Penyanyi Zizi Kirana meluahkan rasa teruja apabila sekali lagi diberi peluang menyertai misi bantuan kemanusiaan ke Syria sempena Ramadan tahun ini.

Menurut Zizi, dia dijadualkan berangkat ke Syria pada esok, 11 Mac bagi menghantar barangan bantuan yang telah disumbangkan kepada mangsa yang terjejas akibat konflik berterusan.

“Kalau Syahid Pun Tak Mengapa,” – Zizi Kirana Ke Syria Esok Demi Bantuan Kemanusiaan, Imbas Tragedi Serangan Bom

“Insha-Allah saya bersama team Cinta Syria Malaysia akan ke Syria dan akan masuk melalui Beirut, Lubnan. Doakanlah agar perjalanan dan misi ini berjalan lancar.

“Kami akan menghantar barangan-barangan bantuan yang telah disumbangkan oleh anda semua kepada saudara kita di Syria. Mereka juga kini sedang struggle,” katanya kepada MH.

Rindu Pengalaman Misi Lalu

Zizi menambah, dia juga tidak sabar untuk kembali ke lokasi sama selepas merasai pengalaman bermakna ketika pertama kali menyertai misi ini tahun lalu.

Ads

“Kalau Syahid Pun Tak Mengapa,” – Zizi Kirana Ke Syria Esok Demi Bantuan Kemanusiaan, Imbas Tragedi Serangan Bom

“Alhamdulillah, ketika pertama kali saya sertai misi ini tahun lepas, di bulan Ramadan juga, saya dapat melihat banyak kebesaran Allah ketika musafir.

“Saya berjumpa dengan pelbagai jenis manusia dan budaya. Itu yang membuatkan saya nak pergi lagi. Saya juga lalui banyak kenangan manis yang tidak dapat dilupakan. Itu yang saya rindu.

“Alhamdulillah, tahun ini mereka ajak saya lagi dan saya berbesar hati nak pergi,” ujarnya lagi.

Ads

Tak Gentar Berdepan Risiko Serangan

Walaupun pernah mengalami situasi serangan bom, Zizi tetap bersemangat untuk meneruskan misi bersama ahli rombongan lain.

“Kalau Syahid Pun Tak Mengapa,” – Zizi Kirana Ke Syria Esok Demi Bantuan Kemanusiaan, Imbas Tragedi Serangan Bom

“Saya juga buat persiapan dari segi mental seperti tahun lepas. Saya memang berniat untuk hantar bantuan dan melihat keadaan sebenar di sana.

“Bila tempat kami di bom tahun lepas, kejadian itu memang buat kami terkedu seketika. Kata mereka, jika serangan bom ini bermula, akan ada serangan susulan.

Ads

“Situasi itu yang mengajar saya untuk berserah kepada Allah. Saya tawakal sahaja bila buat misi ini,” katanya lagi.

Sedia Hadapi Kemungkinan

Menyedari risiko yang bakal dihadapi, Zizi tetap bersedia dan hanya bertawakal kepada Allah SWT.

“Allah Maha Baik. Bila saya lalui insiden bom itu, panik itu sudah tentu. Kita tak pernah dengar bunyi bom sekuat itu. Bila kita rasa sendiri, baru saya tahu, inilah situasi biasa yang selalu mereka hadapi.

“Rasa takut itu memang ada. Ketika itu, hanya empat orang sahaja daripada Malaysia. Kami berfikir, kalau syahid pun tak mengapalah. Harap segalanya dipermudahkan. Itulah mindset kami.

“Lokasi itu sangat jauh. Nak ke sempadan pun jauh. Jadi, kami tawakal sahaja,” akhiri Zizi.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI