Siapa yang tidak kenal dengan pelakon wanita popular yang semakin meningkat naik namanya dalam industri seni tempatan, Janna Nick.

Tak dapat dinafikan Janna sememangnya mempunyai peminat yang sangat ramai. Lihat sahaja pengikutnya di Instagram sudah cukup untuk membuktikan betapa dirinya diminati oleh peminat.

Baru-baru ini MH ada terlihat Insta Stories milik Janna yang menegur sikap pekerja sebuah butik kerana kurang selesa dengan tindakan pekerja yang melaung-laungkan namanya ketika hendak mencuba baju di bilik persalinan.

Mungkin juga pekerja butik ini merupakan peminat kepada Janna namun MH merasakan apa yang dilakukan itu memang tidak bagus.

IKLAN

“Masa tengah try baju ada suara lelaki dalam dua orang macam tu I rasa panggil-panggil macam ‘kak Janna kak Janna dah lah tu tukar baju, lamanya tukar baju hahaha. Kak Janna kak Janna hai kak Janna,” ujar pelakon ini sambil mengajuk kata-kata daripada pekerja butik tersebut.

Janna menyatakan perasaannya yang kurang selesa dengan hal itu kerana merasakan tindakan individu tersebut seperti kurang adab.

Kata Janna lagi dia tidak meminta layanan seperti seorang selebriti tetapi hanya inginkan layanan seperti seorang manusia biasa.

“I cuma mintak respect. Memang la respect tu kita tak boleh nak paksa orang bagi kan tapi you as staff kat situ you kena tahula etika bekerja. I pun tak bagus kerja tapi I rasa kalau lelaki mai kat fitting room pastu ejek-ejek orang macam tu tak ok kot I rasa,” katanya lagi dalam video yang dikongsi.

Di hujung video Janna Nick ini dia mengatakan dia tidak marah cuma menegur kerana berasa sedikit terkilan dan berharap agar pekerja tersebut tidak mengulangi perbuatan seperti itu terhadap orang lain selepas ini.

IKLAN

Jom tengok video penuh Janna menegur sikap pekerja butik tersebut.

IKLAN

MH setuju dengan apa yang dikatakan oleh Janna, sebagai pekerja butik tidak manis lah jika pekerja lelaki masuk ke bilik persalinan dan mengganggu pelanggan seperti itu.

Diharapkan segala teguran yang Janna berikan ini dapat diterima oleh individu terbabit dengan positif.

Sumber: Instagram Janna Nick

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI