Norlia Ghani Cerita Pernah ‘Dihantar Benda’ Hingga Pergi Berubat, “Ustaz Cakap Dari Kawan-Kawan Yang Kerjasama.”

Pelakon senior, Norlia Ghani berkongsi pengalaman misteri yang dialami dirinya yang bagaikan sentiasa ‘diperhatikan’ oleh makhluk ghaib.

Situasi mistik itu dialami bintang veteran itu beberapa tahun lalu.

Dijemput sebagai panel program Mingguan Wanita baru-baru ini, Norlia atau mesra disapa Mama mendedahkan cerita di sebalik perkara misteri yang terjadi kepada dirinya. 

“Mama tidak mencari, tetapi anak angkat Mama yang rasa macam pelik. Perubahan dan aktiviti kita biasanya aktif, tetapi tiba-tiba berasa lesu dan sakit tiba-tiba.

“Jadi dia (anak angkat) yang bawa Mama. Pada mulanya, dia tak cakap pun dia nak bawa Mama berubat, tetapi dia cakap ada peminat nak jumpa. Mama pun berjumpa anak muda dan rupanya dia seorang ustaz.

“Maka, ustaz itu beritahu Mama serba sedikit apa yang terjadi kepada diri Mama . Ketika itu ustaz menyuruh Mama ambil air wuduk dan duduk di atas sejadah tanpa dia menyentuh Mama.

IKLAN

“Ketika itu kaki Mama yang bergerak dengan sendiri. Apa yang ditanya ustaz, ibarat kaki itu sendiri yang menjawab,” kongsi Norlia. 

Malah, pelakon berkenaan tidak mahu menuduh mana-mana pihak yang ‘menghantar benda’ itu kepada dirinya. 

“Ustaz cakap benda (sihir) ini adalah dari kawan-kawan yang kerjasama.

“Tetapi saya maafkan, jika orang itu buat sesuatu yang dengki pada saya, Tuhan saja yang tahu, saya tak akan balas, sebab rezeki semua Allah yang aturkan,” kata Norlia tenang.

Bagaimanapun, rezeki Norlia semakin mencurah-mencurah selepas daripada kejadian yang menimpa dirinya. 

“Alhamduliilah, selepas kejadian tersebut, ada seorang hamba Allah yang berhati mulia bawa saya mengerjakan haji.

“Baru-baru ini juga saya pergi sekali lagi dia bawa pergi umrah pula,” senyum Norlia. 

IKLAN

View this post on Instagram

Di Jabal Rahmah

A post shared by Norlia Ghani (@norliaghani) on

Ikuti temu bual penuh bersama Norlia dan Datuk Sri Ustaz Mohd Suhaimi Rozali yang merupakan pakar pusat rawatan serta pengacara Siti Elizad dan pakar motivasi, Amin Idris. 

Video/Foto : Youtube Mingguan Wanita/ Instagram Norlia Ghani