Pelakon Syafiq Kyle mengakui dia tidak meletakkan harapan terlalu tinggi terhadap drama rantaian terkini lakonannya, Bukan Cinta Aku yang rancak bersiaran menerui di TV3.

Tambah bintang Langsuir ini, dia seboleh tidak mahu memberi sebarang target atau ada sasaran kena memastikan setiap drama yang dilakonkan melonjak sebagaimana drama terdahulu, Nur 2.

“Bila habis penggambaran, saya tidak letakkan harapan yang tinggi. Malah bagi saya semua drama yang saya lakonkan pun, saya tak letak harapan tinggi sebab bagi saya naskhah yang bagus pun disokong dengan skrip.

“Bukan Cinta aku adalah untuk tayangan slot Akasia dan sebagai pelakon, rasanya ia sesuai untuk kelompok penonton slot berkenaan.

“Misalnya Janna dalam Cari Aku di Syurga pula, skrip dia pun saya tak nafikan bagus. Sebab itulah penonton suka dengan drama berkenaan.

“Harapnya situasi tersebut diteruskan untuk drama Bukan Cinta Aku ini,” katanya kepada MH.

Pada masa sama, Syafiq turut mengakui wataknya menerusi drama yang turut menggandingkan pelakon Indonesia, Baim Wong itu tidaklah sebenar mana memandangkan fokusnya hanyalah pada Janna yang mendukung watak sebagai Nur Ariana

“Watak saya keluar pada episod yang ke tujuh atau kelapan. Ia lebih kepada Janna, dia yang lead, sementara watak saya dan Baim untuk sokong perjalanan cerita. Itu saya punya pandangan.

“Apa pun saya mengharapkan sokongan pencinta drama tempatan untuk terus beri sokongan dan saya tak nafikan, setiap drama punya keistimewaannya yang tersendiri,” jelasnya lagi.

Bukan Cinta Aku yang bersiaran menerusi slot Akasia di TV3 ditayangkan Isnin hingga Jumaat jam 7.00 malam. Turut sama terlibat di dalam drama tersebut ialah kekasihnya, Mimi Lana yang memegang watak sebagai Qisya.

Apa Kata Anda