Bakal membawakan karektor sebagai wanita bisu buat pertama kali menerusi filem Telaga Suriram arahan Osman Ali, aktres versatil Nabila Huda akui tidak sabar mendukung watak sebagai Maimon.
Nabila, 37, berkata dia sejujurnya sudah lama menantikan karekter sedemkian, lebih-lebih lagi apabila berpeluang bergandingan dengan para pelakon hebat lainnya.
“Buat pertama kali saya bawa watak seorang yang bisu tapi bukan bisu sejak lahir. Watak Maimon ini sebenarnya dia mengalami trauma sejak kecil.
“Tak boleh nak kongsi lebih tapi hanya satu peratus saja dialog saya. Selalu dapat watak yang banyak cakap, tapi kali ini abang Osman berjaya membisukan saya.
“Sejujurnya saya memang menantikan watak sebegini dan skrip. Alhamdulillah, bila dapat saya terus nekad nak lakukan,” katanya.
Ads
Hos Melodi itu berkata demikian ditemui di majlis pelancaran dan sidang media filem seram berjudul Telaga Suriram di The Majapahit, Mont Kiara, Kuala Lumpur, pada Selasa.
Selain Nabila, filem genre seram itu turut dibintangi Farid Kamil, Maya Karin dan Scha Alyahya dan akan memulakan penggambaran 20 Januari depan.
Nabila pada masa sama teruja mengenangkan dia sendiri sudah lama pasang niat untuk bekerjasama dengan Osman Ali selain meminati karya pengarah itu seperti filem Anak Halal.
Ads
“Sebenarnya saya dah lama idamkan untuk berlakon dalam karya Osman Ali. Saya memang peminat setia filem Anak Halal dan karyanya yang lain.
“Tapi takut bila terlalu fikir dan nak sangat, tak dapat pula. Sebab itu saya tak letak harapan tapi ada tanamkan dalam diri nak kerjasama dengan dia.
“Alhamdulillah… tiba-tiba dia panggil saya untuk filem dia. Bila dapat saja skrip dan fahamkan sinopsis cerita, memang rezeki saya dapat watak yang diidam-idamkan,” katanya lagi.
Ads
Naskhah berkenaan juga adalah filem sulung terbitan syarikat Odissi Creative Sdn. Bhd. dengan kerjasama produksi milik Osman, Nuansa Films.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon dan usahawan, Wawa Zainal bersama suaminya, Aeril Zafrel telah pun mengagihkan duit raya kepada semua para pekerjanya bagi menceriakan sambutan Syawal tahun ini.
Menyifatkan mereka sebagai penggerak kepada kejayaan bisnes yang diusahawan, Wawa turut bermurah hati untuk untuk memberikan duit rsya kepada pengguna setia jenamanya.
“Selamat hari raya dari team @wawacosmeticshq. Inilah tulang belakang HQ WAWA. Thank you for dedication & hard work my team! Bulan terbusy adalah bulan puasa. Sampai ada yang balik pukul 1 pagi. Thank you korang.
“Siapa nak duit raya mcm dorang, komen barang apa yang u pernah beli dengan @wawacosmeticshq ok,” jelas Wawa.
Menerusi video yang dikongsikan di Instgaram itu, ia sudah pun mendapat lebih 36,000 tanda suka.
Meninjau ke ruangan komen, peminat menitipkan ucapan yang baik-baik dan tak kurang yang berkongsi mengenai produk Wawa Cosmetics kegemaran.
Umum mengenali penyanyi rap terkenal, Altimet mengumumkan persaraanya dalam bidang nyanyian baru-baru ini.
Bagaimanapun, Altimet sempat merakam lagu bersama penyanyi, Aryanti berjudul Nak Apa Lagi?
Aryanti ditemui selepas majlis pelancaran singlenya itu di Hard Rock Cafe, Kuala Lumpur petang semalam.
“Secara jujurnya, saya tidak tahu dia (Altimet) nak bersara dari bidang nyanyian. Semasa saya dalam proses buat lagu Nak Apa Lagi bersama dia, PA dia ada cakap ini adalah nyanyian terakhir Altimet.
“Secara tidak langsung, saya berasa terkejut kerana Altimet mempunyai peminat yang kukuh dan lagu-lagu dia pun semua trending,” kata Aryanti kepada MH.
Doktor viral, Dr Say Shazril mengakui teruja menantikan kelahiran anak sulungnya dijangka bakal dilahirkan pada Mei depan.
Menerusi foto imbasan ultrasound yang dikongsinya hari ini, kelihatan anak sulungnya itu dalam keadaan sihat.
“Topic : 1st Picture In 2019, Of my bini & my hidung mancung dagu tajam 362gram baby boy.
“What a lovely way to start d year by going to our 20weeks detailed scan just now.
“Alhamdulillah, my baby is all fine physically from d scan. Skang saya pulak xsabaq nak Say Jr ni kluaqqq.
“Tarikh dia nk keluaq Mei ni tp sy tau time flies, tup tap nnt dah ada baby menangis dalam umah tenang Cyberjaya sy nnt huhu.
“Bley start pikir nama dah ni, bini nak nama start dari huruf A, sy semestinya nak nama start dari huruf S.
“Xpa ada 5 bulan lagi nak berkelahi pilih nama heheh. Happy weekend anyway peeps!,” kongsinya.
Sebelum ini, Dr Say Shazril berkahwin dengan isterinya, Dr Azura Abas pada Mac 2014.
Tahun lalu, Dr Say berkongsi berita isterinya mengandung pada Oktober sebelum mendedahkan dia pernah mengakui tidak subur namun berjaya mengatasinya dan kini sedang menanti kelahiran anak pertama mereka.
Foto/Instagram: Dr Say Shazril
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi dan komposer, Andi Bernadee, kembali memikat peminat dengan single terbaharunya berjudul Siapakah Namamu, sebuah lagu yang mengangkat kisah indah pertemuan cinta yang tidak...