dengan faktor usia yang makin berusia, kami lebih menfokuskan benda lain daripada nyanyian” jawabnya lagi.
Lalu, kumpulan Indigo juga turut membayangkan untuk melakukan comeback.
Bagaimanapun, mereka memilih masa sesuai untuk membuat kemunculan yang berkualiti, tepat pada masanya.
“Kami memang ada merancang untuk buat comeback, kami masih lagi cari masa yang sesuai untuk buat comeback”.
“Kami tidak mahu buat comeback jika kami tidak ada apa apa yang solid. Atleast kami ada sesuatu untuk kami berikan kepada peminat kami yang merindui kami” kata mereka.
Pada masa sama, Indigo menafikan comeback yang bakal dibuat adalah sebagai persaingan dengan penyanyi kumpulan baru atau sedia ada.
Sebaliknya, perancangan yang bakal dilakukan tidak lebih sekadar mengubat kerinduan.
“Kami nak buat comeback bukan sebab kami nak bersaing, tapi kami cuma mahu mengubati rindu peminat”.
“Jadi tiada istilah untuk bersaing ke apa…”katanya jujur.
Kumpulan yang terkenal dengan lagu Andai Kau Pergi itu juga akan memaklumkan kemunculan semula Indigo apabila semuanya sudah bersedia.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Hampir dua tahun tidak muncul di kaca televisyen, pelakon Datin Niena Baharun menafikan dakwaan bahawa suaminya tidak mengizinkannya meneruskan kerjaya seni.