
Pelakon Memey Suhaiza ada berkongsi mengenai permintaan anak lelakinya yang mahukan adik perempuan lagi.
Ini kerana, anaknya itu rasa kasihan apabila adik bongsunya tidak ada kawan perempuan untuk bermain bersama.
Perkara tersebut dikongsikan isteri kepada pelakon, Norman Hakim itu menerusi Instagram, baru-baru ini.
“Anak bujang mummy @awishzarisz. Dia org request. Boleh tak mummy bagi 1 lagi girl sbb nanti ada yang boleh layan main pondok2 dgn @mikayladelishahakim,” tulisnya ringkas sambil memberikan kredit.
Ternyata, apa yang diceritakan Memey mendapat perhatian wargamaya dan ada yang turut meninggalkan reaksi masing-masing.
Terdahulu, Memey atau nama sebenarnya, Suhaiza Suhaimi mendirikan rumah tangga dengan Norman Hakim pada 24 September 2011.
Hasil perkahwinan itu, pasangan itu dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Muhammad Darwisz Hakim, 7, Muhammad Dikhriz Hakim, 5 dan Mikayla Delisha Hakim, 2.
Foto: Instagram Memey Suhaiza
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Kejutan Sambut Hari Lahir Di KLIA, Aidil Aziz Kata Tak Pernah Dibuat Orang, Tapi Ada Pula Speku Fasha Hamil!

Nyata teruja dengan usaha isteri, Fasha Sandha yang sekali lagi melakukan kejutan sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-32.
Kali ini, sambutan diraikan di Kuala Lumpur International Airport (KLIA), sejurus pasangan itu menyambut hari jadi di Phuket, Thailand selama beberapa hari.
Menerusi Instagram, Aidil Aziz sempat mengucapkan terima kasih buat semua yang terlibat dan pastinya, kejutan ini tak pernah dibuat orang!
Namun, dia cukup terharu dan menyatakan penghargaan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan majlis serba ringkas ini.
“Terima kasih kepada Isteri & semua yg terlibat di dalam menjayakan my surprised birthday dalam KLIA.(tak pernah dibuat org).
Lots of love pada semua yg hadir,” tulisnya yang turut dilihat ada membalas komen kenalan yang tidak sempat hadir.
Bagaimanapun satu hal yang menarik, beberapa keping foto yang turut merakamkan Fasha menimbulkan spekulasi ramai yang dia kini mungkin sedang berbadan dua.
Tampil berbaju T sama jean, perut pelakon ibu kepada dua anak ini dilihat agak menonjol.
Sekadar mengimbas, kedua selebriti ini dijabkabul pada 30 Mac lalu. Ini perkahwinan pertama buat Aidil dan kedua untuk Fasha.
Bintang jelita itu pernah berkahwin dengan ahli perniagaan, Rizal Ashram Ramli, pada 27 April 2012 dan bercerai pada 20 Januari 2016.
Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan dua anak, Putra Rayfal Ramli, 5 dan Putri Raysha Jemaima, 4.
Foto : Instagram Aidil Aziz
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Buat Pentas Cantik & Baju RM100k Sekalipun… Bulu Roma Tak Naik, Tak Jadi Juga,” – Edry Ulas Kemenangan Aepul

Ketua juri The Hardest Singing Show (THSS) Edry Abdul Halim menjelaskan keputusan memilih penyanyi Aepul Roza sebagai juara adalah disebabkan elemen luar jangkauan yang ditampilkan menerusi dua persembahan di konsert akhir.
Menurut Edry, gimik yang ditampilkan oleh Aepul ternyata berada ditahap lebih baik jika dibandingkan dengan para finalis lain.
“Secara terus terang, Aepul ada ‘Wow Factor’ pada malam ini. Saya ada merujuk kepada pihak penerbit, kita tidak akan mengambil kira markah-markah mingguan kerana nak beri peluang sama rata kepada semua finalis.
“Saya bukan nak kata Ayda atau finalis lain tidak bagus cuma Aepul ada kelebihan. Saya sendiri dapat merasakan ketika Aepul bermain drum di posisi condong, satu dewan rasa ‘Wow Factor’ tersebut.
“Itu yang buatkan penonton nak tonton berulang kali. Persembahan peserta lain juga kemas dan rapi tapi kurang cengkaman.
Elemen luar biasa itu kurang,” katanya kepada MH.
Anggota kumpulan KRU itu berkata sedemikian ketika acara sidang media THSS, di Auditorium CIDB, Cheras pada Ahad.
Katanya lagi, pemilihan konsep yang betul juga sebenarnya jauh lebih penting daripada kemewahan yang dipaparkan di dalam persembahan.
“Dalam dunia seni ini, kita boleh buat pentas yang cantik, atur 50 penari, lampu yang gah atau baju RM100,000 sekalipun, kalau bulu roma tak naik, tak jadi juga.
“Ambil contoh, pada pandangan peribadi saya, bila Ayda Jebat gunakan konsep ‘Chinese’, pihak juri atau penonton rasa agak jauh sedikit dengan tema yang diketengahkan.
Bulu roma tak naik sepenuhnya.
“Konsep mainkan peranan. Seperti Zizi Kirana, konsepnya sudah betul tapi dia pernah buat perkara sama sebelum ini. Saya sendiri tak sangka gimik akhir Aepul itu. Itu yang sumbang markah lebih,” ujarnya lagi.
Lantaran itu, Edry menyeru kepada artis-artis lain untuk turut sama ceburi program ini demi kebaikkan perjalanan kerjaya mereka.
“Sebagai artis, saya merasakan program ini merupa platform yang bagus buat para artis mengiklankan bakat dan kebolehan mereka. Saya harap semua orang akan membuka mata terhadap kemampuan para finalis kita ini.
“Saya sarankan kepada mana-mana artis yang mahu membawa persembahan mereka ke tahap lebih tinggi, di sinilah platformnya. Terima kasih kepada Astro kerana beri peluang kepada artis-artis ini berkarya,” akhirnya.
Terdahulu, Aepul telah pun dinobatkan selaku juara sulung THSS sekali gus mengetepikan peserta-peserta tumpuan seperti Ayda Jebat, Stacy, Aisha Retno dan ramai lagi.
Kemenangan tersebut membolehkan Aepul membawa pulang hadiah utama berupa wang tunai RM150,000, pakej pecutian dan trofi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Sampai Hospital, Check Bukaan 2cm…” Imbas Waktu ‘Berjuang’ Bersalin Anak Bongsu, Ezzaty Abdullah Mengucap

Genap seminggu kelahiran, pelakon Ezzaty Abdullah berkongsi pengalaman bersalin cahaya mata keduanya di Instagram.
Dedah isteri kepada pelakon Azwan Kombos ini, dia telah mengalami kontraksi awal sekitar jam 5 petang dan terus ke hospital selepas solat Asar.
Tambahnya lagi, meski tidak mengalami kontraksi teruk pada awalnya, namun dia memilih untuk mempercepatkan rangsangan proses bersalin dan dimasukkan ke dewan bersalin.
“Last week. 5pm start rasa sakit perut. Then kemas rumah sikit, mandi-mandi solat Asar and terus ke hospital pukul 715pm. Sampai hospital check bukaan 2cm and contraction pun tak banyak.
“My gynae bagi option untuk stay and induced atau nak balik rumah dulu tunggu normal contraction.
“Disebabkan masa bersalin Harum dulu induced tak sakit walaupun semua org yang pernah kena induced cakap sakit sangat, so saya pilih untuk induced je,” tulisnya.
Ketika proses berkenaan dilakukan, Ezatty sempat membaca beberapa surah sebelum mengalami rasa sakit yang amat.
“10pm start pasang drip n induce. 1130pm start rasa sakit, sempat baca surah Maryam n As Syura je. Lepas tu tak tahan sakit sangat (macam ni rupanya yang org cerita sakit induced).
“Saya minta cucuk ubat tahan sakit tapi masih rasa sakit cuma rasa mengantuk lebih sikit, so dapat la tido kejap dari jam 12am-130am.,” tulisnya lagi.
Pelakon berusia 31 tahun ini juga menyifatkan apa yang berlaku sebagai satu pengalaman berharga dan bersyukur kerana proses bersalin berjalan dengan lancar.
“Sepanjang dalam labour room banyak kali tangan Azwan jadi mangsa kena genggam and picit sekuat hati sebab tak tahan sakit. Nasib baik la suami jenis redha je.
“Bangun tido sebab rasa sakit sangat dah. Macam nak pengsan menahan sakit contraction tu. Alhamdulillah 2 jam je tahan sakit, baby nak keluar dah. Masa ni memang maximum dia punya sakit macam nak tercabut nyawa.
“Dah mengucap siap-siap masa nak teran. (baru rasa nikmat sakit yang orang selalu cerita sampai trauma nak beranak lagi tu). Allah Maha Besar dan Memahami, sakit nak keluarkan adik cuma 5 minit je.
“Ya Allah, cepatnya. Sekejap je Allah bagi rasa sakit tu. Alhamdulillah lepas adik keluar je, semua rasa sakit tadi hilang macam tu je.
“Macam magic. seronok dan syukur sangat bersalin kali ni dapat rasa nikmat macam ni. Ada sakit, ada sakit sangat,ada lega. Semua rasa,” tulisnya lagi.
Sekadar informasi, Ezzaty telah mendirikan rumah tangga bersama Azwan pada tahun 2016.
Hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata bernama Harum Dahlia, 5 tahun.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Foto: Instagram Ezzaty Abdullah
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI