Jenama fesyen terkenal tempatan, Rizman Ruzaini bakal melebarkan sayap mereka ke pasaran Arab Saudi mulai tahun hadapan.

Menurut salah seorang perekanya, Rizman Nordin, peluang untuk ke sana akan digunakan sebaik mungkin mereka untuk terus meletakkan jenama anak tempatan ke pasaran antarabangsa.

“Kami tak sangka jenama Rizman Ruzaini dapat perhatian daripada orang Arab Saudi… mulanya pelanggan itu panggil datang ke hotel tempat dia menginap dan di situ juga kami ambil ukuran dan selepas baju disiapkan, mereka berpuas hati dan suka dengan rekaan kami.

“Dan daripada networking ini, ahli perniagaan tersebut mencadangkan kepada kami untuk lebarkan sayap ke pasaran di Arab Saudi pula. InsyaAllah kalau tiada apa-apa halangan, jenama Rizman Ruzaini akan ke sana pada tahun hadapan,” katanya kepada MH.

Sementara itu, menurut Wan Ruzaini Wan Jamil pula, dalam usaha untuk memberi semula kepada pengguna setia jenama itu, Rizman Ruzaini melancarkan program perniagaan tudung dan beg tangan di bawah label RR Empire.

IKLAN

Inisiatif itu dibuat sebagai salah satu usaha untuk membantu orang ramai menjana pendapatan tanpa perlu mengeluarkan sebarang modal.

“Orang ramai yang menyertai akan mendapat komisen daripada hasil jualan dan tidak perlu mengeluarkan modal kerana semuanya akan diuruskan oleh pihak pengurusan.

IKLAN

“Mereka hanya perlu guna tudung dan beg tangan jenama RR Empire serta promosi dan bantu pembeli untuk membuat pembelian melalui media sosial atau platform perniagaan lain.

Jenama Rizman Ruzaini Bakal Tembus Pasaran Arab Saudi; “Pelanggan Dari Sana Cadang Lebarkan Sayap…”

IKLAN

“Agen yang kami panggil Ikon RR Empire ini turut akan mendapat banyak keistimewaan seperti kelas dandanan, solekan dan tutorial cara berhijab sebagai membantu mereka memasarkan produk,” katanya.

RR Empire turut memperkenalkan pelakon dan pengacara, Mira Filzah selaku muse produk tudung terbaharu mereka, Riverra Scarves yang didatangkan dengan 20 pilihan warna.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI