Tidak patah semangat mengejar impian dalam industri hiburan, adik kepada pelakon popular Syafiq Kyle, Syazwan Razak telah menghadiri ujibakat Hero Remaja kali kedua, semalam.
Kongsi remaja berusia 20 tahun itu, dia mahu mencuba nasib kali kedua dalam pertandingan sama selepas tewas di peringkat kedua (stage 2) minggu lalu.
“Kalau betul ini rezeki saya, saya nak cuba, harapan saya pastinya nak lepas masuk pertandingan ini.
“Kalau tak dapat pun, saya reda dan saya rasa rezeki saya bukan di sini, tetapi di luar,” katanya menerusi video Instagram Remaja.
Pernah menjadi ejekan dek fizikalnya yang gempal di media sosial baru-baru ini, Syazwan tidak menjadikan ia sebagai satu kelemahan, sebaliknya sebagai pembakar semanngat buatnya.
“Pada mulanya kita ini hanya kosong dan orang tak kenal, kemudian perkara itu (body shaming) viral di media sosial dan ada juga segelintir yang ikut ‘membahan’ sama.
“Tapi saya jadikan itu sebagai pembakar semangat dan dalam masa sama saya tergelak juga.
“Saya tahu orang sedemikian jenis yang tak ada kerja. Sudah-sudahlah nak mengutuk orang, kalau anda rasa diri anda sempurna, barulah boleh kutuk. Tak semua manusia sempurna,” akhirinya.
Terdahulu, Syazwan atau nama penuhnya Mohamad Syazwan Emir Abdul Razak pernah menghadiri uji bajat tersebut pada minggu lalu, namun rezeki tidak menyebelahinya.
Untuk makluman, sesi tersebut telah dilakukan bermula sejak 21 dan 22 Disember lalu yang telah melayakkan lebih 20 peserta.
Malah, pencarian tersebut diteruskan hingga semalam.
Pelawak dan penyanyi, Achey ada menitipkan ucapan indah bersempena ulang tahun kelahiran isteri tersayang, Nur Hasanah Yahaya.
Sambil menzahirkan rasa syukur, Achey atau nama sebenarnya, Mohd Nasir Hamzah turut kagumi kecekalan isteri sepanjang mereka melayari bahtera rumah tangga.
“Bismillah… isteriku ..NUR HASANAH BTE YAHAYA..setiap kali ulang tahun awak saya tak pernah lepas untuk bersyukur dan menyambutnya.
“Sebab saya tau tarikh 21 april ada tarikh lahirnya wanita yang cukup cekal dalam kepayahan dan hebat kesabarannya.
“Susahnya dahulu kita mula2 berkahwin.. takkan saya lupa… tapi awak tenang hadapi bersama… jadi cleaner bank.. jual burger depan bengkel berbumbungkan kanvas… gadai gelang kawin.
“Apa yang kau tak buat dulu demi bantu aku?… semua yang halal awak buat janji lepass,” imbas Achey.
Dia pada masa sama turut mendedahkan, Hasanah menjadi individu terawal yang mempercayai bakat, seterusnya menyokong dirinya untuk terjun dalam dunia seni.
“Dia lah orang pertama percaya dengan kesungguhan saya untuk ujibakat… dialah insan yang buat prop saya sampai saya dapat masuk tv.. dan dia percaya dengan niat saya dalam dunia hiburan yang penuhh dugaan.
“Dia sentiasa mengingatkan saya tentang pentingnya kedua ibu bapa… apa yang terbaik untuk mereka semua.. berbakti sehingga hujung nyawa.
“Soal anak? Dia senyum @tiarazinnirah_official kan ada. Kepada @anne_achey Usah risau di perkata sedikit kesenangan yang awak terima kini…kerana itulah nikmat Allah berikan atas ujian sebelum ini.
“SELAMAT ULANG TAHUN SAYANG,” tulisnya panjang lebar.
Meninjau ke ruangan komen, para rakan selebriti peminat turut tumpang gembira dengan keharmonian rumah tangga mereka selain turut mengucapkan selamat hari jadi buat Hasanah.
Imbas kembali, pasangan tersebut mendirikan rumah tangga hampir 10 tahun lalu dan mereka turut menjaga seorang anak angkat perempuan, Tiara Zinnirah.
Foto: Instagram Achey
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon drama siri popular, Nur, Kamsani Ismail dilaporkan telah menghembuskan nafasnya yang terakhir pada jam 11.30 malam tadi di Hospital Melaka akibat komplikasi penyakit kencing manis dan jangkitan kuman.
Memetik laporan Buletin TV3, anaknya, Muhd. Amin Ismail, 25 memaklumkan bapanya dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) di hospital berkenaan pada jam 2.30 petang.
“Sebelum dimasukkan ke hospital, arwah telah pergi mendapat rawatan di sebuah klinik swasta di Klebang sebelum pihak klinik merujuk ke Hospital Melaka untuk rawatan lanjut petang semalam.
“Bagaimanapun selepas menerima rawatan, pihak hospital kemudian mengesahkan bahawa ayah telah meninggal dunia,” katanya seperti yang dipetik.
Muhd Amin yang juga anak kelima daripada enam beradik itu berkata, bapanya telah menghidap penyakit kencing manis sejak lebih 10 tahun lalu.
Namun, keadaan kesihatan bapanya semakin merosot sejak kebelakangan ini.
Kamsani yang berasal dari Klebang meninggalkan seorang balu, Norhayati Yusoff, 53, dan enam anak yang berumur antara 18 hingga 36 tahun.
Jenazah allahyarham difahamkan akan dikebumikan di tanah perkuburan Islam Kampung Permatang Klebang selepas Zohor.
Semasa hayatnya, Allahyarham pernah membintangi beberapa drama termasuk Nur, Biarkan Ia Pergi dan Shhh I Love You.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.