Pelakon Chacha Maembong menafikan dirinya antara artis yang terbabit dalam sindiket pelacuran kelas atasan yang dibayar antara RM20,000 sehingga RM40,000 untuk satu malam, sebagaimana yang didakwa sesetengah pihak.

Pelakon tersebut menegaskan dia tidak pernah terlibat dalam mana-mana kegiatan seumpamanya susulan gosip yang diperkatakan.

Jelas bintang berusia 24 tahun itu lagi, ada pihak yang mengaitkan namanya yang secara tidak langsung boleh menjejaskan kerjaya seni dan perniagaan yang dibinanya.

“Saya bekerja daripada dulu sampai sekarang memang cari rezeki. Orang nak cakap apa dan fitnah macam-macam, teruskan. Satu hari akan terbukti juga.

“Ada keluar gosip kaitkan nama saya dalam skandal RM40,000. Ada juga yang mesej secara peribadi (DM) di Instagram bertanya.

IKLAN

“Kalau betul, saya tak perlu berlakon dan kerja. Kalau ya dapat RM40,000 satu malam, buat apa nak berlakon lagi?

“Tapi itu lah, semua itu mulut orang dan kaitkan dengan perangai saya dulu. Apabila saya sudah berubah pun, orang tetap kaitkan lagi dengan perangai lama saya. Bagi saya, ia adalah lumrah mulut orang,” katanya.

Dalam masa sama, Chacha yang ditemui di lokasi penggambaran drama Bidadari Salju terbitan A Aida Productions turut mendedahkan, dia juga tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap individu yang menuduh dirinya terbabit dalam aktiviti Macau Scam.

IKLAN

“Beberapa hari lalu saya ada keluarkan kenyataan di IG mengenai perkara ini sebab terlalu banyak fitnah yang dilemparkan.

“‘Konon saya pun buat scam dengan tipu duit orang pasal produk saya. Mereka kata produk saya datang daripada duit haram.

IKLAN

“Saya perlu menjelaskan perkara ini demi menjaga reputasi produk saya apatah lagi ia masih baru di pasaran. Lagi pula ini kolabrasi saya dengan Alken dan tidak ada kaitan langsung dengan aktiviti ini.

“Saya akan ambil tindakan undang-undang pada komen yang melampau. Ia menjejaskan kerjaya, bisnes dan nama ahli keluarga lain.

“Saya di sini berani kerana saya tak salah. Jadi apa yang orang nak cakap, cakaplah,” katanya.

Foto: Instagram Chacha Maembong

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI