Usahawan kosmetik dan penyanyi, Cheta Potpet tidak menafikan ada tanggapan warganet yang mendakwa suaranya telah ‘dioutotune’ sejurus muncul dengan single sulung Aku Yang Kau Mahu.

Menurut Cheta, 35, atau nama sebenarnya Rozita Bahrom, dia merakamkan lagu berkenaan atas dasar minat sekaligus menonjolkan bakat dimiliki.

“Kalau tengok di ruangan komen YouTube Rusa Music tu memang ada tulis ‘bolehlah dia ni banyak duit, jadi memang autotune’, ‘standard lah pengasas produk kan macam tu’.

“Tapi bagi saya, ia bergantung sebab itu duit sendiri dan masing-masing boleh buat apa yang dia nak dengan duit itu. Apa yang penting orang minat kita sebab itulah aura kita.

“Saya boleh menyanyi dan ada suara. Baru-baru ini saya ada buat persembahan. Saya dulu menyanyi dengan ‘live band’ bersama kumpulan Tribute Crew. Tiga tahun lebih menyanyi di kelab.

IKLAN

“Antaranya di Hard Rock Penang, majlis, tapi tak adalah pada acara besar sangat. Kadang-kadang gantikan orang sahaja. Pernah juga menyanyi dengan Shidi DATA,” katanya.

Che Ta yang juga pengasas produk Secret Desire mendedagkan, dia pada awalnya bercita-cita mahu menjadi penyanyi hingga pernah menyertai uji bakat program Akademi Fantasi musim keempat.

“Saya boleh menyanyi secara langsung dan tak segan sebab sudah pernah buat persembahan. Cita-cita memang nak jadi penyanyi tapi tak boleh nak ke depan dengan bidang ini.

IKLAN

“Saya pernah pergi uji bakat AF 4. Masuk peringkat kedua tapi terkeluar sebab suara tak matang lagi masa tu. Tapi selepas itu saya teruskan menyanyi dan rasa syok sendiri sebab ramai kata boleh menyanyi.

“Sebab itu apabila sudah ada duit, saya rasa nak buat single. Jadi kita penuhi cita-cita dengan duit sendiri. Alhamdulillah,” katanya.

IKLAN

Terdahulu, video muzik rasmi single pertamanya itu yang dilancarkan lebih dua tahun lalu telah mencecah lebih 52,000 tontonan.

Terbaharu, Che Ta optimis untuk menghasilkan single kedua selepas ini.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

https://youtu.be/YMPiTDvnd9E

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI