Anak kepada pelakon, Lana Nodin memanjat kesyukuran apabila anak keduanya yang baru berusia dua bulan, William Daud McKienzie telah selamat menjalani pembedahan di Institut Jantung Negara, sebentar tadi.
Makluman tersebut telah dibuat Lana dan suaminya, Daud Mckienzie menerusi Instagram Melodi TV3 sejam lalu.
Menerusi sedutan video ucapannya itu, Lana sambil ditemani suami bersyukur dan berterima kasih kepada semua pihak yang terus menyayangi dan mendoakan kesihatan anaknya yang mengidap masalah injap (Aortic Stenosis).
“Alhamdulillah tadi anak saya baru sahaja keluar dari bilik pembedahan dan anak saya selamat… alhamdulillah kerana doa-doa korang anak aku selamat.
“Doktor buat dapat rawatan yang sepatutnya. Apabila doktor keluar cakap anak you selamat buat prosedur tu. Terima kasih banyak-banyak pada mereka yang medoakan,” katanya sambil menitiskan air mata.
Pada sama sama, Lana turut memberi pesan kepada para ibu yang senasib dengannya.
“Ibu-ibu yang dekat sini teruskan berdoa, meski hati tengah kusut cakap berterabur. Saya berdoa bagi dia hidup dengan saya,” kongsinya.
“Kali ni kami berdua sambut berita ini. Alhamdulillah syukur. Saya tak sangka ramai rakan artis, pihak media, rakan-rakan, peminat yang mendoakan anak saya.
“Saya tak sangka…tak pernah uplod gambar anak saya tapi mereka saya anak saya. Terima kasih,” katanya dalam nada sebak.
Foto: Instagram Melodi, Lana Nordin
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Aduhai, tidak putus-putus netizen yang memberi reaksi terhadap persembahan Sufian Suhaimi di Anugerah Juara Lagu edisi ke-33 lalu menerusi Di Matamu.
Meski empunya badan sudah pun memberikan reaksi terhadap metafora yang dipersembahkan dalam lagu berkenaan ketika bertanding di AJL, namun masih ada yang ‘mata tajam’ cuba cari makna dari sisi yang lain pula.
Terkini, kelopak bunga yang terpecah lalu dikatakan beterbangan sebagai duit menerusi paparan LCD saat Pian membuat persembahan pula menjadi buah mulut ramai.
Tidak mahu ada pihak yang terus membuat spekulasi yang tidak benar, Pian bersama team persembahanya telah memberikan penjelasan. Malah video tersebut turut dikongsikan Pian di Instagram.
“Duit berterbangan? Ini video penjelasan dari @the_calla , @aizatrush dan @the.affiliates. Grafik pada akhir persembahan sebenarnya adalah gambaran bunga yang berterbangan hingga kosong.
“Mungkin pecahan bunga itu berbentuk petak dan warnanya yang cerah membuatkan ramai yang melihatnya dari sudut berbeza. Apapun, saya lebih daripada berpuas hati dengan apa yang diberikan oleh @the_calla and team.
Pelakon dan penyanyi, Elizabeth Tan teruja untuk berkongsi pengalaman menjalani prosedur persenyawaan in-vitro (IVF) bersama peminat menerusi platform media sosial miliknya.