“Tak ada lagi orang yang akan ‘bising’. Sebab kalau raya dia yang akan kecoh-kecoh.” Itu luahan penyanyi, Ayu Damit apabila pertama bakal menyambut 1 Syawal tahun ini tanpa bapa, Damit Osiri.
Allahyarham Damit,72, meninggal dunia pada 2 Julai tahun lalu akibat kanser otak.
Menurut Ayu, 32, dia juga tidak berpeluang berpuasa bersama keluarga di kampung halamannya di Kota Kinabalu, Sabah tahun lalu susulan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
“Kalau nak hubungi pun dah tak ada. Syukur, harapkan ada mak sajalah. Tak berkesempatan nak sambut ibadah puasa dengan arwah sebelum ini sebab PKP.
“Cuma saya dapat pulang ke Kota Kinabalu sekejap kerana ketika itu arwah kritikal dan terpaksa dimasukkan ke hospital,” katanya.
Ayu yang popular menerusi lagu Hanya Di Mercu ini menambah, Allahyarham bapa sempat membuat persiapan bagi meraikan Aidilfitri bersama anak-anak tahun lalu.
“Banyak yang dia siapkan, misalnya pasang lampu raya dan sebagainya. Tapi saya tak boleh balik. Agak sedihlah sebab ketika itu pun dia sudah sakit.
Ads
“Bapa tanya mak, mana Ayu. Mak hanya mampu cakap… Kan PKP, mana boleh balik kampung naik kapal terbang. Itulah alasan yang diberikan kepada arwah. Rasa ralat,” katanya lagi.
Ayu ditemui pada Majlis Iftar Hotel Tenera Bersama Media, pada Selasa yang bertemakan ‘Balik Kampung’.
Menu bufet Ramadan di hotel berkenaan bermula pada 4 hingga 30 April 2022 menawarkan harga RM118 seorang.
Ads
Ditanya apa yang dirindui setiap kali menyambut raya bersama Allahyarham, Ayu menjelaskan bapanya tidak cerewet.
“Dia tak banyak kerenah. Paling tidak pun hanya minta belikan baju raya saja. Jadi setiap tahun memang kami akan beli baju raya. Kalau tak sempat, saya akan kirim.
“Kali terakhir, saya terpaksa pos baju raya untuknya. Warna biru. Arwah memang inginkan warna tema tersebut. Tapi tak boleh nak balik gara-gara pandemik Covid-19.
“Memang rasa rindu. Tiap kali tiba puasa, dia akan hubungi saya untuk tanya mengenai baju raya. Kali ini, sudah tak ada orang untuk bertanya. Yang tanya sekarang hanya mak lah. Rasa tidak lengkap,” katanya lagi.
Ads
Terdahulu pada majlis sama, turut diperkenalkan ialah produk terbaru Pes Masakan Hotel Tenera yang terdiri daripada Pes Sambal Tumis, Kerutuk, Gulai Kawah, Kari India dan Sambal Bilis.
Sepanjang Ramadan, pihak mereka turut menawarkan potongan 10 peratus dari harga asal iaitu RM35 untuk setiap pembelian pes kombo.
Selain itu, Hotel Tenera juga menawarkan Pakej ‘Ramadan Stay And Dine’ yang meliputi penginapan bilik berserta Bufet Ramadan dan sahur untuk dua orang.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon Azar Azmi ada memberikan pandangan serta luahan susulan video seorang jemaah yang telah ditampar dan ditendang pada bahagian muka di dalam Masjid Felda Palong Tujuh, Jempol, sehingga tular di media sosial, baru-baru ini.
Menyifatkan apa yang berlaku sebagai satu perkara sepatutnya berlaku, Azar turut bertegas mengenai kepentingan untuk menghormati insan yang lebih tua.
“Kalau setakat terkena SEJADAH kau nak mengamuk macam ni. Allahu tak kisah la apa level kau, tinggi mana pun darjat kau kalau kau tak reti nak hormat orang tua, kau yang patut kena kaki.
“Belum lagi berasak berpusu-pusu dekat mekah kena tolak tarik dengan berjuta manusia kat sana. Tak tahu pulak la macam mana dia punya mengamuk agaknya.
“Tuhan bagi otak untuk berfikir. Tuhan bagi tangan untuk membantu. Tuhan bagi kaki untuk memudahkan. Mohon fikir sejenak,” tulisnya lagi.
Lampiran video viral tersebut turut dikongsikan Azar pada posting di Instagram dan sudah mendapat lebih 80,000 tontonan.
Sementara itu, menerusi laporan Harian Metro pada Jumaat, Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Mohd Khairiel Mohd Arif sebagai yang dipetik berkata, suspek berusia 60-an itu sudah dipanggil bagi melengkapkan siasatan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.
Foto: Instagram Azar Azmi
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Perkongsian foto terkini daripada selebriti dan usahawan terkenal, Neelofa sekali lagi mencuri perhatian wargamaya.
Selepas beberapa hari tidak berkongsi foto terbaharu, hantaran tersebut nyata memberi ruang buat pengikutnya untuk meninggalkan komen dan titipan.
Malah, tidak kurang yang memuji penampilan figura bekas hos MeleTop ini dan ada juga yang membuat spekulasi dia tampak berseri kerana didakwa sedang berbadan dua.
Biar hal tersebut tidak pernah disahkan tuan badan, namun peminat turut berdoa yang terbaik berkaitan hal berkenaan.
Itu antara komen awal yang ditinggalkan wargamaya menerusi ruangan komen.
Terdahulu, perkongsian foto berkenaan adalah bersempena dengan ulang tahun jenamanya, Naelofar yang ketujuh yang turut disertakan dengan pelbagai promosi dan koleksi terkini khusus buat pembeli.
Bintang versatil, Elly Mazlein ada berkongsi kisah selain mendedahkan keperibadian vokalis kumpulan Akim & The Majistret, Akim Ahmad yang turut hadir meraikan majlis nikah dan resepsinya, Sabtu lalu.
Bagaimanapun, Akim yang dilihat tiba mengenakan baju-T putih hadir ketika majlis hampir bersurai dan sepatutnya, vokalis itu membuat persembahan pada majlis raja sehari bintang Kampung People itu.
“Ada cerita sebenarnya, sangat tersentuh bile tiba2 nmpak Akim dtg, masa tu tetamu da balik. Suami & kakak lina tgh buat photoshoot.
”Sebenarnya Akim di antara yg buat persembahan di malam Nikah kami dan kebetulan pulak hari yg sama Akim terlibat dgn Show case AJL.
”Kata kakak lina dkat Stacy ” xpe love, Teruskan ke show case AJL sbab AJL adalah tugasan. Doakn kebahagiaan buat Kakak lina & Suami dari Jauh pun da cukup memadai”.
”Dan tiba2 ternmpak kelibat Akim dlm dewan dari Jauh, berjln terus ke pentas dgn keadaan yg masih berpeluh. Rasa nak gugur air mata tgk kesungguhan Akim utk memenuhi janjinya,” tulisnya.
Elly pada masa sama turut bercerita mereka saling bersalaman dan kebetulan hari jadi Akim sama dengan tarikh nikah Elly dan suami.
“Kami bersalaman Dan ambil gambar. Akim ucapkan Tahniah buat Suami & kepom. Kakak lina pulak, nyanyi lagu happy birthday buat Akim.
”Kalau nak tau Birthday Akim sama date dgn date Wedding kakak lina. Selesai bersalam Dan Akhir sekali Akim hulurkan hadiah Sampul putih buat kami.
”Buat susah2 je Akim. Apa2 pun Suami & kakak lina Doakn semoga Allah permudahkn urusan mu Akim. Cuma nak bg tau, Akim & Stacy sgt baik, berbudi bahasa, hormat org apabila berbicara.
”Moga kebahagiaan milik kamu berdua Dan family.. Untung mengenali kamu berdua. Jaga diri @akimahmad @stacyanam. InsyAllah kite jumpa nnti. Kakak syg kamu berdua dik,” kongsi Elly panjang lebar.
Serentak dengan perkongsian itu, para peminat memuji sikap Akim dan isteri kerana menghargai erti persahabatan dan sikap profesional penyanyi berkenaan.
Malah, entri tersebut turut mendapat respon dari Akim sendiri.
Terdahulu, Elly dan pasangannya, Mohamad Azlan selamat diijabkabulkan pada 18 Januari lalu di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur.
Foto: Instagram Elly Mazlein
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!