Tahniah diucapkan buat penyanyi, Aishah Bujang yang telah selamat diijabkabulkan sebagai isteri kepada lelaki pilihannya, Sabtu lalu.
Aishah, 30, atau nama sebenarnya, Siti Aishah Bujang turut memuat naik beberapa keping foto hari bahagianya di Instagram, buat tatapan umum hari ini.
“MAKE UP BY: @halleynew. Thank you very much, i love it too much!
“Ada 7 gambar ni tak tahu nak letak mana satu. Cendawan buh smua. Semua kita memang last minit punya persiapan, dah hari ketiga jadi isteri baru dapat nk update sikit-sikit.
“Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah!,” tulisnya pada ruangan kapsyen di Instagram.
Lengkap sedondon mengenakan persalinan rona kuning cair bersama suami, perkongsian tersebut turut menerima ucapan tahniah daripada peminat dan rakan selebriti.
Aishah turut berkongsi foto bersama suami di pelaminan.
Malah, Aishah yang dicungkil bakatnya menerusi program Akademi Fantasia musim ke-7 (AF7) turut memuat naik momen indah itu menerusi Insta Story.
“… masih belum bisa saya kongsikan begitu banyak gambar yang ada… sabar yah,” tulisnya.
Foto: Instagram Aishah Bujang
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Insya-Allah Ada Rezeki, Akan Datang Tepat Pada Waktunya,” – Raysha Rizrose Ulas Zuriat Selepas Kahwin
Pelakon Raysha Rizrose, 26, yang sah bergelar isteri kepada usahawan dan pelumba kereta Formula 2, Nabil Jeffri, 29 pada Rabu lalu tidak menolak rezeki zuriat.
Sebaliknya, Dewi Remaja 2015 ini percaya kepada rezeki dan berserah kepada Yang Maha Esa.
“Soal cahaya mata, baik saya dan suami tidak meletakkan ketetapan. Bagi kami perihal anak ini, insya-Allah ada rezeki ia akan datang tepat pada waktunya.
“Begitu juga dengan perancangan bulan madu. Sejujurnya, memang belum ada perancangan lagi saat ini.
“Banyak komitmen dan kerja yang saya kena selesaikan selepas kahwin. Malah sebelum majlis pun, saya terikat dengan penggambaran beberapa kempen dan projek yang tak memerlukan komitmen panjang,” katanya.
Berkongsi mengenai dunia seni, Raysha akui dia perlu lebih selektif memilih watak seiring status meski suami menyokong penuh minatnya.
Sementara itu, Nabil atau nama sebenarnya, Muhammad Nabil Jan Al Jeffri menyifatkan Raysha sebagai wanita yang banyak menyuntik semangat.
“Dia sentiasa ada ketika saya memerlukannya. Di saat berada di tahap paling bawah dan sedih, dialah yang tak pernah berpaling daripada saya.
“Kebijaksanaannya juga menambat hati saya. Dia seorang yang memahami dan matang. Malah kualiti lain yang mencuri perhatian saya ialah dirinya memang pandai membawa diri, sentiasa santun dan menghormati orang.
“Tentunya, dia sangat comel dan itu yang buat saya jatuh hati dengannya. Dia juga jujur dan ikhlas dalam setiap apa dilakukan,” katanya.
Nabil menambah, Raysha juga wanita yang memahami jadual dan tuntutan kerjanya.
“Ada ketika saya perlu berada di luar negara kerana urusan kerja, dia umpama begitu dekat dengan diri ini menyokong dari kejauhan.
“Syukur, jodoh dan cinta kami mekar serta erat hingga ke saat ini. Moga hubungan ini kekal ke jannah,” katanya lagi.
Terdahulu, pasangan ini melangsungkan pertunangan
secara tertutup pada 22 Disember, tahun lalu.
Namun, Raysha dan Nabil Jeffri hanya berkongsi dan mendedahkan cerita pertunangan mereka di media sosial pada 14 Februari lalu.
Pasangan sama cantik sama padan itu dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan, Mohd Fariz Arshad, dengan disaksikan Pendaftar Nikah Cerai Rujuk, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Ustaz Muhammad Fairudz Saderi, dalam majlis tertutup di Hotel Grand Hyatt, Kuala Lumpur.
Pada majlis yang dihadiri sekitar 200 orang itu, pengantin lelaki menyerahkan mas kahwin RM2,222 bersama tujuh dulang hantaran berbalas jumlah sama. Bagaimanapun, wang hantaran tidak dinyatakan atas permintaan keluarga.
Majlis resepsi pasangan berkenaan pula berjalan sempurna pada Ahad malam.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Kalau Buat Di Taman Bunga…,” – Akui Silap Lokasi Shooting, Fasha Sandha Mahu Jadi Inspirasi Buat Suami Isteri Terus Berkasih Sayang
Pelakon terkenal, Fasha Sandha akui tidak mengambil masa yang panjang untuk bersetuju dengan strategi pemasaran yang telah telah diatur oleh pihak Inayah Beauty Trading meskipun mengakibat dirinya dikecam hebat netizen.
Menurut Fasha, dia merasakan tindakannya itu tidak keterlaluan dan segalanya bergantung kepada penerimaan individu.
“Pada saya, apabila saya diberikan sesuatu tugasan, ia merupakan sebahagian daripada komitmen saya. Apabila saya disuruh untuk membuat perkara tersebut, pada pandangan saya, ia tidak terlalu keterlaluan.
“Saya rasa tiada sekatan untuk saya berbuat sedemikian. Namun, untuk pihak yang berfikiran sensitif dan tak boleh menerima, saya tak boleh nak buat apa-apa. Itu penerimaan masing-masing,” katanya kepada MH.
Fasha berkata sedemikian ketika ditemui di majlis pengumuman duta bagi produk jamu pengeluaran Inayah Beauty iaitu Beunita yang berlangsung di Forest Valley, Cheras pada Sabtu.
Pada masa sama, isteri kepada pelakon, Aidil Aziz ini memaklumkan dirinya hanya mahu menjadi inspirasi buat pasangan suami isteri agar terus berkasih sayang walaupun sudah lama mendirikan rumah tangg.
“Saya hanya mahu memberi contoh dan inspirasi kepada mereka yang sudah berkahwin untuk terus berkasih sayang.
“Alhamdulillah, saya dan Aidil sudah enam tahun berkahwin tapi kami masih lagi punyai perasaan rindu dan tak sabar nak balik rumah. Walaupun saya wanita bekerjaya, saya tak pernah lupakan perut dia.
“Hari-hari saya akan pastikan dia makan dan dijaga sebaiknya. Saya tak sempurna tapi saya akan terus berusaha untuk menjadi isteri terbaik,” katanya lagi.
Dalam pada itu, Fasha turut menafikan video tersebut bertujuan untuk menunjuk kebahagiaan sebaliknya, sebagai kenang-kenangan buat anak.
“Kalau ada yang tak bersenang hati dengan posting tersebut, saya okay sahaja. Saya dan Aidil akan terus buat apa yang kami buat seperti menari atau bermesra bersama.
“Saya bukan nak menunjuk kebahagiaan tapi inilah momen yang kita akan tengok balik bila sudah tua dan buat anak-anak. Saya nak beri contoh kepada mereka untuk mereka juga terus berkasih sayang,” katanya lagi.
Bagaimanapun, Fasha tidak menyalahkan netizen meski dirinya teruk dikecam.
“Namun, saya akui lokasinya tidak bersesuaian. Kalau saya buat di taman bunga, mungkin orang akan terima.
“Saya tak boleh kawal apa yang orang fikir. Pada saya, netizen tak salah. Mereka berhak memberika pandangan masing-masing,” ujarnya lagi.
Sementara itu, pelakon filem Anak Mami Kembali ini turut memaklumkan pengikut di Instagram turut meningkat sebanyak 25,000 disebabkan kontroversi tersebut.
Terdahulu, Fasha dan suaminya, Aidil Aziz dikecam teruk netizen gara-gara memunat naik video ghairah berendam dalam jakuzi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Kuatkan Semangat…” – Bertemu Empat Mata, Azwan Ali Titip Kata Nasihat Kepada Wani Comel
Baru-baru ini, selebriti terkenal Azwan Ali atau lebih dikenali sebagai Diva AA telah bertemu dengan gadis yang mempunyai masalah obesiti, Wani Comel.
Di samping berkongsi swa-foto di Instagram, Diva AA sempat menitipkan kata semangat kepada Wani selepas menerima kritikan dan komen negatif daripada netizen.
Bukan itu sahaja, Diva AA turut menyifatkan Wani sebagai seorang wanita yang kuat semangat dan cekal mengharungi ujian kehidupan.
“DIK WANI COMEL PEMALU PENDIAM
KUAT SENYUM SEMANGAT NYA CUKUP KUAT
DGN WAJAH SYURGA YG TERANIAYA !
“OHHH TUHANNNNN ……WALAUPON
SESEKALI ADIK WANI COMEL KUAT TERMENUNG ! YG PTG ADIK WANI COMEL
FANATIK DIVA AA !#TqqqALLAH💝💝💝
“TEMUKAN DIVA AA VS ADIK WANI COMEL !
APA IG ADIK WANI COMEL ?#BESTcomments TAG HER DAPAT RM200 TC APPLIES
“DIVA AA SEMPAT TITIP NASIHAT
TO ADIK WANI COMEL
” KUAT KAN SEMANGAT ! FIRM ON
ALL EVIDENCE TAU ! BE STRONG !
JGN BACA KECAMAN NERAKAZENS ! “
INSHA ALLAH BERJAYA DUNIA AKHIRAT SAYANGGGG,” tulisnya panjang lebar.
Terdahulu, Wani atau nama sebenarnya Nurul Airawani Nazira Ibrahim, 23, telah menjadi perhatian netizen selepas berlaku beberapa konflik permasalahan bersama usahawan kosmetik terkenal, Datuk Aliff Syukri.
Foto: Instagram Azwan Ali
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI