Setelah terlibat dalam dunia lakonan lebih 20 tahun, pelakon Datin Danielle meluahkan rasa syukur apabila diiktiraf sebagai penerima anugerah Pelakon Wanita Terbaik Filem di Anugerah Skrin 2019.
Diana atau nama sebenarnya Diana Danielle Danny Besson berkata, dirinya berasa sangat bertuah kerana memiliki peminat yang sentiasa menyokong karier seninya.
“Alhamdulillah kepada semua peminat anugerah ini untuk anda kerana anda menyokong saya selama 20 tahun saya berada dalam industri jadi saya berasa sangat bertuah untuk berada disini.
“Saya sangat gembira apabila dapat anugerah Pelakon Wanita Filem Terbaik menerusi filem Gol & Gincu Volume 2. Sebenarnya filem ni saya berlakon untuk seronok-seronok sahaja, tak ada pun saya terfikir untuk menang anugerah ke apa.
Di samping itu, aktres berusia 27 tahun ini memberi pendapat bahawa setiap pelakon itu mempunya kelebihan yang tersendiri.
“Saya rasa pelakon lain bagus dengan cara yang mereka sendiri dan hanya kerana saya terpilih tak membuatkan saya lebih bagus dari mereka.
“Mungkin saya rasa watak dan karya itu mempunyai kelebihan tersendiri. Tapi macam mana pun, mereka yang lain juga sangat berbakat dan memberi sumbangan kepada industri kita,” katanya kepada MH.
Reda akan pemerigian cucu sulungnya pada 18 November lalu, penyanyi Gmie Screen berkongsi momen pilu saat jenazah cucunya, Siti Adinda Raudhah dikebumikan.
Bayi perempuan itu dilahirkan pra-matang pada 23 Oktober lalu.
Kesan dari itu, bayi comel itu terpaksa menerima beberapa suntikan dan badannya dipenuhi wayar.
Bagaimanapun, Gmie atau nama lengkapnya Hajmi Haji Ibrahim tenang menerima dugaan yang menimpa diri dan keluarganya.
“Bismillahirrohmannirrohim. Terima kasih kepada keluarga… saudara-mara.. jiran..sahabat.. media dan semua yg hadir…Terima kasih Ustaz Rizal.
“Terima kasih juga atas ucapan takziah…kata2 semangat dan doa daripada kalian.
“Inshaa Allah…Tiada daya dan upaya kecuali dengan pertolongan Allah… Kami sekeluarga redha dgn pemergian bidadari syurga kami.
“Kami juga memohon ampun dan maaf atas segala salah silap dan kekurangan.
“Semoga kita semua sentiasa dlm kasih sayang Allah dunia dan akhirat. Amiinn,” kongsinya sambil disertakan video saat jenazah Adinda dikebumikan.
Bintang media sosial, Hafiz Mahamad menyedari media sosial merupakan satu platform yang pernah membuatkan dirinya dan isteri, Syafiqah Aaina ‘down’.
Sekitar akhir tahun lalu, Aaina pernah mengalami kemurungan apabila produk kecantikannya dikritik dan dihentam oleh netizen.
Bagaimanapun, Hafiz tenang menghadapi dugaan tersebut dan memberikan kekuatan kepada isterinya.
“Abang jangan sweet di Social Media je tau” Sayang takut
“Saya tahu social media bahaya & pernah ‘makan’ diri isteri saya
“December 2017, isteri & business @ainaabeautyofficial dihentam teruk. Keadaan isteri saya sahaja yg tahu, kawan kawan ada yg gelak & ada yg support
“Waktu tu, saya hanya pesan dekat Aina. KITA HANYA ADA ‘HOPE’. KALAU KITA TERUSKAN, KITA TAKTAU APA AKAN JADI, TAPI KALAU KITA BERHENTI, BERMAKNA KITA KALAH
“Ayat ayat manis selalu bermain dalam setiap masa ketika itu. Hakikatnya dalam hati selalu ada persoalan, “Apa perlu aku buat untuk pastikan isteri aku kembali kuat?”
“Saya tinggalkan business saya sementara, sukan bodybuilder saya hanya untuk kembalikan senyuman isteri saya. Saya berjalan bersama dia, untuk dapatkan balik hak kekuatan dalam diri isteri saya,” kongsinya.
Dalam pada itu, Hafiz percaya bahawa setiap kekecewaan pasti akan munculnya kebahagiaan.
“Allah maha adil, hampir 3 tahun. Macam macam dia bagi. Dalam diri AINAA & business dia, banyak cerita kebahagiaan. Kenapa? Kerana dia bermula dengan kekecewaan
“Semoga team management & All AINAA SQUAD dapat rasai pengorbanan & kebahagiaan yg cuba kami beri selama ni
“InsyaAllah saya akan ‘fight’ untuk kebahagiaan semua.
“Pesan saya, jangan kita mudah untuk bash orang. Kalau kita suka melihat orang lain susah, cuci hati tu balik. Sebab kita kena selalu ingat, takut nanti kita yg susah,” tulisnya.
Sementara itu, pasangan yang telah mendirikan rumah tangga pada November 2017 itu, kini sedang menikmati percutian di Maldives bersama anak sulung, Raisya Arissa.
Pelakon dan penyanyi, Aqasha mengakui watak Hang Tuah yang dibawa menerusi pementasan teater Puteri Gunung Ledang The Musical 2026 (PGLM2026) memberikan impak positif terhadap kehidupannya sebagai seorang individu.