Baru-baru ini, pelakon, Faye Kusairi berkongsi foto bersama suami, Azmi Hatta dan juga permata hati mereka, Alif Azmi di laman Instagramnya.
Bagaimanapun, ada yang meninggalkan komen bertanyakan sama ada Alif pernah bergambar dengan kakaknya, Putri Sara Sefhia yang merupakan anak kepada pelakon, Elly Mazlein.
“Sis muka daddy dia…sis pernah ka Alif bergambar ngan sister dia,” soal individu tersebut.
Faye kemudiannya membalas komen tersebut dengan mengatakan tidak pernah.
“Nop, tak pernah lagi. Alif pernah bergambar dengan abang-abang dia je. Mesti u hanya tau yang Alif ada kakak je kan?,” balasnya.
Kemudian, pelakon drama Istikharah Cinta itu memuat naik foto ‘throwback’ Alif bersama dua orang abangnya itu.
“Bagi yang dok busy body sangat tanya Alif ni takde bergambar dengan adik beradik dia ke tak tu, ni ha. Sis repost lah gambar throwback Alif 3 hari selepas kelahiran dia yg diambil di runah ibu bapa saya.
“Malah, Kak Yanti (ibu kepada anak anak tiri saya) & abang abang Alif yg hemsem ni tunggu saya diluar labor room bersama keluarga saya menunggu nak menyambut kelahiran Alif.
“Dan, saya memang sangat akrab dengan Kak yanti. Malah, Kak Yanti juga in very very well terms with my husband’s family.
“Jadi acik acik bawang, dah takyah kot nak cuba jual bawang hangit kat ig saya. Jangan usik my immediate and extended family as well.
“Go membawang else where. You’re not welcome here. I dont need to justify anything tapi sebab korang annoying sangat, I layan gak la skali skala. Apadahal….. huhu,” tulisnya.
Beberapa jam lalu, pengaja gol skuad Melaka United, Khairul Fahmi Che Mat ada meluahkan rasa kesal dan memohon bantuan orang ramai supaya tidak terpedaya dengan penipu.
Difahamkan, penipu tersebut telah dikatakan menggodam akaun Instagram isterinya, Luniey Natasha.
Bagi mengelakkan apa-apa perkara yang tidak diingini berlaku, pemain bola berkenaan telah pun membuat laporan polis.
“Guys ni apek nak share instagram lame wife apek yg kena hack tu,si hackers ni bahaya gila seks tolong report sikit guys.
“Report polis aku dah buat no telepon die yg die dok whatsapp org pun aku dpt,tunggu dpt org hackers ni lepastu aku nk seret dekat jln tar nanti. ni no whatsapp penipu die yg dio dok msg bukan2 +60 11-2554 9619, +60 13-943 3094,” tulisnya.
Pada masa sama, Khairul Fahmi atau lebih sinonim dengan panggilan Apek turut meminta orang ramai supaya berhati-hati.
“Hati2 guys dgn org gila seks ni baik report sblm korang kena tipu dgn die ni. Ig lame @leunieynatasha @leunieynatasha dah tak wujud tau itu hackers dah take over.
“Hacker pulak gila seks gila babi gila semua la mmg sape dpt pass dekat apek sekejap nk tepuk kepala sblm bg Polis!,” kongsi Apek.