Semalam, pelakon yang baru melahirkan cahaya mata sulung, Mawar Rashid ada berkongsi situasi lucu ketika suaminya, Raff Yaakob cuba melakukan kejutan bersempena dengan ulang tahun kelahirannya yang ke-24.
Kongsi Mawar menerusi Instagram, kejutan tersebut diketahuinya awal.
“Harini pantang hari ke 21, birthday Mawar yang ke 24. @rafyaakob sebenarnya nak surprisekan birthday untuk Mawar.
“Tapi KSha @raysaachanelaraf dah kantoikan dengan detail ada surprise birthday kat tingkat bawah,” tulis Mawar.
Ads
Menyedari akan diberikan kejutan hari jadi, finalis Dewi Remaja 2015 ini terus mendapatkan khidmat solekan daripada juru solek kegemaran.
“Bila Mawar dapat tahu ade surprise, apa lagi, Mawar terus call MUA fav Mawar @makeupbynadianordin untuk bersiap cantik2.
Ads
“Ye lah, tengah birthday kan, tak kan nak comot pulak. Mak cik bawang, kasi chance cuti pantang untuk beberapa jam ye. Chill ya.
Ads
“Mawar tahu korang Carr pasal Mawar,” kongsi Mawar yang turut memohon supaya ‘makcing bawang’ chill terhadap situasinya yang sedang berpantang.
Semalam, instafamous yang juga seorang usahawan, Ashraff Mazlan ada memaklumkan mahu menjual kapak ‘rare’ miliknya, Supreme Axe.
Kapak tersebut dan Ashraff pernah menjadi viral pada sambutan Hari Raya Korban lalu apabila bintang Insta itu ada memuat naik foto sedang melapah daging korban menggunakan kapak berkenaan.
Bagaimanapun, ramai netizen yang memuji tindakan Ashraff kerana dia mahu menjual kapak tersebut khusus bagi meringankan beban penderitaan yang dialami bayi malang, Ainul Mardhiah yang menghidap Germs Cell Tumor.
“Sempena hari jumaat yg mulia ni, sy nak jual dan buka bidaan untuk “SUPREME AXE” kesayangan sy. Condition 9/10 sebab guna masa Raya Korban tahun lepas.
“Sy nak start bidaan dgn harga RM10, market dalam Rm800-Rm1000. korang boleh up bid di ruangan komen ni. Esok, 14/4 jam 1pm kita pilih pemenang dengan bidaan tertinggi.
“Btw, 100% hasil lelongan ni sy akan salurkan pada adik Ainul Mardhiah,” tulisnya
Sementara itu menerusi ruangan komen, rata-rata netizen memuji tindakan Ashraff yang disifatkan sebagai prihatin dan peka terhadap musibah yang menimpa orang lain.
Foto: Instagram Ashraff Mazlan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon Mas Khan telah menyambut hari jadinya yang ke 25 tahun pada Rabu lalu.
Lantas, pelakon filem Abang Long Fadhil 2 itu juga ada berkongsi gambar di Instagramnya.
Malah, bintang ini yang sinonim dengan resort Bro Mas, Melaka ada menitip ucapan manja buat kekasihnya, Fazreen Fazera.
“Dear Fazreen Fazera, you are not the first woman that I have loved, but i know that you will be the last. You make me so happy. I really can see myself growing old in love with you, with plenty of children in the home that we will build together soon inshaallah.
“Whenever i think of it, it fills my heart with so much happiness. Thank you for all that you’ve done for me. I don’t know where I’d be without you. I love you, and I promise to take care of you always,” tulisnya.
Pelakon senior, Kuza ada merungkai mengenai sirah para Nabi sehingga membuka ruang keinsafan dalam diri.
Dia yang memulakan dengan perkenalan kisah Nabi Muda dan Nabi Khidir sehinggalah kepada taubat akhir Firaun, pelakon ini cuba berkongsi ilmu di laman Instagram miliknya.
Malah, tahukah kita bahawa matahari pernah berhenti? Jom ikuti kisah menarik ini.
“Korg tau x sapa yang teman Nabi Musa cari Nabi Khidir? Nama dia Yusha’ dia juga adalah anak murid Nabi Musa.
“Korg tau x matahari pernah berhenti? Matahari pernah terhenti di tangan Nabi Yusha’ as Ketika menjelang mghrib.
“Korg tau x sape Qorun? Qorun ni sorg yg kaya bijak lagi tampan Dia jgk sepupu Nabi Musa
“Korg tau x apa yg mmbuat Qorun berpaling? Zakat adalah punca utama Qorun berpaling dari Nabi Musa.
“Korg tau x Qorun? Dia mati bersama askar dan harta2 nya kerana menfitnah nabi musa berzina. Dia ditelan bumi sikit demi sedikit.
“Korg tau x sape Firaun? Firaun ni bapak angkat Nabi Musa Suami wanita teragung dunia Asiah.
“Korg tau x asal nama Nabi Musa? Nama Nabi Musa di ambil sempena nama pokok (mu) dan air (sa) Ketika di hnyut kan bekas itu tersangkut di situ(Sungai Nil). Di dlam istana firaun.
“Korg tau x Nabi Musa duk langit ke berapa? Nabi Musa as dduk di langit yg ke 6
“Korg tau x Firaun? Firaun pernah membina menara yang amat tinggi. Semata2 utk tgk tuhan Nabi Musa. Di sini lah dia mengaku dia Tuhan. Surah An-nazi’at ayat 24.
“Korg tau x Firaun ni? Di xpernah sakit xpernah bersin x pernah menguap. Senang cite yg melemahkan ni smua dia xpenah rse.
“Korg tau x firaun pernah bertaubat? Ketika di hampir tenggelam di laut merah, dan roh telah sampai ke halkum, ketika itu taubat tak lagi diterima. Kerana taubat itu penyesalan, firaun taubat kerana takut.
“Korg tau x piramid di mesir? Piramid tu kubur org2 kanan firaun. Tu kubur. Agak2 rumah besar mne? Allah tngal kan sikit2 utk kita amik pngajaran.
“Korg tau kan firaun pernah mengaku dia tuhan. Pada hari firaun mengaku dia tuhan, pengsan dan Lari lah iblis dari berdamping dgn firaun kerana takut kemurkaan Allah. Iblis lari dalam kehairanan.
“Korg tau x knapa iblis xpernah mengaku dia tuhan? Surah al-a’rf ayat 12 Iblis tau Allah swt yang ciptakan dia (daripada api) mana mgkin dia nk mgku dia tuhan.
“Korg tau x kenapa iblis x mintak hidup selama² nya? Al hijr ayat 36 Iblis tahu perbendaharaan Allah. Iblis ni dlu alim, ahli ibadah. Dia ada ilmu Iblis yakin dunia akan kiamat. Sbb tu dia mtk tmpoh smpi situ je. (hari kiamat)
“Korg tau x lps iblis mtk tmpoh tu apa Allah buat? Allah swt terus memperkenankan doa,” tulisnya panjang lebar.
Penyanyi Misha Omar meluahkan rasa syukur atas segala reaksi positif yang diterima susulan penampilannya yang mengenakan bertudung ketika membuat persembahan di Perlis, baru-baru ini.