Pengacara dan penyampai radio, Dj Sonic Hussien, akui terharu dengan kepercayaan yang diberikan oleh pelakon dan usahawan popular, Nur Fazura yang sering kali memilih khidmatnya untuk pengacarakan majlis yang dianjurkan.

Menurut Dj Sonic atau nama sebenarnya Awang Suffian Awang Hussien, Fazura tidak pernah mementingkan soal populariti, sebaliknya dia percaya dengan bakat yang dimiliki oleh seseorang pengacara itu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Dj Sonic Hussien (@djsonichussien)

“Wanita yang paling mempercayai bakat saya tanpa melihat populariti. Biasa artis popular, akan pilih juga host popular untuk jadi host majlis mereka.

“Ye lah kan, kalau host tak di kenali, tak hebatlah majlis itu BUT, tidak untuk @missfazura !

“Faz ketepikan populariti itu tapi lihat bakat yang Allah kurniakan pada saya. @missfazura, terima kasih Faz,” tulisnya di Instagram.

“Kalau Hos Tak Dikenali, Tak Hebatlah Majlis Tapi…,” – Tak Lihat Populariti, DJ Sonic Berterima Kasih Pada Fazura “Kalau Hos Tak Dikenali, Tak Hebatlah Majlis Tapi…,” – Tak Lihat Populariti, DJ Sonic Berterima Kasih Pada Fazura

Dalam pada itu, penyampai radio, National FM ini turut menyifatkan Fazura merupakan antara individu yang banyak membantu menaikkan namanya selama ini.

IKLAN

“Kerjaya saya mula dikenali dan mula mendapat perhatian juga sebab Faz. Alhamdulillah.

“Terima kasih untuk kepercayaan yang tidak pernah hilang. Tahniah Faz untuk pelancaran applikasi @mukminpro_official ! Selamat berpuasa Faz dan keluarga.

“To team Faz, kalian juga hebat. Banyak bantu saya. Terima kasih. Ada rezeki kita kerjasama lagi okay,” kongsinya lagi.

“Kalau Hos Tak Dikenali, Tak Hebatlah Majlis Tapi…,” – Tak Lihat Populariti, DJ Sonic Berterima Kasih Pada Fazura “Kalau Hos Tak Dikenali, Tak Hebatlah Majlis Tapi…,” – Tak Lihat Populariti, DJ Sonic Berterima Kasih Pada Fazura

IKLAN

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen turut menzahirkan rasa kagum selain turut menyifatkan Fazura sememangnya mempunyai budi pekerti sangat baik.

“Host paling legend.

“Rezeki tidak pernah salah alamat.

IKLAN

“Alhamdulillah syukur. Selamat berpuasa DJ Sonic.

“Bakat lebih penting dari populariti. Suka dengan Dj Sonic,” antara komen-komen netizen di Instagram.

“Kalau Hos Tak Dikenali, Tak Hebatlah Majlis Tapi…,” – Tak Lihat Populariti, DJ Sonic Berterima Kasih Pada Fazura

Terdahulu, selain bergelar penyampai radio dan pengacara, Dj Sonic juga merupakan antara pembaca berita yang berkhidmat di saluran TV Sarawak (TVS).

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Sumber: Instagram Dj Sonic

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI