MH pasti ramai yang sudah sedia maklum bahawa suami kepada penyanyi popular, Nora Ariffin iaitu Johan Nawawi telah pergi meninggalkan kita buat selama-lamanya pada bulam Mac tahun lalu.

Sebagai seorang isteri sudah tentu Nora merasakan kehilangan yang amat besar dalam hidupnya.

Baru-baru ini MH ada melihat luahan hati Nora di Instagram yang menyatakan dia rindu pada arwah suaminya.

A post shared by NORA ARIFFIN (@itsnoraariffin) on

IKLAN

“Jumaat ke 43.
Pagi tadi hujan…nora tak pegi kekubur….tapi Allah lebih mengetahui. Lepas dhuha, betdoa…terlelap, mimpi Johan dtg, kami bergurau senda, happy sgt..
Ya Allah….nikmatnya dpt mimpi begini…syukur 
Allah bagi kita bertemu hanya dlm mimpi..❤❤
Rindu abang….
#adadalamtiadabynora 
#johannawawi #jn30tribute,” tulis Nora.

Sayu hati MH selepas membaca luahan perasaan Nora ini dan rata-rata peminat juga pengikut Nora di Instagram turut tersentuh hati dan memberi kata-kata positif buatnya agar terus kuat dan tabah menghadapi ujian ini.

nazilawati: Alhamdulillah kak @itsnoraariffin biarpun dlm mimpi.. bahagia rasanya dpt jumpa yg tersayang.. semoga kak nora sentiasa tabah.. Al Fatihah utk abg @johannawawi

IKLAN

aqil_dhani: Hanya mereka y kehilangan tau rasanya..alfatihah kak nora

IKLAN

ummikaya_cinta_allah: hanya Allah aje yg tau segala galanya…terus tabah sis nora. love you very2 much. your big faithful fan. aamiin

Semoga Nora terus tabah dan MH doakan agar roh arwah Johan tenang di samping penciptaNYA dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman, Al Fatihah.

Sumber: Instagram Nora Ariffin

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI