Pelakon dan penyanyi Janna Nick akhirnya tampil mengulas susulan khabar angin yang mendakwa hubungan cinta yang terjalin bersama pelakon Dini Schatzmann sudah berakhir.

Tidak mahu mengiya atau menafikan, Janna bagaimanapun mengakui single Mentari Setia ciptaan bersama Ippo Hafiz merupakan luahan hati yang sedang dialaminya ketika ini.

“Hampir sebulan saya menyepikan diri, saya nak tenangkan diri. Nak ruang dan masa untuk diri sendiri.

“Kalau tanya saya sekarang, betul ke dah putus cinta, jawapan saya ‘no comment.’ Dengarlah lagu yang saya keluarkan, itulah luahan hati saya. Muzik video itu adalah cerita yang sebenar,” katanya.

IKLAN

Pelakon drama Cari Aku Di Syurga itu berkata demikian menerusi temu bual bersama Melodi TV3, Ahad lalu.

Ditanya sama ada dia menggunakan publisiti putus cinta untuk mempromosikan lagu Mentari Setia, hos Famili Duo ini mengakui dia menitiskan air mata kerana single berkenaan.

IKLAN

“Kalau saya sebagai penyanyi, mungkin betul, ia sebagai gimik. Tapi lagu ini 98 peratus tulisan saya, saya memang menangis ketika saya menulis lagu itu.

“Sebagai seorang yang melalui fasa breakdown, terluka, sedih, kecewa… Itu adalah luahan hati saya.

IKLAN

“Kalau orang nak katakan gimik, maknanya orang tak ‘validate’ perasaan saya. Saya berhak untuk kecewa dan sedih,” katanya lagi.

Menerusi temu bual sama, Janna turut menjelaskan dia sudah lama tidak mengikuti akaun Instagram Dini.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI