Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam hari ini menetapkan 14 Ogos ini sebagai tarikh bagi keputusan inter-parte (kedua-dua belah pihak) injuksi yang difailkan pengarah filem, Syamsul Yusof terhadap isteri pertamanya, Puteri Sarah.

Menurut peguam syarie mewakili Syamsul, Azmi Mohd. Rais, sehingga tarikh keputusan tersebut, perintah injuksi terhadap Puteri Sarah masih dikekalkan.

Katanya lagi, mahkamah juga telah memerintahkan kedua-dua pihak memasukkan hujahan sebelum 14 Ogos ini.

“Asalkan Tahu Jaga Batas, Kita Boleh Bersuara,” – Puteri Sarah Perlu Terus Membisu Sampai 14 Ogos, Peguam Persoal Hak Bersuara

“Pihak Syamsul telah menerima afidavit daripada pihak Puteri Sarah. Manakala, pihak mahkamah pula telah mengarahkan kami memasukkan hujah. Jadi, keputusan berkenaan perintah injuksi akan diputuskan pada 14 Ogos ini.

“Kami juga telah memohon tempoh lanjutan injuksi sehingga tarikh keputusan. Pada tarikh tersebut, kedua-dua pihak kena hadir bagi mendengarkan keputusan mahkamah.

“Sepanjang tempoh tersebut, pihak Puteri Sarah tidak boleh membuat apa-apa keterangan yang bersifat negatif dan subjudis,” katanya yang ditemui selepas selesai prosiding.

IKLAN

Sementara itu, peguam syarie, Datuk Akberdin Abdul Kader yang mewakili Puteri Sarah turut mengesahkan perkara sama selain memaklumkan anak guamnya ada memfailkan bantahan terhadap injunksi tersebut.

“Asalkan Tahu Jaga Batas, Kita Boleh Bersuara,” – Puteri Sarah Perlu Terus Membisu Sampai 14 Ogos, Peguam Persoal Hak Bersuara

“Sewaktu keputusan nanti, kita akan dengarkan sama ada injuksi ex-parte yang diperolehi itu akan dikekalkan sehingga keputusan akhir atau diketepikan. Mahkamah akan teliti alasan-alasan kedua-dua belah pihak.

“Lagipun, injuksi yang dibuat sebelum ini adalah sebelah pihak sahaja. Jadi, ia kini telah diubah ke kedua-dua pihak,” ujarnya.

IKLAN

Ditanya mengapa anak guamnya membantah perintah injuksi tersebut, Akberdin memberitahu pihaknya merasakan ia seperti menghalang kebebasan bersuara.

“Pendapat kami, ini adalah kebebasan bersuara. Jadi, mereka tak boleh kekang anak guam saya bersuara. Pihak media pun tahu apa yang mereka akan tapis.

“Berkenaan perkara subjudis pula, kita kena berhati-hati. Kita tak boleh mengambil alih kuasa mahkamah. Kami punyai kebebasan bersuara di bawah Perlbagaan Persekutuan.

“Kita tak boleh aibkan dan fitnah orang lain. Asalkan kita tahu menjaga batas, kita boleh bersuara. Semua orang berhak bersuara. Kita tak boleh dapat perintah seperti ini untuk kekang isu-isu pramatang,” kongsinya lagi.

IKLAN

Sebelum ini, Syamsul difahamkan telah memohon perintah injunksi terhadap Puteri Sarah pada 25 April lalu bagi menghalang isterinya daripada mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung pergolakan rumah tangga mereka di semua platform media sosial.

Terdahulu Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur memaklumkan tiada ruang untuk Syamsul dan Puteri Sarah untuk berdamai dalam kemelut rumah tangga mereka.

Malah, Puteri Sarah juga berkata, tiada perkara yang perlu dirunding atau dibincangkan lagi memandangkan hatinya telah tertutup untuk berdamai selepas nekad mahu bercerai.

Puteri Sarah dilaporkan memfailkan tuntutan cerai selepas krisis rumah tangga sejak empat tahun lalu gagal menemui jalan terbaik, selain enggan bermadu selepas Syamsul membuat pengakuan bernikah dengan Ira Kazar sebagai isteri kedua, awal tahun ini.

Puteri Sarah dan Syamsul mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014 dan hasil perkahwinan, pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata Syaikhul Islam, 6, dan Summayah, 4.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI