
Setiap tahun isu mengenai rekaan baju melayu yang di luar kotak pasti akan menjadi persoalan ramai.
Namun, bagi selebriti versatil Alif Satar, 33, dia tetap merasakan rekaan klasik baju melayu menjadi pilihannya dari dahulu hingga sekarang.
“Fesyen ini subjektif, sama macam seni.. tapi pendirian saya sendiri, baju melayu ada etika dia yang tersendiri sebab ia sebahagian daripada budaya kita.
“Untuk citarasa saya sendiri, saya rasa baju melayu ni kena (rekaan) klasik sahaja.
“Nak masuk istana pun kena pakai baju melayu, bersongkok dan bersampin. Kita nikah pun pakai baju melayu juga.
“Kalau mat saleh, mereka punya pakaian formal ialah sut, the formal version untuk kita di Malaysia ini adalah berbaju melayu dan ia bukan sahaja untuk orang Melayu sahajalah (termasuk kaum Cina dan India),” katanya kepada MH.
Alif ditemui pada majlis pelancaran Baju Melayu kolaborasi Al-Ikhsan bersama Iktikaf Alif (AL Sports x Iktikaf Alif) yang diadakan di The Curve, Mutiara Damansara, baru-baru ini.
Menurut bapa kepada tiga cahaya mata itu, tidak salah bagi seseorang pereka fesyen untuk melakukan improvisasi namun mereka harus mengekalkan identiti baju melayu yang sudah dikenali sejak zaman berzaman.
“Saya bukanlah orang yang arif tapi ia terpulang pada pereka untuk design dan sekiranya ada sambutan, boleh jual.. it’s up to them.
“Kalau nak ubah pun tak banyak cuma the material (jenis kain digunakan), rekaan tetap sama.
“Tapi saya sendiri suka rekaan yang klasik.. barulah kemas dan handsome,” ujarnya tertawa.
Tampil dengan rekaan menarik serta inovasi teknologi Pesak Ventech, baju melayu AL Sports x Iktikaf Alif ini didatangkan dengan dua variasi rekaan iaitu regular fit dan slim fit.
Antara pilihan warna yang ditawarkan adalah hitam, biru, merah jambu, maroon, kuning, beige, hijau dan ungu yang boleh didapati pada harga RM169 sepasang.
Manakala bagi baju melayu kanak-kanak pula, ia hadir dalam versi rekaan regular fit dengan harga RM129 sepasang.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Wow! Dalam Masa 14 Hari, Yatt Hamzah ‘Hilang’ 9Kg Selepas Bersalin Anak Ke-4

Hari ke-15 menjalani proses berpantang, pelakon Yatt Hamzah meluahkan rasa gembira kerana berat badannya kini semakin berkurangan kir-kira 9 kilogram.
Malah, proses penurunan berat badan tersebut mengambil masa selama 14 hari selepas melahirkan anak keempat pada 30 Disember lalu.
“Finally Bonda muncul jua tunjuk muka harini berpantang hari ke 15. Tu pun sbb ada photoshoot new born baby #SuciHawaZulaikha dgn @babybonnetviralmalaysia.
“Ok nak share dg ibu2 berpantang di luar sana..Bonda turun 9 kg dlm masa 2 minggu ni. Kali ni lambat sket berbanding anak2 sblm ni sbb ada masalah kesihatan slps shj Bonda bersalin haritu pd 30 Dec 2019.
“Selalunya lebih 10 kg dlm masa seminggu je. Tapi xpelah lain2 anak lain2 kisah dan pengalaman kan. Nak tahu Bonda sakit apa lepas bersalin?
“Nanti Bonda share kisah tu dlm part 4 & 5 #kisahlabourroombondayatt ya.. In shaa Allah.. Sabar sket tauu,” tulisnya apa entri yang merakamkan dirinya mengenakan busana jubah berwarna putih.
View this post on InstagramA post shared by Yatt Hamzah (@yatthamzah_suci) on
Dalam pada itu, Yatt atau nama lengkapnya Haryati Hamzah, sentiasa mengamalkan cara tradisional ketika berpantang dengan cara bertungku sejak kelahiran anak sulung hingga kini.
View this post on InstagramA post shared by Yatt Hamzah (@yatthamzah_suci) on
View this post on InstagramA post shared by Yatt Hamzah (@yatthamzah_suci) on
View this post on InstagramA post shared by Yatt Hamzah (@yatthamzah_suci) on
View this post on InstagramA post shared by Yatt Hamzah (@yatthamzah_suci) on
View this post on InstagramA post shared by Yatt Hamzah (@yatthamzah_suci) on
Terdahulu, Yatt telah selamat melahirkan Suci Hawa Zulaikha pada 30 Disember lalu seberat 3.3kg.
Yatt sebelum ini pernah berkahwin dengan Abdul Mutalib Shukor dan dikurniakan anak, Suci Hanania Malika, 8 tahun.
Yatt kemudiannya berkahwin dengan Mohamad Zulfahdli Khairuddin pada Februari 2016.
Pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata Suci Humaira Iqlima, 4 tahun dan Suci Hayfa Medina,2 tahun.
Foto: Instagramn Yatt Hamzah
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Nak Sangat Anak Ramai Kan, Saja Buli Dia Jaga Supaya Setuju ‘Tutup Kilang’,” – Lain Macam Ucapan Birthday Wawa Zainal Buat Aeril Zafrel!

Pelakon dan usahawan Wawa Zainal memberikan dedikasi bersempena hari jadi suaminya yang juga pelakon, Aeril Zafrel dengan cara tersendiri.
Kali ini, Wawa yang merakam ‘keletihan’ suaminya yang sedang dukung sambil menyusukan anak keempat mereka dengan botol susu sebagai ‘hadiah’ sempena ulang tahun kelahiran aktor itu yang genap 33 tahun usianya.
Seloroh Wawa menerusi Instagram, ia dibuat agar Aeril yang genap usianya 33 tahun semalam bersetuju dengan hasratnya untuk ‘tutup kilang’ selepas ini.
“Happy birthday my love. Nah hadiah hari jadimu, kepenatan. Nak sangat anak ramai kan. Saje buli dia jaga sepanjang malam supaya dia setuju untuk tutup kilang.
“I love u @aeril_zafrel, suami terbaik & ayah yang terbaik untuk anak-anak. Begini la nanti setiap tahun, 3 hari berturut-turut posting pasal birthday je.
“Korang rasa berapakah umur Aeril?,” tulis Wawa pada ruangan kapsyen.
Gurauan Wawa itu nyata mendapat perhatian wargamaya dan hingga kini, video pendek tersebut sudah pun ditonton lebih 800,000 kali bersama ratusan komen yang ditinggalkan.
Anak keempat mereka selamat dilahirkan pada 30 November lalu.
Pasangan selebriti ini mendirikan rumah tangga pada 2013 dan hasil perkahwinan, mereka dikurniakan tiga cahaya mata lain iaitu Ahmad Fakhruddin Attar, 7, Hayla Maghfiratul Adzkiyaa, 5, dan Ayya Soffya yang kini berusia setahun.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Tak Bawa Diri Pun, Ini Semua Salah Faham,” – Didakwa Setahun Senyap Sebab Merajuk, Ara Johari Leraikan Kekeliruan

Sebelum ini, heboh diperkatakan apabila penyanyi Ara Johari, membawa diri kerana merajuk dan tertekan kerana sering berdepan dengan kontroversi yang kurang menyenangkan.
Bagaimanapun, menurut Ara, dia masih lagi aktif dalam kerjaya dan tidak membawa diri sebagai mana didakwa.
“Ara tak bawa diri pun, ini semua salah faham, Ara masih lagi aktif menyanyi, kalau tak percaya boleh periksa di akaun Instagram rasmi Ara, cuma mengambil masa lebih sedikit bagi mengumpulkan material yang terbaik untuk single Tetap Aku Cinta, dan pada masa yang sama sibuk menguruskan perniagaan makanan.
“Single terbaru ini merupakan comeback buat Ara dan hadiah untuk semua peminat yang merindukan buah tangan terbaru daripada Ara,” katanya.
Tetap Aku Cinta adalah sebuah karya bergenre balada rock moden yang dicipta komposer dan penulis lirik, Amy Bong dan Furhan.
Single terkini tersebut diterbitkan oleh Rocketfuel Entertainment.
“Ia mengisahkan tentang cinta sejati terhadap seseorang yang disayangi dan sanggup menghabiskan sisa-sisa hidupnya bersama sehingga ke akhirnya,” jelasnya lagi.
Sementara itu, Ketua Label Rocketfuel Entertainment, En. Feros Sayna mengharapkan agar lagu berkenaan diterima baik, memandangkan Ara sudah lama tidak hadir dengan naskhah baru.
“Hampir setahun Ara tidak muncul dengan mana-mana single, kini masa yang sesuai untuk Tetap Aku Cinta dilancarkan.
“Semoga single ini bakal menjadi hit dan mendapat sambutan penggemar muzik,” jelasnya.
Muzik video rasmi single berkenaan sudah menerima lebih 50,000 tontonan selepas seminggu ia dilancarkan di YouTube.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI