Pelakon Puteri Sarah Liyana berharap prosiding perceraian dengan suaminya, Syamsul Yusof yang berlangsung di Mahkamah Tinggi Syariah di sini hari ini bakal berakhir dengan baik.
“Insya-Allah harap boleh selesai semuanya.
“Doa harapnya semoga kita berpisah,” katanya kepada saat tiba di Mahkamah Tinggi Syariah, Kuala Lumpur hari ini.
Sementara itu, peguam syarie mewakili pelakon, Puteri Sarah, Datuk Akberdin Abdul Kader memaklumkan berkemungkinan besar segala kemelut rumah tangga melibatkan anak guamnya itu bakal selesai sepenuhnya hari ini.
“Hari ini adalah perbicaraan untuk pengesahan dua lafaz cerai yang didakwa Puteri Sarah sebelum ini dan juga status permohonan cerai baru.
“Insya-Allah besar kemungkinan kita akan selesaikan semua sekali hari ini,” ujarnya.
Jelasnya, pihak mahkamah perlu mendengar terlebih dahulu mengenai dakwaan dua lafaz cerai di luar mahkamah sebelum meneruskan kepada permohonan yang baru.
“Namun, sebelum pergi kepada permohonan lafaz cerai yang baru, kita kena selesaikan pengesahan dua lafaz cerai yang didakwa sebelum ini.
“Selagi dua benda itu belum selesai, mahkamah tidak boleh teruskan ke lafaz cerai baru sebab nak tahu sudah berapa kali perkara itu dilakukan,” katanya lagi.
Tambahnya, pengesahan lafaz cerai juga bergantung di tangan suami dan pihak mahkamah perlu mendengar hujah mengenainya.
“Ada beberapa persetujuan yang sudah dicapai dan akan usulkan kepada mahkamah.
“Jadi, semuanya bergantung di tangan suami jika dia nak setuju atau tidak. Kalau suami kata tak pernah berlaku, hakim kena dengar perkara itu,” ujarnya lagi.
Terdahulu, hakim Syarie Akmalluddin Ilyas memerintahkan Puteri Sarah selaku plaintif untuk memfailkan dakwaan lafaz cerai yang sudah dibuat sebanyak dua kali oleh Syamsul.
Jika mahkamah mensabit perceraian berlaku sebanyak dua kali, ini bemakna permohonan cerai Puteri Sarah merupakan kali ketiga.
Walau bagaimanapun, peguam syarie Azmi Mohd. Rais yang mewakili Syamsul menafikan dakwaan berkenaan dan tidak mengetahui dapatan laporan JKP berkenaan memandangkan ia dibuat secara berasingan.
Sebelum ini, pada 25 Mei lalu, Jawatankuasa Pendamai (JKP) memaklumkan ikatan perkahwinan Sarah dan Syamsul Yusof tidak dapat diselamatkan kerana berlaku shiqaq iaitu perbalahan berpanjangan.
Puteri Sarah memfailkan tuntutan cerai terhadap suaminya pada Januari tahun ini di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur selepas krisis rumah tangganya sejak empat tahun lalu.
Selain itu, dia juga enggan dimadukan selepas Syamsul membuat pengakuan bernikah kali kedua dengan Ira Kazar di Thailand.
Puteri Sarah dan Syamsul mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata, Syaikul Islam, 5, dan Summayah, 3.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Penyanyi dan pelakon Ziha Salleh mengakui dia terkejut dan tidak menjangkakan single Adat Kasih memenangi kategori Lagu Pop Etnik Terbaik di Anugerah Industri Muzik ke-23 (AIM23), malam tadi.
Kemenangan tersebut sekaligus menafikan kemaraan empat lagu lain, iaitu Anakanda nyanyian Datuk Seri Siti Nurhaliza, Kucuma (nyanyian Wany Hasrita & Datuk Jamal Abdillah), Intan Payung (Bunga menampilkan Noraniza Idris) dan Sang Purnama (Wany Hasrita & Wani Syaz).
“Bila saya tercalon, saya tak harap akan menang kerana yang tersenarai semuanya hebat-hebat belaka. Saya hanya menyampaikan lagu ciptaan Aubrey Suwito dan Tinta ini dengan sehabis baik.
“Saya terkejut dan bersyukur, tak sangka boleh meraih trofi ini dan menewaskan calon-calon lain yang sangat berbakat. Selama tujuh tahun dalam industri seni, ini merupakan kemunculan semula saya dalam bidang muzik.
“Dulu saya pernah menyertai program realiti sebuah program televisyenpada 2014. Selepas itu, saya banyak berlakon dan lagu ini menjadi ‘comeback’,” katanya.
Ditanya mengenai kritikan atau ada pertikaian di kalangan netizen atas kemenangan tersebut sekiranya ada selepas ini, Ziha memilih untuk optimis.
Baginya, adalah lebih baik untuk memandang perkara tersebut dari sudut positif.
“Saya dah tempuh macam-macam perkara sepanjang tujuh tahun bekerja dalam industri, mesti ada pertikaian netizen. Saya juga nak dengar apa kata netizen.
“Siapa tahu, ada di antara reaksi yang diberikan boleh saya ambil sebagai pengajaran. Apa yang baik saya teruskan, apa yang kurang baik akan saya baiki,” katanya.
Ziha pada masa sama memberikan dedikasi lagu tersebut kepada orang tuanya.
“Saya membesar di Johor Bahru dan merupakan seorang penari zapin. Bapa saya pun gemarkan lagu genre tradisional. Insya-Allah, selepas ini saya akan teruskan usaha untuk keluar dengan karya yang irama Malaysia dan etnik kreatif,” katanya lagi.
Selain kategori Lagu Pop Etnik Terbaik, Ziha turut ungguli kategori Kulit Single/Album terbaik.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Pelawak dan pelakon, Ain Sufia, 33, akui masih banyak lagi ilmu yang perlu dipelajari untuk menjadi ibu terbaik buat anak sulungnya, Indah Nufa yang kini mencecah usia empat.
Pada masa sama, bekas peserta Projek Komedi Warna 2015 ini juga secara berseloroh turut mendedahkan sehingga ke hari ini, masih ramai kenalannya yang seakan tidak percaya dirinya sudah pun bergelar ibu.
Berkongsi kapsyen berkenaan menerusi Instagram buat tatapan umum, Ain turut memberitahu dirinya masih sama seperti dulu.
“Dah 4 bulan jadi mak orang! Banyak lagi ilmu jadi mak bapak yg mader belom tau lagi.
“Disebabkan Februari 29 hari je, takda 30hb jadi semalam genap lah @indah.nufa 4 bulan.
“Tapi masih sampai hari ni ada lagi kawAn2 tak percaya mader dah jadi mak orang. ‘Weyh Ain dh jd mak orang weyh. Ain dh ada anak laa. Aku tak caye lagi ni’ Apooooo hahhahahhaha kenapa ehhh?
“Aku tak berubah pun. Masih Ain yg sama gonjeng macam dulu. Cuma sopan sikit lah,” tulisnya.
Sekadar informasi, Ain dan suaminya iaitu seorang kakitangan kerajaan, Mohd Nor Ab Mutalib mendirikan rumah tangga pada 1 Februari 2019 lalu.
Selain menyertai Projek Komedi Warna, anggota kumpulan Awok ini juga pernah terlibat di dalam program komedi terbitan Astro, Skool of Lawak kira-kira enam tahun lalu.
Foto: Instagram Ain Sufia
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Penyanyi dan komposer, Aina Abdul merakamkan rasa syukur dan terharu apabila penyertaan sulungnya di Semi Final Muzik-Muzik membuahkan hasil menerusi lagu Sumpah yang diumumkan sebagai antara 12 buah lagu yang berjaya mara je pentas Anugerah Juara Lagu 34 (AJL34), Februari depan.
Aina atau nama sebenarnya, Nurul Aina Abdul Ghani yang juga naib juara Mentor Legend 2014 memberitahu, kejayaan melangkah ke AJL disifatkan sebagai satu permulaan kerjayanya kembali.
“Pentas ini adalah permulaan karier saya, sebabnya selepas program Mentor, saya mendiamkan diri. Jadi boleh dikatakan ‘stage’ ini berikan satu tuah buat diri saya.
“Terima kasih kepada semua pihak yang memberikan peluang. Saya sedar, diri ini masih lagi baru dan yang lain-lain pun senior saya, ibarat seorang guru. Terima kasih,” katanya dalam nada sebak.
Ditanya apakah perasaannya apabila lagu ciptaan sepenuhnya itu diumumkan sebagai lagu terakhir berjaya lolos ke pertandingan pencarian lagu terbaik tahunan itu, bintang berusia 26 tahun ini positif seandainya Sumpah tidak melengkapi senarai finalis AJL34.
“Mungkin saya tiada peluang… Saya sedar diri dan kedudukan. Bukan bermakna saya ingin merendahkan diri-sendiri, tetapi saya tahu perjalanan serta permulaan kerjaya saya yang bukan mudah.
“Jadi tak rasa saya akan dapat pun. Tapi alhamdulillah, rezeki Allah,” jelasnya lagi yang tidak jangka namanya kian dikenali kebelakangan ini.
“Sebab saya menyepi agak lama dan selama saya menyepi, saya banyak belajar dari kesilapan, tanya pada diri apa yang dimahukan dalam industri dan sebagainya.
“Terima kasih kepada semua yang menghargai. Jujurnya saya memang mahu peminat ingat balik terhadap diri saya. Jadi kejayaan ini ibaratnya sebagai satu permulaan,” kata Aina yang sebelum ini sinonim menerusi single Inggeris, Shadow.
Terdahulu, 30 buah lagu yang layak ke adalah berdasarkan undian peminat sebanyak 40 peratus dan penilaian juri profesional sebanyak 60 peratus di carta Muzik Muzik 34.
Tahun ini, peringkat semi finali dinilai para juri profesional terdiri daripada Faizal Uzir, Datuk Syafinaz, Edrie Hashim, Aznul Haidi Azmi, Aubrey Suwito, Ajai dan Azmeer selaku ketua juri.
Sherry Al-Hadad dan Haziq Hussn pula ditugaskan sebagai hos dan program ini telah pun bersiaran secara langsung setiap Jumaat, jam 9 malam di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam.
Berikut ialah 12 buah lagu yang berjaya mara ke pentas final AJL 34;
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI