Baru-baru ini, tular di media sosial mengenai komen melampau seorang pengguna Twitter yang berang dengan keputusan, Menteri Hal Ehwal Agama, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri yang membenarkan ibadah Solat Jumaat dan fardhu dilakukan di masjid serta surau di Kuala Lumpur bermula 7 Julai lalu.
Komen biadap tersebut nyata menimbul rasa kurang senang di hati ramai pihak termasuklah buat pelakon, Aeril Zafril.
Jelas Aeril, menyuarakan kemarahan bukanlah sesuatu yang dianggap salah namun ia hendaklah disertakan dengan adab lebih-lebih lagi berbicara dengan seorang yang berpangkat ulamak.
“Tahu marah. Semua orang tengah marah sekarang ni. Tapi jaga sikit adab kita dengan ulamak atau orang yang lebih berusia,” tulisnya.
Ads
Kenyataan tersebut dikongsikan oleh suami kepada pelakon, Wawa Zainal itu menerusi sebuah ciapan di laman Instagram.
Tweet tersebut kemudiannya tular selepas meraih hampir 2,000 ulang ciap serta lebih 3,000 tanda suka.
Ads
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen turut senada dengan Aeril selain turut menyifatkan tindakan individu terbabit sebagai terlalu berlebihan.
Terdahulu, Aeril dan Wawa ketika ini sedang sibuk mempromosikan filem terbaru mereka yang berjudul Sabda Kekasih.
Filem Sabda Kekasih ini sudah boleh mula ditonton di saluran Astro First secara langganan selama 48 jam.
Ads
Dalam perkembangan lain, Media Hiburan kini sedang menganjurkan pertandingan menarik bersempena dengan MCO 3.0 ini, siapa tahu rezeki akan jadi milik anda.
Pertandingan nyanyian ‘Karok Lockdown’ khas buat anda yang mahu ketengahkan bakat menyanyi, kalau bertuah ganjaran wang tunai menanti!
Apa yang anda perlu buat? Klik saja link DI SINI untuk mendaftar sekarang. Mana tau korang pemenang yang kami cari, all the best!
Rapper, Altimet meluahkan rasa syukur apabila lagu Bunga nyanyiannya sekali lagi berjaya untuk ke pentas akhir Anugerah Juara Lagu ke33 (AJL33).
Bagaimanapun, keputusan tersebut nyata tidak disengangi segelintir pihak yang menyifatkan pemilihan Altimet adalah sesuatu yang merugikan kerana rapper tersebut baru sahaja mengumumkan persaraannya awal minggu lalu.
Individu tersebut memberitahu Altimet sepatutnya mengundur dari daripada pertandingan tersebut lalu memberi peluang kepada artis lain.
Langsung melihat komen tersebut, ini respon yang diberikan oleh Altimet;
“Kalau nak komen dapatkan info dulu. Saya kata saya nak berhenti daripada buat persembahan. Jadi lagu Bunga ni orang lain akan persembahkan. Saya tulis lirik lagu ni. AJL ni pertandingan tulis lagu. Bukan pertandingan menyanyi.
“Kalau tak cukup maklumat jangan bukak mulut, nanti ada orang label awak bingai. Bukan saya, saya tahu awak kurang maklumat. Tapi orang lain. Terima kasih kerana bagi maklumat,” tulisnya.
Tambah Altimet, dia menegaskan tidak akan membuat persembahan di AJL 33 dan akan menggantikan dirinya dengan orang lain.
Di ruangan komen, rata-rata peminat mahukan AJL 33 menjadi pentas terakhir Altimet sebelum bersara terus daripada menjadi seorang penghibur.
Selain Bunga, sebanyak 11 lagi lagu telah terpilih untuk beraksi di pentas AJL 33 antaranya Semakin daripada Siti Sarah, Di Matamu nyanyian Sufian Suhaimi dan Sampai Bila dendangan Misha Omar.
Foto: Instagram Altimet
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
“Apa yang payah bona nak dapat 1 Mil followers kat sini? Memang kena beli followers ke apa?,” tulisnya.
Tweet tersebut ternyata telah mendapat respon pelbagai daripada netizen malah, mereka turut memberikan cadangan bagaimana pelakon tesebut boleh mencecah 1 juta pengikut di laman Twitter.
Dalam pada itu, ada juga segelintir netizen yang mencadangkan supaya Remy lebih kerap melayan tweet-tweet daripada peminat.
Untuk pengetahuan, Remy kini memiliki hampir 850,000 jumlah pengikut dan hanya memerlukan lebih kurang 200,000 untuk merialisaikan impiannya itu.
Sumber: Twitter Remy Ishak
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Lantas, perkongsian penyanyi yang terkenal dengan lagu Akhirnya Cinta itu telah mendapat perhatian daripada peminat.
Rata-rata peminat meluahkan rasa rindu untuk melihat Salma dan Erra digandingkan semula di atas pentas nyanyian menerusi mana-mana projek.
Terdahulu, Erra merupakan mentor kepada Salma ketika dia bertanding untuk sebuah program realiti nyanyian Mentor musim kelima, sekitar tahun 2011 lalu.
Pelakon popular, Anna Jobling merakamkan ucapan penghargaan kepada semua pihak yang menitipkan ucapan istimewa sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-25, hari ini.Menurut Anna, setiap...