Ketika ini, rata-rata pencinta drama tempatan cukup berminat mengikuti drama rantaian terbaru menerusi slot Akasia, Pujaan Hati Kanda.

Drama lakonan Remy Ishak dan Mira Filzah itu menjadi bualan ramai, lalu trending menerusi media sosial.

Bukan hanya jalan ceritanya yang menarik, malah lakonan para pelakonnya juga turut menjadi perhatian.

Misalnya Reen Rahim yang mendukung watak sebagai Su, Sarah Hilderbrand sebagai Nadine dan Syazwan yang memainkan watak sebagai Pali.

IKLAN

Menerusi sebuah posting video Syazwan Zulkifly menerusi Instagram, pelakon itu telah berkongsi kembali sedutan video heroin drama berkenaan, Mira Filzah yang memuji karektor Pali yang dijayakannya.

Lalu, Syazwan menitipkan perkara sama buat Mira.

“Secara jujur, awak pun @mfmirafilzah adalah seorang pelakon yang sangat baik. Jika saya seorang saja yang memberi bak kata awak, dan awak hanya menerima saja, ianya pun tak kan menjadi.

IKLAN

“Tapi kerana awak juga turut memberi, alhamdulillah, bukan kita saja, penonton yang menonton juga turut terkesan.

“Thank you Mira kerana banyak memudahkan saya untuk membawa karekter #pali ini sepanjang pegambaran dijalankan.thank you very much,” tulisnya. 

IKLAN

Pada masa sama, para peminat juga turut memuji watak hitam yang dijayakan bintang tersebut.

Foto: Instagram Syazwan Zulkifly

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI