Penyanyi dan pelakon, Nonny Nadirah ada berkongsi foto yang merakamkan dirinya saat masih di bangku persekolahan, kira-kira 16 tahun lalu.
Perkongsian tersebut dibuat Nonny menerusi Instagram, awal malam tadi.
Kongsinya, usah terlalu risau andai pada fasa remaja, kita tidaklah secantik orang lain.
“Jangan risau kalau dlm fasa remaja kita tak secantik orang lain. Enjoy the moment. Setiap orang mempunyai kecantikan & kelebihan kat diri masing2.
“Biar hina di mata manusia,
Cantik di mata Allah.. chehh!! sep sket. Nanti umur dah meningkat,trust me korang akan rindu zaman2 nie!!Cer teka time tu ciknons form berapa?hahaha, tulisnya.
Pada masa sama, Nonny turut menekankan supaya adalah lebih baik untuk menjadi diri sendiri.
“Takyah rushing nak jadi 25thn,
just be yourself okay!,” kongsinya lagu sambil memberi kredit kepada jenama penjagaan wajah.
Pelakon dan usahawan, Zoey Rahman beberapa jam lalu ada berkongsi rakaman video kandid yang memperlihatkan dirinya bermain mercun bagi menjayakan babak sebuah drama terkini yang dilakonkan.
Bagaimanapun apa yang mendebarkan ialah, rakaman yang diambil secara jelas menunjukkan salah satu mercun berdekatan tiba-tiba meletup hingga mengejutkan si tuan punya badan.
Pelakon Yana Samsudin atau nama sebenarnya, Norliana Samsudin telah berkongsi sekeping gambar dia bersama anaknya di akaun Instagram miliknya.
Menerusi gambar tersebut, pelakon Wawa Semput itu telah berkongsi sedikit pengalaman ketika dia membeli makanan untuk anaknya di bulan ramadan.
“Tahu tak perasaan jam jam gini kalau kita kat luar tetiba anak minta air! Hahaha !
“Dulu dulu segan juga nak order air untuk anak. Tak kisahlah drive thru ke apa ke.. .
“Ingat lagi 1st time order drive thru tengah bulan puasa untuk @aisymateen. Sanggup sebut bubur ayam satu untuk anak.kahkah.. .
“Agaknya kisah ke si pengambik order tu? Hahaha . .
“Tapi lama lama biasa dah. Dah 2 tahun pengalaman kan.. kalau kita malu anak kita yang kebulur dan haus nanti. Ye lah kat luar nak masak apa pulak sembunyi sembunyi kan?
“So kesimpulan nya . Kerana anak mak ayah sanggup buat apa sahaja. Asalkan tak kelaparan.. sayangggg dieee.
“Kira ada lesen beso lah bila ada anak boleh beli makanan di siang hari! Hahaha .
“Korang pulak macam mana? Ada tak orang usha pelikkkk je bila beli makanan siang hari bulan puasa? .
“Korang jangan ngade ngade kirim makanan kat yana pulak eaaaaa .. mentang mentang yana ada lesen beso.. hahaaha”tulisnya.
Penyanyi Misha Omar meluahkan rasa syukur atas segala reaksi positif yang diterima susulan penampilannya yang mengenakan bertudung ketika membuat persembahan di Perlis, baru-baru ini.