Kerinduan peminat negara ini kepada penyanyi popular Indonesia, Afgan terubat apabila bintang berkenaan tampil mengadakan konsert istimewanya, Afgan Evolution Live In Kuala Lumpur 2022 di Kuala Lumpur, pada Sabtu.
Terdahulu, Afgan turut melakukan sesi sidang media dan bertemu dengan peminat sebelum membuat persembahan.
Ramai yang teruja dan memberikan sokongan, termasuk pelakon Intan Najuwa yang turut berkesempatan merakam memori bersama penyanyi berkenaan.
Sambil menulis kapsyen ringkas, Intan memuat naik video pendek sesi gambar kenangan bersama Afgan yang mencuri perhatian peminat.
Penampilan terbaharu penyanyi Aizat Amdan di sebuah konsert baru-baru ini menjadi perbualan hangat dalam kalangan netizen.
Menerusi satu video yang dikongsikan pengguna TikTok, Aizat, 33, dilihat sedang menghiburkan pengunjung dengan lagu ‘berhantunya’, Hanya Kau Yang Mampu.
Namun, rata-rata netizen dilihat lebih memberikan fokus terhadap perubahan bentuk tubuh Aizat yang kini kelihatan sedikit berisi.
Menurut netizen, bentuk badan penyanyi itu kini sudah kembali kepada asal, namun tidak kurang juga ada yang beranggapan Aizat kini sedang bahagia meniti kehidupan sebaik diijabkabulkan pada Ogos lalu.
“Badan dia dah naik macam mula-mula masuk AF dulu.
“Ni betul-betul Aizat yang ori.
“Aizat back to old Aizat.
“Comel macam kat AF.
“Happy Aizat lepas dah kahwin.
“Semua mengalami kenaikan berat badan during PKP. Apa mahu hairan, yang penting Aizat happy dan sihat,” komen sebahagian netizen.
Sekadar info, Aizat mendirikan rumah tangga dengan pengurusnya, Elyssa Alia Illias, 34, pada 14 Ogos lalu di A Park, Puchong, Selangor.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Sentiasa mengambil peduli kehendak dan melakukan aktiviti turun padang berjumpa dengan pendengar menjadi antara faktor utama yang sering ditekankan dalam operasi stesen radio, Suria FM.
Perkara itu diakui Pengerusi Star Media Radio Group (SMRG) merangkap Ahli Lembaga Pengarah Star Media Group Bhd, Datuk Dr. Mohd Aminuddin Mohd Rouse ketika ditemui pada majlis sambutan Suria FM 15 Tahun di atas kapal persiaran Genting Dream baru-baru ini.
“Apa yang kami capai ini bukan kejayaan setahun atau dua tahun tetapi usaha keras berterusan. Suria FM ialah produk Melayu paling kuat dalam kumpulan The Star jadi kita mahu supaya Suria FM memberikan sumbangan terbaik dan relevan dari semasa ke semasa,” katanya.
Sehubungan itu Mohd Aminuddin berkata, Suria FM memberikan tumpuan terhadap kandungan terutamanya apa yang dikehendaki oleh pendengar dalam semua aspek termasuk lagu yang diputarkan.
“Begitu juga media sosial kami, laman web dan medium ke udara digital serta aktiviti seperti Jelajah Suria FM yang diadakan setiap tahun.
“Kami juga mendengar pandangan daripada semua pihak termasuk pekerja dan penyampai mengenai apa yang boleh dilakukan,” katanya.
Beliau juga berkata penyampai Suria FM juga sentiasa dekat dengan pendengar tak kira segmen antaranya Morning Morning Suria, Suria Petang, Gaya Suria dan Suria Cinta.
“Saya pernah pergi klinik dan jururawat di situ pasang Suria FM, bila saya tanya kenapa dengar Suria, mereka cakap suka dengan penyampainya saya terus hubungi Rara (Sharifah Shahira) dan beri mereka cakap, begitu juga DJ Lin saya terus hubungi dan beri mereka bersembang.
“Mereka sangat terharu dan gembira. Ini antara pendekatan yang saya tekankan supaya sentiasa dekat dengan pendengar,” katanya.
Sementara itu, Pengurus Besar Suria FM Roslinda Abd Majid turut merakamkan penghargaan buat teman media yang disifatkan banyak membantu stesen berkenaan dalam mebuat liputan.
“Terima kasih kerana tidak pernah jemu dengan menyokong Suria FM. Kejayaan kami ini penuh dengan air mata dan usaha sekeluarga dan anda teman media juga sebahagian daripadanya,” katanya.
Lebih menarik, stesen berkenaan juga bakal mencipta sejarah dengan bersiaran dari atas kapal persiaran Genting Dream selama empat hari bermula 9 Januari depan, meraikan ulang tahun ke-15 stesen itu.
Ia turut membawa misi bagi mencatat sejarah dalam The Malaysia Book of Records apabila bakal menjadi stesen radio pertama bersiaran di atas kapal.
DJ Lin optimis bahawa kolaborasi bersama Resorts World Cruises itu bakal menjadi penanda aras kepada pencapaian mereka.
“Memang kami ada perancangan untuk memecahkan rekod di Malaysia. Pertembungan antara Suria dengan Resorts World Cruises ini umpama satu rezeki dan jodoh.
“Alhamdulillah, kolaborasi ini adalah tanda pencapaian, rezeki dan tuah buat kami. Terima kasih kepada semua yang memudahkan segala urusan,” katanya.
Tiga penyampai yang akan bertugas pada sesi berkenaan ialah Shuib, Ajak dan Suraya yang mengendalikan segmen Morning Morning Suria.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon yang juga isteri kepada Jep Sepahtu, Sari Yanti ada berkongsi foto lima anaknya di Instagram yang sekaligus mencuri perhatian wargamaya.
Mengisi masa bersama suami dan anak-anak, Sari menerusi ruangan kapsyen berharap agar kesemua zuriatnya menjadi anak soleh dan solehah.
Malah dia turut mendoakan yang baik-baik kepada para wanita berkahwin yang masih belum ada rezeki menimang cahaya mata.
“Robbi habli minassholihin. Semoga Barr Al Aliy , Baasit Al Haq, Dariya Inara, Muhammad Khidir dan Abu Bakr membesar menjadi anak yang soleh dan membawa kabaikan pada semua.
“Semoga kita semua Allah SWT rahmati, dalam redha dan kasih sayangNya selalu.
“Semoga yang belum punya zuriat dikurniakan zuriat yang soleh satu hari nanti,” tulisnya.
Penyanyi Haqiem Rusli berpandangan peminat tidak seharusnya berhenti memberikan sokongan kepada artis kesayangan mereka hanya kerana selebriti tersebut memilih untuk mendirikan rumah tangga.