Pelakon, Talha Harith akui pelakon-pelakon baru lelaki masa kini dilihat sememangnya mempunyai banyak perbezaan jika ingin dibandingkan dengan rakan-rakan pelakon sezamannya.

Menurut Talha, sewaktu dia dan rakan-rakan mula menceburkan diri di dalam bidang lakonan, kesemua mereka lebih gemar untuk menampakkan diri mereka sebagai sosok lelaki yang gagah dan tegas.

Pandangan tersebut dikongsikan sendiri oleh Talha menerusi sebuah hantaran yang dikongsikan di laman Instagram miliknya.

“Nampak BBNU Terus Terbayang…,” – Talha Harith Dedah Pelakon Lelaki Dulu Suka Tampak ‘Jantan’, Zoey Rahman Tanya, Salah Ke Pakai Lipbum? “Nampak BBNU Terus Terbayang…,” – Talha Harith Dedah Pelakon Lelaki Dulu Suka Tampak ‘Jantan’, Zoey Rahman Tanya, Salah Ke Pakai Lipbum?

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Talha Harith (@talhaharith)

“Rakan-rakan seangkatan aku a.k.a zaman-zaman era drama, Juvana, semua nak bikin muka jadi jantan. Nak nampak abang-abang,” tulisnya.

IKLAN

Katanya lagi, pelakon masa kini amat mementingkan mengenai soal penjagaan wajah seperti memakai lipbum ketika berurusan di luar.

“Nampak BBNU Terus Terbayang…,” – Talha Harith Dedah Pelakon Lelaki Dulu Suka Tampak ‘Jantan’, Zoey Rahman Tanya, Salah Ke Pakai Lipbum? “Nampak BBNU Terus Terbayang…,” – Talha Harith Dedah Pelakon Lelaki Dulu Suka Tampak ‘Jantan’, Zoey Rahman Tanya, Salah Ke Pakai Lipbum? “Nampak BBNU Terus Terbayang…,” – Talha Harith Dedah Pelakon Lelaki Dulu Suka Tampak ‘Jantan’, Zoey Rahman Tanya, Salah Ke Pakai Lipbum?

“Kalau kita tengok sekarang, keluar berjalan pun pakai lipbum. Aku tak dapat bayangkan kawan-kawan batch aku keluar pakai lipbum.

“Ya Allah pecah perut aku. Aku scroll Instagram nampak banyak muka BBNU terus terbayang,” kongsinya lagi.

IKLAN

Kenyataan tersebut nyata mendapat respon pelbagai daripada ramai pihak termasuklah pengacara dan usahawan, Zoey Rahman.

Menurut Zoey, adakah menjadi kesalahan jika seseorang lelaki itu memakai lipbum lebih-lebih lagi buat mereka yang mengalami masalah bibir kering.

“Nampak BBNU Terus Terbayang…,” – Talha Harith Dedah Pelakon Lelaki Dulu Suka Tampak ‘Jantan’, Zoey Rahman Tanya, Salah Ke Pakai Lipbum? “Nampak BBNU Terus Terbayang…,” – Talha Harith Dedah Pelakon Lelaki Dulu Suka Tampak ‘Jantan’, Zoey Rahman Tanya, Salah Ke Pakai Lipbum?“Nampak BBNU Terus Terbayang…,” – Talha Harith Dedah Pelakon Lelaki Dulu Suka Tampak ‘Jantan’, Zoey Rahman Tanya, Salah Ke Pakai Lipbum?

IKLAN

“Nak tanya, salah ke pakai lipbalm? Kalau bibir kering nak kena pakai apa untuk merawat? Bibir kering Kalau pergi klinik pun, doktor bagi lipbalm bukan lipmatte. Selamat berbuka bos haha,” balas Zoey.

Sekadar informasi, Talha memulakan kerjayanya sebagai seorang pelakon menerusi drama popular, Juvana.

Selain Talha, drama tersebut turut dibintangi pelakon-pelakon hebat tanah air seperti Zahiril Adzim, Johan Asaari, Syazwan Zulkefli dan ramai lagi.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Sumber & Kredit Foto: Instagram Talha Harith & Utusan (Foto)

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI