Isteri kepada penyanyi, Lan Solo, Sheila Razlan meluahkan rasa teruja apabila berkesempatan untuk bertemu dengan para ibu bapa yang selama ini pernah menghubunginya untuk bertanyakan mengenai rawatan CLEFT atau sumbing buat anak mereka.

Jelas Sheila, perancangan Allah itu sangat tepat kerana telah mengaturkan pertemuan mereka itu pada tempat dan masa yang baik.

“Yeayy, akhirnya dapat juga Xandra jumpa doctor kat PPUM untuk follow up cleft dia. Since Xandra lahir, KY dapat macam-macam dm tanya pasal anak uruskan baby cleft. But today rezeki KY dapat jumpa 5 6 parents yang pernah dm KY.

“Ada yang dah operate, ada yang tengah tunggu date operate. KY happy giler dapat jumpa diorg di tempat yang betul dan doctor yang sangat-sangat recommended!,” tulisnya.

Menerusi perkongsian di Instagram, ibu kepada empat cahaya mata ini turut menasihati para ibu bapa agar tidak terlalu panik bila mengetahui anak mereka menghidapi masalah sumbing.

Katanya lagi, permasalahan tersebut sebenarnya masih lagi boleh dirawat dan dia juga menyarankan para ibu bapa untuk bertemu dengan pakar.

“Guys, bila uols dapat tau condition baby uols cleft ( sumbing ), tak payah beria nak panik atau down macam tak mampu nak hidup dah. Just tenang dan terus ke PPUM unit pergigian yang khas untuk bahangian CLEFT.

“Straight away jumpa pakar dan follow je apa pakar suruh. Tanya apa sahaja kat pakar pasal your baby. Jangan terlalu rujuk pada yang bukan pakar.

“Bertanya pengalaman okay but bukan prosedur. Sebab setiap kes cleft baby tak sama dan berbeza. InsyaAllah, ada jalan penyelesaian,” katanya lagi.

Selain doktor, Sheila turut menyeru kepada para ibu bapa untuk merujuk kepada Persatuan Klef Bibir dan Lelangit Malaysia (CLAPAM) untuk pertanyaan lebih lanjut mengenai permasalahan tersebut

“Bab kos pon jangan risau. PPUM punya kos rawatan sangat reasonable. Xandra dulu dlm rm 700++ je. Atau call CLAPAM dan bercakap terus dgn Pn Zuraini atau En Zainal. They will help u 0122059140

“Last but not lease, DOA, DOA, DOA.
Abaikan kata-kata orang! Allah kan ada,” akhirinya.

Sumber: Instagram Sheila Razlan

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI