Menerusi ruang Instagram Datin Emylia Rosnaida, bekas pelakon itu ada berkongsi berita baik sewaktu berkunjung melawat sahabat baiknya, Baby Elle yang kini dilaporkan sedang terlantar di hospital.
Baby Elle yang juga merupakan juru solek terkemuka yang seringkali menata rias wajah selebriti tempatan dan golongan VIP kini dilaporkan berada di sebuah hospital di Kuantan, Pahang sejak beberapa hari lalu.
Lalu, Emylia hadir bersama suami, Datuk AC Mizal sambil ditemani rakan juru solek lain, Tiar Zainal dan Deq Sha.
“Ya allah kau sembuhkan lah Sahabat baik ku @babyelle_official, semuga cepat sembuh !! Saya mohon pada semua doakan Sahabat baik kami ya semuga sembuh seperti sediakala اللّهُمَّ رَبَّ النَّاسِ اَذْهِبِ الْبَأْسَ اشْفِ فَأَنْتَ الشَّافيِ لاَ شِفَاءَ إِلاَّ شِفَاؤُكَ شِفَاءً لاَ يُغَادِرُ سَقَماً
“Allahumma robbannas adzhibilba’ sa isyfi antasysyafi la syifauka syifa’ an la yughodiruaqoma.
“Artinya ; “Ya Allah Ya Tuhanku, Tuhan dari segala manusia dimuka bumi, berikanlah kesembuhan kepadanya, angkatlah penyakitnya, dan jadikanlah penyakit yang ia derita sebagai pelebur dosa.
“Hanya kepadamu lah kami meminta kesembuhan, kesembuhan yang tak ada kambuh lagi.” ( H.R. Bukhari dan Muslim),” tulisnya di bawah entri foto lawatan mereka.
“Alhamdulillah dapat jumpa sahabat baik kami @babyelle_official alhamdulillah keadaan dia stabil bila tgk ramai2 kawan rapat dia datang beri semangat pada dia.
“Semuga cepat sembuh baby, kami doakan sihat mcm biasa balik … ya tau baby kuat !! we love you @babyelle_official @rynsariena @nadia_elleofficial @qamal508@makeupbydeqsha @tiarzainal @iamothongdanish18”
Tidak dinafikan, setiap individu berhak untuk berkongsi serta memberi pandangan terhadap apa yang berlaku di sekeliling mereka.
Baik peminat dan dan selebriti, masing-masing hanyalah manusia biasa yang tidak pernah sempurna.
Doktor viral, Dr. Say misalnya yang sering bercerita hal yang dihadapi dalam soal penjagaan anak kecil bukan bermakna dia tidak bersyukur atas anugerah yang diberi.
Sebaliknya, bapa kepada seorang cahaya mata lelaki itu menegaskan pentingnya berkongsi agar tidak tidak rasa tertekan.
Tambahnya lagi, dia selesa meluahkan masalah kerana percaya kepada pengikut di Instagram.
Hasilnya, ratusan mesej diterima dalam memberi nasihat dan tunjuk ajar agar dia lebih selesa dengan status bapa.
“Topik : Officially Terjahit
“Tahukah anda majoriti kes kemurungan berlaku akibat tidak berkongsi mslh yg dialami? Sb ade yg persoalkan knape sy ekspresikan kegelutan sy di social media. Well peeps, i’m comfortable sharing my problems on my instagram cz i trust my followers very well. Lepas sy buat post koyak aritu, ramai msg sy personally comforting & reassuring me that its normal to feel what i felt. Xdilupakan lebih 600+ comments berkongsi pengalaman & kata2 semangat kt post tu.”
Doktor popular ini turut menafikan kata tohmahan yang mendakwa dia tidak bersyukur dengan kelahiran anaknya.
“And u know what? I felt RELIEVED. Rasa mcm satu beban yg besar berjaya diselesaikan. Btoi mcm ampa ckp yg this is a process & THIS TOO SHALL PASS & btoi gak nasihat ampa yg kalau baby tgk parents tenang dia pun akan turut tenang. Xsaba nk tnggu baby sy besaq skit tuk tgk dia duduk, berjalan, berlari & paling best, panggil sy Daddy.
“Now i look at my life differently & akhirnya sy betul2 akur yg parenting life is never gonna be d same as “laki bini tanpa baby” life. Seriously thank u sooo much peeps. Kalau bukan sb kalian, sy rasa sy masih diambang breakdown. Thank you again all of u.
“P.S : Sy juga ingin memohon maaf sb bukan sy xbersyukur dgn pemberian-Nya cuma sy hidup berdua dgn bini dh 5 tahun, bila hadir orang ketiga jadi “terkejut” sy dibuatnya. New parents biasela mcm org utara ckp, Peghak sket,” jelasnya panjang lebar.
Tidak dinafikan memang agak sukar untuk kita teka berapa umur seseorang itu. Betul tak? Tambahan lagi kalau mereka dilihat seakan lebih matang daripada usia sebenar.
Itu belum lagi kalau yang wanitanya bersolek sakan kan? Lagi tak boleh nak agak berapa usia mereka yang sebenar.
Apa pun, MH bariskan 10 selebriti tempatan kita yang dilahirkan pada tahun 1990, jadi kini usia mereka sudah pun mencecah 30 tahun.
Sepanjang tempoh bergelar anak seni, pelbagai pencapaian yang dilakar mereka. Jom ketahui siapa mereka!