Ketika ini Wawa Zainal berada di Dubai untuk menikmati percutian bersama suami, pelakon Aeril Zafrel dan dua orang cahaya mata mereka, Atar dan Hayla.
Sering berkongsi gambar di akaun Instagrammya, Wawa juga ada memuat naik sekeping foto beserta kapsyen nasihat buat anak lelakinya, Ahmad Fakharuddin Attar.
Instafamous, Baby Tora amat sinonim dengan gaya tersendiri menikmati reviu makanan.
Baby Tora atau nama sebenarnya Atierah Zulfatie juga sudah mengikat tali pertunangan dengan Apit Johari pada December bulan lalu.
Bagaimanapun, ada juga netizen yang mempertikaikan cara Beby Tora menikmati makanan yang dianggap gopoh dan perlu menjaga adabnya sebagai seorang tunagan orang.
Pelakon senior, Jasmin Hamid akhirnya memberi lampu hijau buat anak bongsu, Haziq MacQuistan untuk menceburkan diri dalam dunia lakonan, sebagaimana ibunya.
Bagaimanapun, ia berlaku selepas anaknya itu menamatkan pengajian di peringkat sekolah.
Jasmin, 46, ada berkongsi menerusi salah satu posting di Instagram yang menyatakan Haziq yang kini sudah berusia 17 itu mempunyai minat pada lakonan sejak kecil.
“Allah permudahkan segala urusan anakku.. Haziq MacQuistan dah ready menyambung legasi saya sebagai anak seni..
Dari dia dalam perut saya, dia mula berlakon.
“Sebab sampai saya nak bersalinkan Big Boss, saya masih aktif berlakon,” tulis Jasmin.
Malah Jasmin turut berkongsi anaknya itu memberitahu sudah sampai masa untuknya berbakti pada ibu bapa.
“Katanya dah sampai masa dia berbakti kepada kedua Ibubapa.. Dalam masa yang sama, dia juga ingin sambung belajar di peringkat yang lebih tinggi .Support dan doa uols amat di hargai.
“Doa yang baik -baik.. From 0 to Hero..
Tak endah dengan kata -kata negative manusia sebab ia hanya sepanjang lidahnya sahaja. Yang penting ada kemahuan dan kesungguhan.
“Dengan izin dan rezeki dari Allah, pasti akan temui kejayaan.. In Syaa Allah,” katanya panjang lebar.