“Awal Tahun Saya Keguguran, Memang Sedih,”- Rita Sosilawati Umum Hamil Anak Ke-5

Usahawan terkenal, Datin Rita Sosilawati menzahirkan rasa syukur selepas memaklumkan dirinya kini sedang hamil anak ke lima.

Menurut Rita atau nama sebenarnya Erni Dekritawati Yuliana Buhari, setelah sekian lama merahsiakan perkara tersebut, dia kini merasakan sudah tiba masanya untuk dia berkongsi khabar gembira itu kepada umum.

“Hari Jumaat yang baroqah ini. Saya ingin mengumumkan yang kini saya sedang hamil 14 minggu. Dah tak boleh nak sorok perut dah,” tulisnya.

Perkhabaran tersebut dikongsikan sendiri oleh anak kepada jutawan kosmetik Allahyarham Datuk Sosilawati Lawiya itu menerusi entri terkini di Instagram.

Tambah Rita lagi, dia juga menyifat segala dugaan yang menimpa dirinya sebelum ini mempunyai hikmahnya yang tersendiri.

“Awal tahun 2022 saya keguguran. Memang sedih tetapi dengan doa yang tidak putus-putus, Allah ganti balik rezeki baby untuk saya akhir tahun ini.

IKLAN

“Percaya pada rezeki Allah. Terima kasih ya Allah. Aku sangat bersyukur pada mu,” ujarnya lagi.

Lantaran itu, Rita turut berharap agar semua pihak dapat mendoakan agar proses kehamilan dan melahirkan nanti akan sentiasa dipermudahkan.

“Alhamdulillah untuk rezeki ALLAH yang sangat berharga ini. Doakan saya dan baby sihat ya sehingga proses melahirkan nanti,” kongsinya lagi.

Di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan selebriti turut tumpang gembira selain turut menitipkan ucapan tahniah buat Rita.

“Alhamdulillah, tahniah buat korang. Semoga Allah permudahkan segalanya buat korang,” komen pelakon, Ozlyn Wati.

“Alhamdulillah, syukur. Tahniah babe. Semoga segala urusan dipermudahkan,” balas pelakon Almy Nadia.

IKLAN

“Tahniah kakakku,” kata pelakon, Nelydia Senrose.

“Semoga mummy dan baby sentiasa sihat dan dipermudahkan urusan. Patutlah nampak baby bump Datin Rita,” komen seorang netizen.

Terdahulu, Rita dan suaminya, Datuk Khamarulazlan Mohammad Hanafiah telah mendirikan rumah tangga sejak sembilan tahun yang lalu dan telah dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Kaisar Raees, Khalid Rashad, Khaylila Rafaahiyah dan Khalil Rizqullah.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Sumber & Kredit Foto: Instagram Datin Rita Sosilawati