Kalau kita dapat lihat sekarang ini terlalu ramai pendatang baru dalam industri seni baik daripada bidang nyanyian mahupun lakonan.

Pelakon lelaki, Zahiril Adzim baru-baru ini ada meluahkan rasa kecewanya pada sebuah sumber tentang segelintir pihak yang lebih menitikberatkan rupa paras berbanding bakat untuk diterima menjadi sebagai pelakon.

Zahiril menyatakan rasa kecewanya apabila ada pihak yang membuat uji bakat namun yang dipilih bukanlah bakat tetapi rupa.

‘Kalau Nak Cari Pelakon Handsome Bagi Tahu Awal-awal’

“Saya sangat-sangat dissapointed bila saya dengar rejection before auditon ni, diorang buat uji bakat maknanya yang diuji itu adalah bakat. Kalau awak kata uji bakat maknanya ujilah bakat bukan uji paras rupa.

 

“Ataupun kalau nak senang, bagi tahu je la kita mencari pelakon handsome, bakat nanti kita tengok. Bagi tahu awal-awal sebab yang datang ni memang diorang prepare bakat tapi ada juga yang prepare diorang punya look,” ujarnya kepada Mstar Online.

Kata Zahiril lagi, dia tiada masalah dengan paras rupa yang cantik kerana faktor tersebut sememangnya menyumbang daya tarikan kepada penonton. Tetapi bagi dirinya, sebelum diuji bakat pastikan kesemua faktor untuk menjadi seorang pelakon itu ada.

IKLAN

‘Kalau Nak Cari Pelakon Handsome Bagi Tahu Awal-awal’

“Even kita nak kritik sebuah naskah pun kita kena pastikan naskah tu membuktikan diri sendiri. Kita tak boleh kritik apa-apa filem atau naskah tanpa menontonnya.

 

“Sama juga dengan bakat orang, tengok la dulu dia punya talent macam mana,” ujarnya lagi.

Pelakon ini juga menceritakan pengalamannya sewaktu mula-mula bergelar sebagai seorang pelakon dahulu, dia juga sering ditolak sewaktu pergi ke sesi uji bakat.

Zahiril mengakui perasaannya selepas ditolak pada sesi uji bakat membuatkan dirinya sedih namun dia tidak pernah mengalah dan terus mencuba.

IKLAN

Ditanya adakah dia ditolak atas sebab paras rupa atau sebaliknya dan dia menjawab bahawa dia tidak pasti kenapa dirinya ditolak.

‘Kalau Nak Cari Pelakon Handsome Bagi Tahu Awal-awal’

IKLAN

“Tak tahu, diorang je la yang tahu. Mungkin kerana paras rupa kot pasal kita sedar diri kan,” ujarnya sambil ketawa.

Pengalamannya yang sering ditolak membuatkan dia lebih berusaha untuk memantapkan lagi bakat lakonan yang sedia ada untuk menjadi seorang pelakon yang lebih bagus.

“Saya balik, saya belajar dan jumpa guru-guru lakonan saya dan polish, polish polish kemudian saya pergi dengan harapan ok mungkin aku tak ada paras rupa yang handsome tapi at least aku nak diorang tengok apa yang aku ada,” kata pelakon ini lagi.

Ada benarnya apa yang dikatakan oleh Zahiril ini, seharusnya bakat menjadi perkara utama dalam memilih seseorang pelakon bukan hanya bergantung kepada paras rupa.

Sumber: Mstar Online

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI