Tinggal beberapa mingu sahaja lagi tahun 2019 akan melabuhkan tirai dan akan bertemu pula dengan tahun 2020.
Sekali gus, menjadikan pelakon Sherry Ibrahim nekad mahukan yang terbaik buat dirinya.
Kongsinya, dia mahukan kejayaan dalam hidup; baik dari segi perniagaan, perihal peribadi dan impian yang masih belum tercapai.
“DOAKAN YER hik!
“Sebagai penutup, menjelang tahun dan dekad baru mendatang ini, kami tanya kepada Sherry tentang harapannya untuk tahun 2020.
“Kata Sherry sambil ketawa kecil, “Dulu saya ingatkan tahun 2020 itu seperti tahun dunia berakhir tapi sedar-sedar 2020 sebentar sahaja lagi! Janganlah dunia berakhir. Masih banyak impian yang belum saya capai.
“Tentulah saya mahu semua semua perniagaan saya maju, baik jenama tudung mahupun salun. Saya mahu single saya meletup. Saya perlukan satu single yang hit! Dan yang paling penting, saya mahu berkahwin. Bukan settle down ya, tapi move on kepada fasa seterusnya.
Ads
“Sebenarnya saya happy dengan keadaan sekarang tetapi kadang-kadang kita kena ada hope. Tak mahu jugalah kalau hope sahaja tapi tak jadi apa-apa. Jadi kalau boleh tahun depan saya mahu berkahwin dan memulakan keluarga sendiri. Semoga ada jodoh saya,” tulisnya.
Isteri kepada penyanyi Amy Search iaitu Norhasnida Hassan atau mesra disapa Qasander meluahkan rasa gembira tatkala melahirkan anaknya, Alexander Zulkarnain.
Kongsinya, dia merasakan waktu berjalan pantas melihat anak terunanya itu kini meningkat remaja.
“Im obsessed with my own kids, mcm tk percaya i lahirkan dulu kecik now ths big and taller than me n Amy.
“I still remember tht feeling bila Alexander lahir when the nurse bawak masuk to my room masa tu Daddy dia otw from JB.
“I was like crying time tu rasa so miracle (well mommy always cry hahaa) eventho he’s my second child sbb gap lama i think 5years kot,” kongsinya.
Mengimbau detik melahirkan Alex, Qasander ketika itu tersenyum apabila Amy terlalu teruja untuk mengetahui jantina anaknya.
“Benda funny dr Amy sampai je Hospital nk tgk Burung ada tk to confirm he is a Boy ” mana burung dia ? ” hahahaa . Apo lah pak hang ni @aku.amysearch .
“Bila i di Mekah i tanya dia any specifiq dua’s u nk kirim kt i ?.. Dia cakap i want to go to Film School can u pls make dua’s for me.
“Dear son u must study hard for your scholoships ok . inshaAllah as a Mother i’ll make sure make dua’s for u and all of u berjaya Dunia Akhirat and Happy life #AlexanderZulkarnain. (dulu i disgree nk letak nama anak Alexander Zulkarnain the father insist sgt2. siap masam tarik muka hahahaa,” akhirinya.
Untuk rekod, Amy dan Qasander mendirikan rumah tangga pada 2003 dan mempunyai tiga cahaya mata Alexander Zulkarnain, 14, Sania Samara,13 dan Qaqa At-Tameemi, 9 tahun.
Foto : Instagram Qasander
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
“Lelaki ni cemburu sebab dia sayang.” Itu kata penyanyi dan pelakon Elly Mazlein apabila ditanya sama ada bakal suaminya, Mohamad Azlan seorang yang kuat cemburu atau sebaliknya.
Malah, bintang Kampung People itu turut mendedahkan, sebagai pasangan tunang ia suatu yang normal dan andai ada masalah, keduanya lebih senang untuk berbincang.
“Saya pun cemburu juga, tetapi bukanlah masing-masing cemburu yang membuta tuli. Misalnya kalau ada hal yang tak berapa okay di matanya, dia akan cuba cakap dan saya suka cara yang begitu. Begitu juga sebaliknya.
“Apa yang boleh saya beritahu setakat ini perhubungan kami ini dilihat sihat kerana tiada unsur-unsur ‘checking’, nampak matang dan masing-masing beri kepercayaan.
“Saya sendiri ada beritahunya bila sudah berkahwin kita ada dua pilihan iaitu untuk gembira atau nak berduka. Kalau mahu nak gembira kena terima keburukan atau kelebihan pasangan, saling sayang dan sebagainya.
“Apa pun saya tidak nafikan hidup sebagai suami isteri akan ada masalahnya. Ia suatu yang normal cuma tinggal lagi bagaimana kita untuk selesaikannya. Bukan dengan cara mencari masalah.
“Dalam perhubungan ada pasang surutnya, kena ada tolenrasi dan bertolak ansur. Kami pilih bahagia dan cuba untuk jaga kepercayaan yang diberi,” katanya kepada MH.
Elly yang mesra disapa Kak Lina itu juga secara seloroh turut menjelaskan, tunangnya itu sering ‘update’ aktiviti, lengkap dengan video.
“Cuma cikgu ni sejenis, mana yang dia pergi dia akan beritahu pakej dengan video. Saya tidak minta tapi dia beri. Mungkin itu caranya dan selesa dengan cara begitu hingga saya pun buat hal yang sama.
“Kami jarang berjumpa dan apa yang kami boleh buat ialah buat panggilan video. Cuma saya ada beritahunya, bagus kita buat macam ni tapi kalau sudah berkahwin nanti dan lama kelamaan, ia akan jadi janggal.
“Sebolehnya apa yang kita buat hari ini, harap ia akan berterusan sampai bila-bila,” terang Elly yang memberitahu persiapan majlis nikahnya sudah pun lebih 50 peratus berjalan.
Program realiti terbaharu, Borneo Rising sudah mula mencipta impaknya tersendiri menerusi saingan minggu pertama, apabila barisan peserta masing-masing tampil dengan persembahan yang meyakinkan.