Pelawak, Mohd Noor Murad atau lebih dikenali sebagai Mamat Sepah mendedahkan sesi perkenalannya dengan tunang tersayang, yang juga seorang anggota polis.

Mahu merahsiakan nama bakal isteri, Mamat dan tunangnya yang berasal dari Lahad Datu, Sabah itu memahami kerjaya dan tugasan masing-masing.

“Alhamdulillah dia faham dengan kerjaya saya sebagai seorang yang dulunya lebih kepada permotoran dan sekarang ini dalam bidang lawak pula.

“Begitu juga dengan saya perlu memahami kerjaya dia sebagai seorang anggota polis yang menjaga keamanan negara dan orang awam,” kata Mamat kepada MH.

Mengabadikan detik perkenalan di IPD Shah Alam, bekas anggota kumpulan Sepah itu membuka cerita sesi perkenalan bersama tunangnya.

“Ketika itu saya pergi ke balai untuk tarik report untuk menolong seorang rakan. Kemudian, saya nampak dia berdiri di satu sudut sambil memegang pistol.

“Dia yang mula tegur “Mamat Sepah ke?

IKLAN

“Saya jawab “Ya puan, kenapa ya?”

“Kemudian, dia beritahu saya bahawa kes tersebut dia yang kendalikan.

“Secara tidak langsung, saya minta nombor telefon dia dengan niat agar kes tersebut cepat selesai.

“Diam tak diam, kami saling mengenali dan saya mula perkenalkan si dia kepada ibu.

IKLAN

“Lalu, ibu saya bersetuju dengan pilihan saya,” kongsi Mamat yang sudah mengikat tali pertunangan kira-kira setahun lalu.

“Jika Tiada Aral, Kami Akan Kahwin Tahun Ini. Tapi…,” – Mamat Cerita Pernah 3 Kali Tangguh Kahwini Tunang

Bintang berusia 35 tahun ini turut menjelaskan, dia merancang mendirikan rumah tangga dalam tempoh terdekat.

Bagaimanapun, Mamat terpaksa menangguhnya atas beberapa sebab.

IKLAN

“Ikutkan dalam plan memang kami nak melangsungkan perkahwinan pada bulan 12 tahun ini, tapi terpaksa tunda kerana kesibukan kerja saya untuk fokus dalam pertandingan MLM yang akan bermula pada 1 November ini.

“InsyaAllah, jika tiada aral melintang kami akan berkahwin pada tahun 2020 tapi tiada spesifik tarikh lagi,” ujar Mamat yang menganggap wajah tunangnya persis wanita Korea kerana memiliki kulit putih gebu.

“Jika Tiada Aral, Kami Akan Kahwin Tahun Ini. Tapi…,” – Mamat Cerita Pernah 3 Kali Tangguh Kahwini Tunang

Terdahulu, Mamat menangguhkan perkahwinan selepas merancang untuk mendirikan rumah tangga sekitar Mac dan April lalu.

Ia berikutan kesibukan atas beberapa projek di bawah syarikat pengurusan acara miliknya, Mamat Sepah Entertainment dan pembikinan filem Remp-It 2.

“Jika Tiada Aral, Kami Akan Kahwin Tahun Ini. Tapi…,” – Mamat Cerita Pernah 3 Kali Tangguh Kahwini Tunang

Foto : Instagram Mamat

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI