Ads

Jazmy Juma Kekal Prinsip, Selesa Tak Dedah Isteri Di Khalayalak Ramai – “Saya Tak Pernah Bawa Pasangan Ke Lokasi Penggambaran Sejak…”

Pelakon Jazmy Juma mendedahkan dia tidak pernah membawa pasangan ke lokasi penggambaran kerana tidak mahu urusan peribadi mengganggu fokus kerjanya.

Menurut Jazmy, prinsip itu sudah dipraktikkan sejak awal perkenalannya bersama isteri dan ia kekal dipegang sehingga hari ini.

Jazmy Juma Kekal Prinsip, Selesa Tak Dedah Isteri Di Khalayalak Ramai - “Saya Tak Pernah Bawa Pasangan Ke Lokasi Penggambaran Sejak…”

Jazmy Juma Kekal Prinsip, Selesa Tak Dedah Isteri Di Khalayalak Ramai - “Saya Tak Pernah Bawa Pasangan Ke Lokasi Penggambaran Sejak…”

“Saya tidak pernah mengamalkan membawa pasangan ke lokasi penggambaran sejak dari awal perkenalan kami sehingga kini.

“Kebiasaannya, saya hanya hadir bersama rakan, pengurus serta pasukan pengurusan kerana tidak mahu urusan peribadi menjejaskan tumpuan kerja,” katanya kepada MH.

Jazmy berkata demikian ketika ditemui pada acara eksklusif Meet And Greet & Finale Tayangan Perdana Drama Yes! Captain Zul Aaryan di Marriot Hotel, Petaling Jaya, pada Jumaat.

Pernah Ajak Isteri Datang Set, Namun Hormati Keselesaan Pasangan

Bagaimanapun, bekas Finalis Hero Remaja musim ke-10 itu menjelaskan dia pernah mengajak isterinya hadir ke lokasi penggambaran, namun memahami jika pasangannya masih belum bersedia.

Ads

Jazmy Juma Kekal Prinsip, Selesa Tak Dedah Isteri Di Khalayalak Ramai - “Saya Tak Pernah Bawa Pasangan Ke Lokasi Penggambaran Sejak…”

Jazmy Juma Kekal Prinsip, Selesa Tak Dedah Isteri Di Khalayalak Ramai - “Saya Tak Pernah Bawa Pasangan Ke Lokasi Penggambaran Sejak…”

“Setakat ini, dia tidak pernah menyuarakan hasrat untuk mengikuti saya ke set penggambaran kerana masing-masing mempunyai komitmen kerja sendiri.

“Saya ada juga mengajaknya untuk melihat rutin harian saya di set, namun mungkin dia belum bersedia.

Ads

“Saya ada kerja, dia pun bekerja. Masing-masing agak sibuk.

“Sudah enam tahun saya bersama dengan dia, apa yang penting adalah kepercayaan,” jelasnya lagi.

Kurang Selesa Dedahkan Isteri Kepada Umum

Dalam masa sama, pelakon drama Hilang Dalam Rindu itu mengakui dia sendiri kurang selesa untuk mendedahkan isterinya kepada khalayak ramai.

Jazmy Juma Kekal Prinsip, Selesa Tak Dedah Isteri Di Khalayalak Ramai - “Saya Tak Pernah Bawa Pasangan Ke Lokasi Penggambaran Sejak…”

Ads

Jazmy Juma Kekal Prinsip, Selesa Tak Dedah Isteri Di Khalayalak Ramai - “Saya Tak Pernah Bawa Pasangan Ke Lokasi Penggambaran Sejak…”

Anda mungkin berminat dengan

“Secara jujurnya, saya sendiri kurang selesa untuk membawa pasangan ke khalayak ramai.

“Saya juga tidak pasti sama ada dia juga selesa atau sebaliknya,” ujarnya.

Mengulas mengenai penerimaan peminat selepas bergelar suami, Jazmy bersyukur apabila ramai yang menerima perkahwinannya dengan baik serta terus memberikan sokongan.

“Alhamdulillah. Peminat saya memang sudah maklum mengenai isteri saya.

“Semua sangat gembira. Mereka menerima perkara tersebut dengan baik serta memberikan sokongan yang positif,” akhirinya.

Untuk berita hiburan terkini dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Gosip Artis Lain

Tak Kejar Target Hidup, Anna Jobling Hanya Mahu Kekal Sihat &...

Pelakon Anna Jobling mengakui dia tidak meletakkan harapan yang terlalu tinggi sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-26 yang disambut pada 14 Ogos lalu.