Pelakon, Puteri Aishah kini menjalani rawatan dan kuarantin di Hospital Sungai Buloh (HSB), sejak beberapa hari lalu selepas disahkan positif COVID-19.
Pelakon berkenaan disahkan positif COVID-19 pada Selasa lalu, sebaik pulang menjalani penggambaran drama Demi di Inverness, Scotland pada 31 Mac lalu.
Sepanjang menjalani rawatan, bintang filem Pulang itu turut merakamkan rasa kagum apabila Melihat keadaan petugas barisan hadapan mengendalikan pandemik berbahaya itu, petik Berita Harian.
“Saya kagum dengan komitmen yang ditunjukkan petugas barisan hadapan. Mereka bersungguh membendung penularan virus ini. Bayangkan, kita pakai topeng muka pun rimas, apatah lagi mereka yang terpaksa memakai peralatan perlindungan diri (PPE) untuk tempoh lama.
“Bukan itu sahaja, mereka juga mempertaruhkan nyawa dengan tugas berbahaya itu. Saya melihat mereka di depan mata, rasa insaf dalam diri. Jadi, patuhi arahan Perintah Kawalan Pergerakan yang dikuat kuasa kerajaan.
Ads
“Kasihanilah petugas barisan hadapan yang bertungkus-lumus membendung pandemik ini,” katanya.
Mengambil contoh pengalamannya, finalis Pencarian Dewi Remaja 2015 ini turut menasihatkan mana-mana pihak supaya tidak takut menjalani ujian saringan COVID-19 jika pernah mempunyai kontak dengan individu yang dijangkiti.
“Saya tahu ramai takut menjalani ujian saringan kerana bimbang tak mampu terima kenyataan sekiranya disahkan positif. Lebih baik, kita melakukan pemeriksaan awal daripada menyesal pada kemudian hari.
Ads
“Jangan mementingkan diri. Fikirkan juga keselamatan orang sekeliling,” pesannya.
Berkongsi mengenai keadaan terkininya, Puteri Aishah menjelaskan, dia mengalami jangkitan kuman pada paru-paru, tetapi tidak begitu serius.
“Saya dibawa ke HSB untuk dirawat sejak Rabu lalu. Ambulans mengambil saya di rumah. Selepas urusan pendaftaran selesai, saya dibawa ke sebuah bilik yang di dalamnya ada empat katil.
Ads
“Bagaimanapun, kami dipisahkan menerusi tirai yang sentiasa ditutup. Keadaan saya sekarang stabil. Saya tak demam, batuk, sesak nafas atau mengalami sebarang gejala lain.
“Cuma, doktor memberitahu saya mengalami jangkitan kuman pada paru-paru,” katanya yang turut sudah menjalani pemeriksaan jantung.
Jika dilihat dari segi fizikal, saya nampak okay sahaja,” akhiri Puteri Aishah.
Sumber: Berita Harian
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Mendapat perhatian ramai disebabkan tubuh badan sasanya, anggota kumpulan K-Clique, Noki mengakui sering menerima kiriman mesej serta gambar-gambar tidak senonoh menerusi laman sosial miliknya.
Noki atau nama sebenar, Ahmad Ikhwan Aji, 28, berkata hal itu sudah menjadi perkara biasa buat dirinya malah turut mendedahkan kaum lelaki lebih banyak menghantar komen-komen serta gambar ‘nakal’ berbanding kaum wanita.
“Memang saya dapat banyak komen-komen sebegitu tapi saya baca sahajalah, macam-macam mereka hantar, ada gambar (tidak senonoh).
Pelakon Lana Nodin memaklumkan bapanya, Hasan Nodin meninggal dunia di kediamannya di Cyberjaya, Selangor, kira-kira jam 11 malam tadi akibat penyakit kencing manis yang dideritainya sejak enam tahun lalu.
Lana atau nama sebenarnya Mazlina Hasan Nodin, 42, berkata ketika kejadian, dia berada di Singapura kerana terbabit dalam sebuah acara.
“Sebaik sahaja mendapat perkhabaran menyedihkan itu, saya bergegas pulang ke hotel untuk mengemas pakaian. Memandangkan hari sudah lewat malam dan tiada penerbangan ke Kuala Lumpur, saya terpaksa menyewa limosin untuk balik ke Cyberjaya.
“Saya pulang berdua bersama anak manakala suami tidak dapat ikut serta kerana perlu menguruskan hal di Singapura. Bapa saya memang sudah lama mengidap diabetes iaitu sejak enam tahun lalu.
“Arwah bakal menyambut ulang tahun ke 71 pada 3 Oktober depan dan kami adik merancang untuk membawanya bersiar-siar. Kebetulan dia baru sahaja menggunakan kerusi roda.
“Nampaknya impian kami itu tinggal kenangan kerana arwah terlebih dahulu pergi menyahut seruan Ilahi,” katanya.
Lana bagaimanapun meluahkan rasa syukur kerana arwah bapanya itu pergi dalam keadaan tenang dan dipermudahkan.
“Arwah pergi sangat mudah. Dengan sekali hembusan nafas, arwah terus pejamkan mata menutup mulutnya.
“Arwah seorang yang berkulit sawo matang. Tapi bila meninggal, ramai yang terkejut kerana wajahnyajadi putih sangat,” katanya.
Jenazah Allahyarham disolatkan di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di Cyberjaya dan selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Baqi’ Cyber 10 selepas waktu Zuhur tadi.
Allahyarham meninggalkan seorang balu, empat orang anak dan lapan cucu.
Terdahulu berita pemergian bapanya itu turut dikongsi Lana di akaun Instagram sekaligus menerima ucapan takziah serta doa daripada peminat dan rakan selebriti.
Pelakon Nora Danish menzahirkan rasa syukur apabila anak sulungnya, Putra Rayqal Ramli, berjaya menamatkan pengajian di Kolej Tuanku Ja’afar, Negeri Sembilan, baru-baru ini.
Turut hadir...