Pelakon Scha Alyahya mengakui tidak pernah meletakkan sebarang syarat kepada mana-mana pihak agar turut sama menampilkan suaminya, pengacara Awal Ashaari menerusi apa sahaja majlis.

Sebaliknya, situasi tersebut berlaku secara semula jadi apabila kebanyakan klien mahukan pasangan selebriti itu untuk hadir secara bersama.

Menyifatkan apa yang berlaku sebagai suatu kerjasama yang baik, ibu kepada Lara Alana juga tidak menafikan perbezaan di antara dia dan suami menjadikan gabungan tersebut sebagai sesuatu yang menarik.

“Naturally situasi tersebut tidak pernah pun kami rancang. Jadi apabila kami berdua sering hadiri mana-mana majlis dan ada yang mulai nampak dengan dinamik dan sinergi antara kami, jadi ramai yang dah lekat dalam kepala ‘Scha & Awal’.

IKLAN

“Saya punya kekuatan atau ‘kuasa’ itu lain, mungkin dari segi fesyen. Sementara Awal pun lain, dia lebih kepada content. Jadi itulah yang membuatkan ada combain power yang membuatkan sinergi itu kuat. Lalu membuatkan klien suka daripada situ,” katanya kepada MH.

Ditanya mengenai apakah dia melibat dirinya sama Awal sebgai suatu bentuk penjenamaan dalam sisi perniagaan, Scha punya pendapatnya sendiri.

IKLAN

“Memang tak pernah terfikir, malah sejak awal kahwin lagi. Kebetulan nama panggilan ‘Schawal’ itu sendiri pun bukan dari kami.

Ada wartawan senior yang gelarkan kami begitu lalu ia kekal hingga ke hari ini,” jelas Scha lagi.

IKLAN

Dalam perkembangan lain, Scha kini sedang bekerjasama dengan pereka, Christy Ng selama tiga bulan untuk pengeluaran tas tangan serta kasut.

Foto: Instagram Scha Alyha

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI