Sejak akhir-akhir ini, teguran artis senior terhadap pendatang baru kembali hangat diperkatakan apabila ada di antara muka baru yang kurang memberikan fokus di set, hingga tidak mampu mendalami watak dengan baik.
Bagi pelakon meningkat naik, Meerqeen, dia merasakan para pelakon yang masih ‘hijau’ sepertinya harus bijak menggunakan kesempatan yang ada untuk menimba ilmu bersama mereka yang lebih berpengalaman.
“Segalanya berbalik kepada diri kita sendiri. Sebagai pendatang baru, kita kena tahu untuk membawa diri. Kita kena pandai bezakan sikap sewaktu di dalam dan luar set pengambaran.
“Saya juga tak boleh nak menafikan kerana apa yang mereka cakap itu ada betulnya juga. Pada masa sama, saya juga berasa sedikit kecewa kerana saya turut terkena tempiasnya.
“Sebagai artis baru yang kurang pengalaman, sebaiknya kita harus menggunakan kesempatan yang ada untuk duduk mengadap dan bertanya kepada artis-artis senior mengenai industri kita.
“Dari situ, kita juga boleh membuka minda untuk tahu tentang perkara yang patut dan tidak patut untuk dilakukan,” tulisnya.
Ads
Pelakon drama, Angkara Cinta itu berkata sedemikian dalam satu temu ramah bersama MH pada Isnin.
Dalam pada itu, Meerqeen turut berharap agar para pelakon baru diberikan lebih banyak peluang untuk membuktikan kemampuan mereka yang sebenar.
“Dalam industri ini, kita tidak boleh mengambil sikap sambil lewa sahaja. Saya juga memang mempraktikkan perkara-perkara seperti ini. Saya akan bertanya apa sahaja kepada mereka. Saya tiada masalah untuk bertanya.
“Bagaimanapun, saya rasa artis baru patut diberi peluang untuk menonjolkan bakat mereka. Jangan menilai semua orang itu sama. Sikap orang lain-lain.
Ads
“Secara jujurnya memang susah untuk saya biasakan diri pada awalnya. Saya merupakan artis yang sangat baru digandingkan pula dengan artis-artis berbakat besar seperti Syazwan Zulkifli, Normah Damanhuri dan Datin Nina Jurin.
“Saya rasa sangat kerdil ketika bertemu dengan mereka buat pertama kalinya. Pada ketika itu, saya merasakan saya harus buat sesuatu untuk bina persefahaman dengan mereka,” jelasnya lagi.
Dalam pada itu, pemenang tempat ketiga Hero Remaja 2020 ini turut mendedahkan dirinya pernah mengalami tekanan gara-gara ditegur oleh pelakon-pelakonsenior sehinggakan dia berasa takut untuk datang ke lokasi pengambaran.
Ads
“Saya tidak nafikan mereka memang tegas pada mulanya. Kalau mereka tak garang, saya tak tahulah macam mana sikap saya sekarang. Seperti semua orang tahu, saya periang orangnya tapi bila artis senior marah saya, baru saya sedar akan kesilapan saya.
“Saya pernah kena marah sampai rasa tertekan. Dua minggu saya rasa tak nak datang set sebab saya takut. Macam saya katakan tadi, ini antara perkara yang akan mendewasakan kita.
“Pada awalnya saya tak boleh terima apa yang mereka katakan kepada saya. Jadi, saya terpaksa mengambil masa untuk muhasabah diri, bermula dari situlah turning point saya untuk terima jalan yang saya pilih.
“Kalau saya pendam sahaja apa yang mereka kata, saya akan jadi lagi takut. Kalau saya terima komen tersebut, hadam dan proses dalam fikiran, saya boleh atasinya,” jelasnya lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
“Jahanam rambut saya. Sekarang dah nipis, sampai nak hilang semua. Boleh tengok dah nak botak.”
Itu luahan rasa sedih dan geram pempengaruh atau influencer yang juga ahli perniagaan, Siti Jamumall apabila pendandan rambut di sebuah salon di Johor Bahru didakwa membuat kesilapan ketika dia mendapatkan perkhidmatan mewarnakan rambut, semalam.
Susulan itu, Siti Jamumall, 23, atau nama sebenarnya Siti Suriani Wahiddin berkata, dia sudah berbincang dengan wakil peguam untuk mengambil tindakan undang-undang.
“Saya baru lepas bercakap dengan peguam dan terangkan apa terjadi. Saya tak minta banyak memandangkan perkara ini sudah terjadi, rambut pun dah rosak, jadi saya nak mereka bertanggungjawab untuk perbaiki semula rambut saya. Itu saja.
“Saya dari jam 8 malam hingga 2 pagi pun tak selesai lagi. Akhirnya mereka cuba baiki sampai jam 6 pagi hari ini baru saya balik rumah. Tak tahu nak cakap macam mana.
“Saya cari duit dengan membuat sesi ‘live’. Kalau keadaan saya macam ni memang malulah saya. Kalau ikutkan peguam, saya boleh saman malu dan minta ganti rugi berdasarkan berapa lama saya tak boleh ‘live’.
“Tapi saya tahu dia takkan mampu bayar kalau nak kira sekali saya ‘live’ berapa pendapatan yang dapat. Jadi saya harap mereka boleh bertanggungjawab.
“Kalau memang tak reti buat rambut pelanggan, janganlah. Rambut saya sihat dan tidak ada masalah pun sebelum ni,” katanya.
Perkongsian sama telah dikongsikan Siti Jamumall menerusi sebuah hantatan di Tik Tok yang sehingga kini sudah pun menerima ratusan komen wargamaya.
Siti Jamumall berkongsi, dia berdepan masalah lebih besar iaitu rambut botak jika tidak dapat diselesaikan dalam masa dua minggu.
“Pendandan tu sampai lebih sejam lebih dia ‘bleach’ rambut saya. Apabila saya tanya, dia cakap itu perkara biasa. Masing-masing tak nak ambil tanggungjawab hingga saya buat ‘live’.
“Ketika itu semua kelam kabut datang nak buatkan rambut saya. Tapi, tak tahu boleh selamat lagi atau tak. Rambut ini adalah mahkota bagi setiap wanita. Sedih sangat dengan apa yang terjadi.
“Kawan saya yang kerja di salon ada cakap, selepas dua minggu rambut saya boleh botak. Kalau tengok sekarang dah macam apa. Kosong, habis nampak kulit kepala. Rambut saya sampai pendek dan putus banyak.
“Banyak kesilapan dia buat, pertama dia biarkan rambut saya dalam keadaan ‘bleach’ sampai lebih sejam lebih, dia biar begitu saja. Lepas tu pasang ‘hitter’.Saya pula tak tahu semua ni. Saya percaya sebab dia cakap sudah tujuh tahun pengalaman dalam bidang ini,” katanya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Lakonan Sheila Rusly menerusi drama bersiri Bukan Gadis Biasa ternyata membuahkan hasil apabila ia mendapat perhatian meluas penonton setia drama berkenaan.
Malah, Sheila memaklumkan dirinya adamenerima tempias kata cacian daripada penonton yangbencikan watak Opah Aminah yang dilakonkan.
Bukan itu sahaja, isteri kepada pengarah Azman Haji Yahya (Jinggo) ini juga berkongsi foto kata cacian yang diterima menerusi ‘direct message’ akaun Instaram.
Bagaimanapun, hos rancangan Ketuk-Ketuk Ramadan itu berkata dirinya sudah memaafkan kata cacian yang dilemparkan.
Ini kerana, ia hanyalah watak dalam sebuah lakonan yang dibawa.
“Sis dah maafkan mereka yg tak boleh bezakan antara realiti & fantasi. Apa pun sis bersyukur sbb berjaya buat komer benci Opah Aminah. Jumpa minggu depan Love korang
Penyanyi kumpulan rock, Bumiputra Rockers yang terkenal di era 80an dan 90an, Joey BPR dilaporkan terlibat dalam kemalangan pada Khamis.
Perkara tersebut turut dikongsikan Johari atau nama penuhnya, Johari Mat Rozekhi di Facebook miliknya.
“Aku baru sahaja accident, depan Shell MRR2. Motor patah depan. Kini dalam kesakitan. Seandainya aku mati dulu, ampunkanlah segala dosaku.
“Harap maaf, ramai nak datang melawat. Tapi aku dalam keadaaan tak selesa. bagilah aku sedikit ruang. Tido pun x cukup ni. Menahan sakit
“X-ray tunjuk 4 batang tulang rusuk aku patah. Sama mcm arwah Saleem. Sakit yang amat bila batuk, bersin, menguap dan ketawa,” tulisnya menerusi beberapa posting.
Sementara itu ruangan komen, netizen turut mendoakan kesihatan penyanyi berusia 56 tahun itu segera pulih seperti sedia kala.
MH mengucapkan takziah diatas kejadian yang menimpa Joey dan sama-sama mendoakan agar Joey diberikan kekuatan.
Facebook : Joey BPR
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Dunia ratu cantik menyaksikan satu detik bersejarah apabila model dan aktivis kemanusiaan Palestin–Kanada, Nadeen Ayoub diumumkan sebagai Miss Universe Palestine 2025. Pelantikan ini sekali...