Penyampai berita, Izwan Azir Saleh berkongsi beberapa panorama menarik Tambak Johor yang kelihatan cukup tenang dan kosong selepas ditutup akibat Perintah Kawalan Pergerakan 18 Mac lalu.

Sengaja merakamkan detik bersejarah itu di laman peribadi miliknya, jelas Izwan, kali terakhir Tambak Johor ditutup adalah pada Julai 1964 selama empat hari akibat rusuhan kaum di Singapura.

“Biar jadi kenangan.

“Foto Tambak Johor (atau ‘Causeway’) yang kosong akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini saya petik dari 2 lokasi di Johor Bahru.

IKLAN

“Sebelum sempadan Malaysia-Singapura ditutup pada 18 Mac 2020 akibat penularan pandemik Covid-19, Tambak Johor yang dibina pada 1919, adalah perbatasan paling sibuk didunia. Dianggarkan hampir 145,000 kenderaan bersama 300,000 manusia akan menyeberangi Selat Tebrau setiap hari.

“Setelah 83 hari, Kerajaan mengumumkan bersedia untuk membuka Tambak Johor bagi membolehkan rakyat yang bekerja di Singapura untuk kembali bertugas.

“Kali terakhir Tambak Johor ditutup ialah pada Julai 1964 selama 4 hari akibat rusuhan kaum di Singapura yang ketika itu masih berstatus negeri dalam Malaysia. Sebelum itu, ketika Perang Dunia Kedua, tentera British telah mengebom bahagian tengah Tambak Johor untuk menyekat kemaraan tentera Jepun. Bagaimanapun Jepun telah membaik pulih laluan itu dan berjaya menakluk Singapura pada Februari 1942,” kongsinya.

IKLAN
View this post on Instagram

Biar jadi kenangan. . Foto Tambak Johor (atau 'Causeway') yang kosong akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini saya petik dari 2 lokasi di Johor Bahru. . Sebelum sempadan Malaysia-Singapura ditutup pada 18 Mac 2020 akibat penularan pandemik Covid-19, Tambak Johor yang dibina pada 1919, adalah perbatasan paling sibuk didunia. Dianggarkan hampir 145,000 kenderaan bersama 300,000 manusia akan menyeberangi Selat Tebrau setiap hari. . Setelah 83 hari, Kerajaan mengumumkan bersedia untuk membuka Tambak Johor bagi membolehkan rakyat yang bekerja di Singapura untuk kembali bertugas. . Kali terakhir Tambak Johor ditutup ialah pada Julai 1964 selama 4 hari akibat rusuhan kaum di Singapura yang ketika itu masih berstatus negeri dalam Malaysia. Sebelum itu, ketika Perang Dunia Kedua, tentera British telah mengebom bahagian tengah Tambak Johor untuk menyekat kemaraan tentera Jepun. Bagaimanapun Jepun telah membaik pulih laluan itu dan berjaya menakluk Singapura pada Februari 1942. . #tambakjohor #causeway #johor #jdt #singapura #singapore #covi̇d19 #ceritawan

A post shared by Izwan Azir Saleh (@izwanazirsaleh) on

Tambak Johor yang disenaraikan sebagai laluan darat paling sibuk di dunia, sunyi dan sepi susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan di seluruh negara.

IKLAN

Terdahulu, Menteri Kanan (Keselamatan) Malaysia, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata kerajaan mengambil maklum bahawa sektor industri di Singapura telah mula beroperasi dan meminta kebenaran supaya pekerja mereka dari Malaysia untuk berulang-alik ke Singapura.

Mesyuarat khas telah bersetuju untuk membenarkan rakyat Malaysia berulang-alik atas urusan kerja dan bersedia menjalankan ujian COVID-19 jika diperlukan Kerajaan Singapura.

Foto : Instagram Izwan Azir Saleh & Berita Harian

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI