Penyanyi rap kumpulan K-Clique, MK masih berteka-teki mengenai status dirinya yang didakwa sudah pun mempunyai kekasih, sebagaimana yang diperkatakan sesetengah peminat.

Perkara tersebut menjadi buah mulut apabila tular foto serta video pendeknya bersama seorang gadis berhijab yang dirakam mesra baru-baru ini.

Malah, MK atau nama sebenarnya Muhammad Hairi Amin, 23, tidak dapat mengesahkan mengenai siapakah gadis yang dimaksudkan, kerana ia berkemungkinan salah seorang kakak atau ibunya.

“Kalau Ada Rezeki Untuk Menjaga Seseorang, Memulakan Keluarga Itu Ada, InsyaAllah,” – MK K-Clique Ulas Isu Foto Sama Gadis Berhijab

“Saya jarang untuk perhati hal yang viral kerana saya dilatih oleh ahli kumpulan untuk tidak mempedulikan perkara yang berlaku. Saya hanya fokus dengan kerja.

“Jadi apa yang berlaku di media sosial, saya kurang ambil tahu. Malah saya pun tak pasti mana satu wanita yang diperkatakan.

“Mungkin kakak saya. Saya ada enam orang kakak dan seorang ibu. Ramai wanita dalam hidup, iaitu ahli keluarga saya. Jadi kalau ditanya mengenai hal tersebut, saya sendiri belum tengok dan kurang pasti.

IKLAN

“Saya tak dapat mengesahkan, tapi mungkin kakak saya,” katanya jujur.

Ditanya sama ada dirinya masih sendiri atau sudah pun mempunyai teman wanita atau sebaliknya, MK ada jawapannya sendiri.

“Kalau Ada Rezeki Untuk Menjaga Seseorang, Memulakan Keluarga Itu Ada, InsyaAllah,” – MK K-Clique Ulas Isu Foto Sama Gadis Berhijab

“Itu semua jodoh. Kalau ada yang selancar dengan perancanganNya, adalah dan begitu sebaliknya. Cuma sekarang kami masih fokus dengan kerjaya memandangkan kami masih muda.

IKLAN

“Bukan mudah untuk berada dalam industri,” jelasnya lagi.

MK bersama seorang lagi ahli kumpulannya, Tuju ditemui media pada sidang media Konsert HausBoom Music Soro Lounge, Pavilion Elite, pada Isnin.

“Kami masih muda. Kalau ada rezeki untuk menjaga seseorang, rezeki untuk memulakan keluarga itu ada, insyaAllah ia tiada halangan,” akuinya.

Selain MK dan Tuju, enam anggota lain yang turut bersama dengan K-Clique ialah Noki, Somean, KDeaf, FareedPF, Gnello dan NastyNas.

IKLAN

Terdahulu, Konsert HousBoom Musim bakal dilangusung pada 10 November depan di Mines International Exhibition and Convention Centre (MIECC) bermula jam 4.00 petang hingga 10.00 malam.

“Kalau Ada Rezeki Untuk Menjaga Seseorang, Memulakan Keluarga Itu Ada, InsyaAllah,” – MK K-Clique Ulas Isu Foto Sama Gadis Berhijab

Turut sama terlibat di dalam konsert skala besar ini ialah Hujan, Ella, Pop Shuvit, Bunkface, Gerhana Ska Cinta dan ramai lagi.

Jualan tiket yang bermula dari RM30 hingga RM100 akan dibuka menerusi aplikasi ‘TicketApps’ bermula Jumaat depan, 18 Oktober.

Konsert HausBoom Music 2019 ini adalah susulan dari kejayaan penganjuran Housboom Music tahun lalu.

https://www.instagram.com/p/B3nPfC0JYAf/

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI