Penyanyi, Hafiz Hamidun menjelaskan kejayaannya masa kini banyak didorong oleh pengalaman hidupnya yang terdahulu.

Menurut Hafiz, meski kini sudah bergelar jutawan, dia menyifatkan kejayaan ini bukanlah tiket untuknya bersenang-lenang atau ‘goyak kaki’.

Sebaliknya, dia harus berkerja dengan belih keras memandangkan komitmen lain juga semakin bertambah.

“Saya tidak nafikan bukanlah sebab untuk berbangga. Saya tetap rendah diri. Saya masih berkerja. Jutawan yang tidak perlu berkerja tu barulah syok.

“Saya seorang peniaga. Bila saya berniaga, saya ada tanggungjawab kepada staf, bayar zakat dan bayar cukai.

“Jadi kalau saya berniaga main-main, tiada untung, tak beli bangunan dan tak nampak hasil ke mana, baiklah saya kerja makan gaji sahaja,” katanya kepada MH.

Hafiz berkata demikian ketika ditemui di sidang media pelancaran lagu Sabda Kekasih di pejabat Universal Music Malaysia, Menara Symphony, Petaling Jaya pada Khamis.

IKLAN

“Kalau Berniaga Main-Main, Baik Saya Kerja Makan Gaji,” – Diam Ubi Berisi, Rupanya Hafiz Hamidun Dah Bergelar Jutawan!

Dalam pada itu, penyanyi lagu Jodoh Berdua ini turut berkongsi kisah kepayahan saat pertama kali memutuskan untuk membuka syarikat persendirian sewaktu melanjutkan pelajaran di universiti.

“Semasa saya mula-mula putuskan untuk buat buisnes, hidup saya pernah susah. Dalam wallet saya pernah ada seringgit je. Saya pernah rasa susah tu.

“Nak makan pun takde duit. Tinggal seringgit sahaja dan pada ketika itu saya nak pergi ke rumah kakak saya di Cheras

IKLAN

“Tapi nak kena lalu tol yang berharga RM1.10. Duit sen pun saya takda. Akhirnya saya buat keputusan pergi kedai dan makan mi segera harga 80 sen sambil tengok TV.

“Sampai menitik air mata masa tu. Tak sampai hati nak telefon emak.

“Masa tu pun saya baru beli kereta. Pada masa tu saya fikir duit yang ada ni nak buat bayar kereta atau makan. Jadi saya pilih gunakan duit tu untuk makan.

“Bayangkan beli kereta baru, lepas dua bulan dah kena tarik,” katanya lagi.

IKLAN

Akui ketika ini ramai yang sedang berusaha untuk mengubah kehidupan, Hafiz menjelaskan bahawa tiada yang mustahil asalkan kita tidak malas

“Saya memahami keadaan tersebut sebab saya juga pernah susah. Pada saya, kalau saya boleh ubah hidup dan orang yang tiada followers pun boleh berjaya, tidak mustahil semua orang juga boleh begitu.

“Yang penting jangan malas sahaja. Hidup ni tak boleh malas. Bila kita malas, kita mudah untuk berputus asa,” akhirinya.

Lagu Sabda Kekasih nyanyian Daqmie merupakan lagu OST bagi filem Sabda Kekasih lakonan Aeril Zafril dan Wawa Zainal.

Difahamkan tarikh tayangan telefilem Sabda Kekasih ini akan dikongsikan bersama peminat dalam masa yang terdekat.

https://www.youtube.com/watch?v=TVh8u4eO-qs

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI