Selepas berkongsi mengenai kisah suaminya, usahawan dan bekas pelakon Fizul Nawi yang didakwa berlaku curang bersama adik seorang pengasas produk terkenal, pelakon Nadya Syahera mengakui dia bukan mahu buka aib rumah tangga.
Sebaliknya, dia tidak mahu menafikan media sosial sebagai platform terbaik untuk menjadi perantara, apa tah lagi gadis yang dimaksudkan tidak tampil memberikan penjelasan meski sudah lama diminta bintang yang mesra disapa Kak Bed ini.
Ditanya mengenai hal tersebut, Kak Bed pasti konflik yang berlaku kini di dalam rumah tangganya sudah pun sampai ke pengetahui gadis berkenaan.
“Rasanya dia dah tahu. Makin banyak kisah ini dah keluar di media sosial dan mungkin ada kenalan yang kongsikan berita ini pada dia.
“Tapi saya tunggu jugalah apa reaksinya. Kalau-kalau dia ada hubungi saya untuk menjelaskan sesuatu. Bayangkan, sampai sekarang saya cuba hubungi dan hantar pesanan kepadanya. Minta dia untuk beri respon.
“Cuma sampai sekarang dia mendiamkan diri. Itu yang menyakitkan hati,” katanya ketika dihubngi MH.
Ads
Akui Kak Bed lagi, dia sudah pun menghantar mesej menerusi media sosial buat gadis terbabit, sejak Ramadan lalu.
“Dari pada hari yang mereka kantoi, sampailah ke hari ini saya cuba untuk ‘hantui’ hidup dengan dengan DM.
“Paling tidak, sila jelaskan situasi kalau betul apa yang saya katakan itu tidak betul. Itu saja yang saya mahukan. Kalau teks suami orang dia boleh ‘seen’ dan baca, kenapa pula mesej yang saya berikan tidak boleh baca pula?,” tegasnya.
Ads
Ditanya apa yang ingin dikatakan buat wanita yang didakwa menjadi orang ketiga di dalam perkahwinannya, ini pesan ibu kepada dua cahaya mata ini;
“Meski ia sudah berlaku sejak Ramadan dan meski pun kini hubungan saya sama suami sekarang pun hanya ‘okay-okay’ saja, sakit tu masih ada.
“Untuk perempuan tu, kalau kau masih nak berdiam diri atau mahu minta maaf atau ingin menjelaskan hal sebenar, misalnya mungkin saya salah atau dia di pihak yang betul, tampil dan berjumpa berikan penjelasan untuk diri sendiri. Jangan diam macam ni, saya yang sakit,” jelasnya.
Ads
Pada masa sama, Kak Bed turut sedar apa yang berlaku membuatkan dirinya turut dikritik gara-gara dikatakan tidak menegur khilaf suami.
“Ya betul saya faham benda macam ni tak kan jadi kalau bertepuk sebelah tangan. Orang lelaki ni kita tahu gatal, tapi kalau perempuan yang tidak menggatal pun tak kan jadi.
Yang lelaki pun, kena tahu mengenai komitmen serta status, amanah dan tanggungjawab. Kalau amanah yang ada ni tidak boleh menjaga dengan betul, ini pun nak buka ‘amanah’ lain pula,” akhiri Nadya.
Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 25 September 2015 dan ia merupakan perkahwinan kedua buat Fizul setelah gagal mempertahankan rumah tangga pertama.
Foto: Instagram Nadya Syahera
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Terdahulu, Aman baru sahaja mendirikan rumah tangga bersama pensyarah Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara), Nor Baizura Abdul Ghani di kediaman pengantin perempuan di Batu 10, Kampung Melaka, Cheras, minggu lalu.
Pelakon yang turut bergelar penyanyi berusia 30 tahun itu turut berkongsi sekeping foto yang sedang erat memegang tangan arwah bapa sehari lalu.
Meluahkan rasa kesal apabila terlupa mengunci tali keledar anak sewaktu mengenakan stroller, Hafiz Mahamad berkongsi anaknya pernah terjatuh.
Insiden tersebut sekaligus membuatkan si isteri menangis.
Namun jelasnya, dalam situasi tidak terjangka itu, mereka bersikap dan tidak menyalahkan mana-mana pihak.
“Sebenarnya tak sampai hati nak bawa anak yg baru 4 bulan ni ikut kerja ke mana mana.
“Haritu waktu kita kerja di Kelantan, Raisya jatuh dari stroller. Boleh pulak masa tu tak lock seat belt dia, sbb biasa kita lock.
“Mummy menangis rasa serba salah & saya pula rasa serba salah sebab terpaksa bawa mereka ikut sekali. Tapi dua dua faham & handle situation, tak menyalahkan siapa siapa.
“Alhamdulilah Allah permudahkan, Raisya kuat sangat. Sampai harini kalau ikut kerja jauh jauh dia behave & macam faham mummy daddy dia,” jelasnya.
Datin Zizie Izette kini lebih tenang apabila tidak lagi terlalu ‘terikat’ dengan Instagram.
Kongsi pelakon ini, dia kini mahu menjalani kehidupan dan menghargai setiap detik yang berlaku di depan mata tanpa perlu berkongsi di laman sosial.
Jelasnya, dahulu apa sahaja yang dilakukan, seolah-olah wajib dimuat naik di laman Instagram untuk tatapan semua, namun kini, dia mahu hidup dalam dunia nyata.
“Throwback when we were in Janda Baik.
Mommy skrg ada penyakit malas upload gambar kat IG.
“Dulu mcm wajib nak kena update selalu.
Somehow, I’m glad that I’m no longer addicted to instagram.
Selepas berkongsi mengenai keadaan matanya yang lebam pada pagi Isnin, pelakon Zahnita Wilson akhirnya mendakwa dia menjadi mangsa keganasan rumah tangga.