Meski lebih seminggu sambutan Hari Raya Aidil Fitri dirai, namun kehangatan dan kemeriahannya masih lagi terasa apabila ada yang mengambil cuti panjang untuk isi masa bersama famili tersayang.

Jadi pastinya, momen yang paling menyeronokkan adalah aktiviti bergambar dengan seluruh ahli keluarga.

Abadikan memori indah bersama yang tersayang menggunakan telefon pintar Huawei model di bawah Series HUAWEI P30. Barulah raya jadi ‘ohsem!’.

Atas 5 ciri hebatnya ini, HUAWEI P30 pasti jadi pilihan terbaik, tiada lagi rasa ragu bila merakam foto!

Kehebatan 50x Zoom yang ‘wow!’

Tahukah anda, telefon pintar ini mampu mengambil gambar sehingga 50x zoom.
Untuk siri ini, HUAWEI memperkenalkan sistem Super Zoom di mana, anda boleh mengambil gambar dari jarak yang jauh tetapi hasilnya tetap jelas.

Misalnya jika anda mahu rakam foto bulan purnama malam raya, model P30 ini adalah solusinya.

Normal View

Zoom 10x

Zoom 50x

Foto: Sufian Ghaffar

Rakaman Gambar Waktu Malam Yang Menakjubkan

Foto: Amsyar Naaif

P30 juga mampu untuk mengambil gambar dengan jelas walaupun dalam situasi cahaya rendah. Ini kerana telefon pintar ini dilengkapi dengan sensor terkini, Supersensing.

Rakamlah momen ketika anda sedang isi masa bersama sanak saudara bermain bunga api di halaman pada waktu malam, tiada masalah. Tak perlu edit untuk lebih cerah kerana ia tersedia jelas.

Lensa Yang Lebih Lebar, Tiada Satu Pun Akan Tertinggal

Marakam foto seisi keluarga kadang kala di pagi Raya lalu merupakan satu cabaran juga, lebih-lebih lagi kalau kalian ramai. Jadi untuk menyusun posisi yang ideal supaya tiada seorang pun yang tertinggal, kadang kala ia makan masa.

Pastinya akan jadi lebih mudah andai menggunakan HUAWEI model P30 yang dilengkapi dengan Ultra Wide Angle Lens ini. Dengan lensa yang yang lebih lebar, masalah ‘off frame’ tidak akan berlaku lagi. Barulah tiada imej ahli keluarga yang terpaksa ‘cropped’!

Situasi sama pun pasti tak akan berlaku apabila anda mahu merakam momen saat menghadiri rumah terbuka rakan-rakan pula.

AR Measurement Toolkit, Mudahkan Pengguna

Tidak seperti telefon pintar lain, Model P30 ini memiliki ciri tambahan lain yang unik. Antaranya ialah AR Measurement Toolkit. Menerusi ciri Huawei TOF Camera, anda mampu mendapat sesuatu ukuran tepat dengan senang dan mudah.

Jadi, ciri ini bolehlah membantu ibu kalian yang misalnya mahu alter baju raya, langsir dan sebagainya. Tak perlu lagi cari pita pengukur, kerja pun jadi senang.

Berbekal Bateri 4,200 mAh, Pergi Beraya Tempoh Lama Pun Tetap Okay

Anda juga tidak perlu risau tentang jangka hayat bateri sekiranya perlu menempuh perjalanan jauh di musim perayaan yang lama dalam kesesakan trafik.

Ini kerana model telefon pintar ini mempunyai bekalan bateri sehingga 4200mAh dan ia mampu bertahan sepanjang hari dengan hanya sekali caj.

Jadi, pergilah beraya 10 buah rumah sekali pun contohnya, telefon anda masih lagi ‘steady’, tak perlu risau nak cari powerbank.

Jadi tunggu apa lagi, dapatkan segera model telefon pintar HUAWEI P30 dan P30 Pro untuk memastikan momen Raya anda tahun ini lebih bermakna.

Sempena Hari Raya, Huawei ada tawaran yang hebat apabila korang beli siri P30 ni. Korang berpeluang menjadi salah seorang daripada 999 pemenang bertuah untuk memenangi Huawei M3 Lite mulai 3 Mei hingga 16 Jun 2019. Untuk info lanjut, klik https://huawei-raya.com/.

Ada lagi! Dengan pembelian Huawei P30 di kedai dalam talian atau kedai Huawei, korang boleh bawa pulang Wireless Charging Case. Untuk pembelian Huawei P30 Pro pula, korang dapat Snorkeling Case (sementara stok masih ada).