Tahun 2019 sudah memasuki pertengahan tahun, mungkin ada perkara yang gembira dan pahit yang dialami setiap individu.
Begitu juga dengan alam perkahwinan, ada yang menyulam cinta bahagia dan ada juga sebaliknya.
Namun, tidak semua perkahwinan sentiasa indah, ada juga yang berhadapan dengan situasi tegang dan terpaksa bertemu dengan jalan pengakhiran iaitu penceraian.
Untuk tahun 2019, MH senaraikan barisan selebriti yang ‘terhenti’ kisah cintanya bersama pasangan hidup.
1. Sam Bunkface & Aida Azira
Vokalis kumpulan Bunkface, Sam atau nama penuhnya Shamsul Anuar menjatuhkan talak satu ke atas Aida Azira pada hujung Januari lalu.
Aida yang juga seorang penerbit rancangan mengambil keputusan dibuat bersama dan keluarga masing-masing reda dengan jalan yang diambil.
Sam sebelum ini mendakwa rumah tangga yang dibina mengalami pergolakan namun masih tinggal bersama.
Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 25 April 2015. Mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Maleeq yang kini berusia dua tahun.
2. Datuk A.Aida & Ariff Aziz
Kes penceraian penerbit drama, Datuk A.Aida dan Ariff Aziz menjadi bualan hangat ramai pihak apabila Ariff melafazkan cerai talak satu ke atas A.Aida pada 25 April lalu.
Bagaimanapun, A.Aida membuat pengumuman di sidang media pada Selasa.
Aida dan Ariff berkahwin pada 21 Julai 2018 selepas tiga bulan bercinta.
Ads
Pasangan ini tidak dikurniakan cahaya mata dan ia merupakan perkahwinan keempat bagi penerbit drama itu.
3. Radhi OAG & Ayu Zahiri
Isteri kepada vokalis OAG, Nur Shahira Ayu Zahiri, mendakwa penyanyi terbabit sudah pun melafazkan talak terhadapnya Mac lalu.
Malah wanita yang mesra disapa Ayu itu juga mengakui masalah rumah tangga yang berlaku sudah pun terjadi sejak sekian lama.
Lafaz cerai juga akan disahkan menerusi prosiding di mahkamah dalam masa terdekat
Terdahulu, Radhi, 41, dan Ayu mendirikan rumah tangga pada 14 April 2014 dan sebelum ini, penyanyi berkenaan pernah berkahwin dengan Shazlin Sharif pada 1 Januari 2005 kemudian berpisah pada 8 Jun 2010.
Hasil perkahwinan terbabit, pasangan tersebut dikurniakan seorang anak lelaki, Muhammad Rifdi Muslim, 14 tahun.
Ads
4. Bella Astillah & Aliff Aziz
Pasangan selebriti Bella Astillah dan Aliff Aziz menjadi perbualan hangat apabila Aliff menceraikan Bella dengan talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada 16 Mei lalu.
Lebih sedih, kes itu berlaku pada bulan mulia, Ramadan Al-Mubarak.
Sebelum ini, penyanyi dan pelakon kelahiran Singapura itu terpalit dengan beberapa isu curang sebanyak tiga kali yang membabitkan gambar miripnya berswafoto sambil tidak berbaju bersama seorang gadis berpakaian seksi tular.
Selain gambar, turut tersebar satu rakaman video live Instagram memaparkannya bersama gadis sama dikenali sebagai Nismel itu.
Terdahulu, Aliff terpalit kontroversi pada Julai 2017 dengan adik Anzalna Nasir, Afifah. Bagaimanapun, Bella memaafkan perbuatan Aliff hingga kejadian membabitkan pelakon baharu, Oktovia Manrose, sekitar Februari lalu.
Untuk rekod, Aliff dan Bella Astillah mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016 dan dikurniakan seorang anak, Mohamad Ayden Adrean.
Ads
5. PU Abu & Ain Afini
Pencetus Ummah (PU) Muhammad Abu Sufyan Mohd Mokhtar Rozaidi melafazkan cerai ke atas isterinya, Ain ‘Afini Latif.
Penceraian dilakukan PU berusia 25 tahun menerusi aplikasi Whatsapp pada 13 Mac lalu.
Lebih mengejutkan, apabila Ain ketika itu sedang sarat hamil tujuh bulan anak sulung.
Abu kemudian berkahwin dengan janda anak satu, Hana Azraa.
6. Vanidah Imran & Rashidi Ishak
Status perkahwinan antara pasangan selebriti, Rashidi Ishak dan Vanidah Imran terjawab apabila aktor itu mengakui mereka sudah bercerai pada 9 Ogos 2018.
Bagaimanapun, mereka merahsiakan perkara ini selama tujuh bulan kerana mahu menghormati keluarga masing-masing.
Terdahulu, Rashidi mengumumkan penceraiannya melalui Instagram pada pertengahan Mac lalu.
Untuk rekod, Rashidi dan Vanidah telah berkahwin pada 1 Oktober 2000. Hasil perkahwinan itu, pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata, Mikhail Imran, 18, dan Mariyam Rashika, 15.
Foto : Carian Google, Instagram Selebriti
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penerbit daripada rumah produksi Kembara Sufi Production Sdn Bhd, Jaja Ishak bersyukur kerana drama yang menggandingkan Idris Khan dan Intan Najuwa, Saat Kau Takluk Cinta ini menjadi perhatian pencinta drama bersiri tempatan.
Malah sokongan yang diterima membuatkan dirinya terharu, meski ada di antara kita yang kini diuji dengan musibah banjir yang melanda beberapa buah negeri sejak minggu lalu.
“Alhamdulilah, sambutan yang diterima cukup baik dan saya gembira dengan sambutan peminat.
“Dalam pada negara berhadapan dengan musibah banjir, masih ada lagi yang memberikan sokongan kepada drama Saat Kau Takluk Cinta Ini,” katanya.
Drama berkenaan kini bersiaran menerusi slot Samarinda bermula 20 Disember lalu, merupakan kisah yang diadaptasikan daripada novel berjudul yang sama karya Sera Hezra.
Malah, ia juga trending nombor satu di aplikasi Iqiyi Malaysia yang turut menayangkan drama tersebut sejam selepas ditayangkan di TV3.
“Memang banyak cabaran yang kita hadapi untuk menyiapkan drama ini. Kami telah memulakan penggambaran pertengahan tahun ini sebenarnya.
“Namun dek kerana kekangan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan ketika itu, kami terpaksa menangguhkan penggambaran dan menyambung semula selepas Hari Raya Aidilfitri.
“Apa-apa pun saya bersyukur kerana dapat menyiapkan naskhah ini seperti mana yang dijadualkan. Melihatkan sambutan hangat daripada peminat, itu menambahkan lagi semangat kami,” katanya lagi.
Skrip diolah semula oleh Eja Lorena dan diarahkan oleh Zamri Zakaria ini menjalani penggambaran di sekitar Kuantan, Pahang dan Kuala Lumpur sebagai lokasi utama.
Kisah bermula apabila Haira Melissa lakonan Intan Najuwa telah dibuang daripada keluarga setelah dituduh merampas tunang kepada adik tirinya. Dia melarikan diri ke sebuah kampung untuk mencari kawan baiknya.
Dalam hujan, dia yang menumpang berteduh di sebuah pondok bertemu dengan Rahhal Taufiq (Idris Khan) secara tidak sengaja dan bermulalah konflik satu persatu selepas itu.
“Jika diikutkan jalan cerita yang dipersembahkan dalam drama ini begitu kuat dan penuh dramatik. Saya beruntung kerana dapat bekerjasama dengan barisan pelakon hebat kali ini.
“Semua memberikan kerjasama yang baik dan dalam masa yang sama terus menghidupkan watak mereka. Saya harap drama ini terus diterima ramai dan memberikan sesuatu yang baharu kepada semua,” katanya.
Selain Idris Khan dan Intan Najuwa, Saat Kau Takluk Cinta ini turut dibintangi oleh Wafariena, Shakilla Koriri, Shazwan Zulkifly, Wan Maimunah, Raja Azmi, Farhan Asri, Jasmin Hamid dan ramai lagi.
Tedahulu, runut bunyi drama terbabit, Takdir nyanyian Aliff Iskandar turut dilancarkan dan muzik video rasminyaboleh ditonton melalui YouTube Indigital Music serta boleh juga didengar melalui semua platform digital.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Mungkin wajahnya sudah lama tidak menghiasi kaca televisyen menerusi mana-mana drama atau filem, namun pelakon Abby Abadi ini bakal kembali menggalas watak ikoniknya, Inspektor Alezza!
Menariknya, Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan telah berkongsi berita gembira itu di Instagramnya yang melihatkan dia sedang diukur badan bagi menjayakan watak tersebut.
“Cerita semalam. Berkali2 wardrobe, production manager dari team Gerak Khas msg/cal suruh dtg Skop Production utk ukur baju polis.
“Kita bagi alasan, nanti kurus kita dtg… sebulan berlalu tak jugak kurus2 hahaha.. sudahnya, Dato Yusof Haslam nk juga Sy start shooting januari 2019, jadi dtglah tailor ke rumah Sy semalam utk ukur baju.
“Dtgnya Encik Abam.. Sy malu, jadi Sy minta Abg tu tunjuk ajar apa nk di ukur, biar adik2 pembantu butik Sy je yg tolong ” jelas Abby.
Pada masa sama, dia juga turut membayangkan sisi fizikalnya kini sudah tidak seperti dulu.
“Aduhaiiii…. Maluuuunya bila ukur pinggang, punggung, dada semua.. macam nk ku letupkan lelemakkkss yg berkumpul tu.
“InshaALLAH polis gemuk ni sekejap je kat TV. Lepas tu polis ni akan kembali size model ok hohoho,” tulisnya.
Abby, 41 tahun meninggalkan lakonan drama bersiri Gerak Khas itu kira-kira 11 tahun lalu dan akan memulakan pengambaran pada bulan depan menerusi drama sama untuk musim terbaru 2019.
Foto : Instagram Abby Abadi
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon Nabil Aqil menghormati keputusan bapa saudaranya, Syafiq Kyle susulan pembatalan majlis pernikahan bersama Mimi Lana, seminggu sebelum mereka bakal diijab kabulkan sebagai pasangan suami isteri.
Nabil atau nama sebenarnya Mohammad Nabil Aqil Muhammad Salehuddin, 25, berkata, juga percaya baik Syafiq dan Mimi, masing-masing mempunyai alasan tersendiri terhadap keputusan yang diambil.
“Saya hanya mengetahui perkara itu menerusi ‘group WhatsApp’… terkejut dan baca balik ‘batalkan?’ Ya Allah… Padahal 18 hari bulan (majlis nikah) sudah dekat.
“Apa pun kami semua hormati keputusan dan faham mengenainya,” kata Nabil ketika ditemui di lokasi penggambaran drama Hawt Fellas di i DXN Cyberville, Cyberjaya, pada Ahad.
Nabil yang juga Finalis Hero Remaja 2017 bagaimanapun berkata, dia tidak mengetahui punca sebenar majlis raja sehari itu dibatalkan.
“Keluarga kami memang tidak bertanya kerana faham situasi. Cuma kalau mereka bersedia untuk kongsi, kami akan terbuka untuk mendengar,” katanya lagi.
Dalam pada itu mengulas mengenai keperibadian Mimi, Nabil menyifatkan aktres itu sebagai seorang yang menyenangkan.
“Mimi seorang yang sangat ‘cool’ dan ‘chill’. Pandang dia sebagai rakan sebaya susulan personalitinya yang ‘cool’ tu.
“Cuma kami jaranglah berjumpa kerana masing-masing ada komitmen,” katanya jujur.
Terdahulu, tular mesej yang memaklumkan majlis pernikahan pasangan pelakon filem Pusaka itu dibatalkan pada saat akhir atas faktor-faktor yang tak dapat dielakkan sebelum ia disahkan pihak pengurusan Mimi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon Fattah Amin mengakui pada awalnya dia tidak memahami isu viral membabitkan komen Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza, yang menyatakan kesudiannya untuk membuat persembahan dan merenjis di majlis perkahwinan penyanyi Amira Othman, baru-baru ini.