Penyampai radio, Deen berkongsi khabar duka apabila memaklumkan seluruh ahli keluarganya yang tinggal di Miri, Sarawak kini telah disahkan positif Covid-19.

Jelas Deen atau nama sebenarnya, Nordin Haji Madian, pada Khamis lalu, adiknya merupakan individu pertama di dalam keluarganya yang telah disahkan positif wabak tersebut kemudian diikuti pula oleh bapa, ibu, adik bongsu, kakak dan juga anak buahnya.

Katanya lagi, kesemua keputusan tersebut diperoleh setelah mereka menjalani ujian saringan Covid-19 pada Sabtu.

“Satu Berita Yang Amat Mengejutkan & Menyedihkan,” – Adik Beradik & Ibu Ayah Positif Covid-19, Deen Hot FM Rayu Doa

“Assalamualaikum semua. Semalam saya dapat satu berita yang amat mengejutkan dan menyedihkan. Sebab khamis minggu lepas adik saya disahkan positif Covid-19.

“Kemudian satu rumah pergi buat swab test pada hari Sabtu. Semalam pula, ayah, mak, adik bongsu, kakak dan anak buah saya juga positif,” katanya.

IKLAN

Perkhabaran tersebut dikongsi oleh penyampai radio Hot FM itu menerusi ruangan Instagram miliknya.

Dalam pada itu, Deen turut meluahkan rasa kegusaran terhadap kesihatan kedua ibu bapanya itu namun dia kini boleh menarik nafas lega selepas mereka dikatakan tidak mengalami sebarang gejala.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by deen (@deen_hotfm)

“Tapi Alhamdulilah mak ayah saya yang paling saya risau tapi mereka tidak bergejala.

IKLAN

“InsyaAllah hari ini mereka akan dipindahkan ke pusat kuarantin. Jadi saya minta anda semua dapat doakan semoga mereka cepat sembuh.

“Saya harap anda semua dapat jaga diri, selalu cuci tangan dan pakai pelitup muka.

“Semoga kita semua dijauhkan daripada wabak ini,” katanya lagi.

IKLAN

Dikesempatan itu juga, Deen turut berharap agar semua pihak dapat mendoakan semoga keluarganya itu kembali pulis seperti biasa.

“Satu Berita Yang Amat Mengejutkan & Menyedihkan,” – Adik Beradik & Ibu Ayah Positif Covid-19, Deen Hot FM Rayu Doa

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut meluahkan rasa risau selain turut memberikan kata-kata semangat buat Deen.

Sementara itu, video pendedahan tersebut sudah pun ditonton lebih 16,000 kali setakat ini.

Foto: Instagram Deen Hot fm.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI