Penghibur, Ziana Zain mengakui dia belum terfikir untuk mencari pengganti selepas bercerai Julai lalu.
Kongsi Ziana fokusnya kini hanya tertumpu buat keluarga dan anak-anak sahaja.
“Alamak, soal mencari pengganti atau teman baru, tidak pernah terfikir langsung dik. Sebab buat masa ini saya hanya lihat diri saya dan anak-anak saja. Memang tak pernah terfikir di benak fikiran,” katanya.
Ditanya sama ada penyanyi Kalau Mencari Teman ini sudah diintai atau ada yang cuba mendekati misalnya di media sosial, Ziana menerangkan dia tidak ambil tahu perkara terbabit.
“Saya tak tahu dan tidak mahu ambil tahu,” jelas Ziana ringkas ketika ditemui pada Anugerah Nona Superwoman, baru-baru ini.
Sementara itu, Ziana yang sudah tamat tempoh edah turut meluahkan bersyukur apabila dikelilingi dengan orang yang positif untuk dia terus kuat dan berdikari.
“Kehidupan harus diteruskan. Bagi saya, kalau kita mengadu padaNya, selain berfikiran positif dan dikelilingi dengan orang yang baik, Insya-Allah perjalanan hidup kita akan dipermudahkan.
“Saya juga bersyukur mempunyai keluarga, adik beradik serta ibu bapa yang kuat beri semangat untuk terus berdikari. Jadi tidaklah terasa sangat,” akuinya lagi.
Untuk rekod, kakak kepada penyanyi Anuar Zain ini telah pun sah bercerai talak satu dengan Armin Zaharin Ahmad Zambri di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam.
Foto : Instagram Ziana Zain
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Sebak apabila membaca perkongsian penyanyi dan bekas perserta Gegar Vaganza ke-5 (GV5) Linda Rafar apabila memaklumkan, tangan ibunya Rasimah Abdul Rahman terpaksa dipotong sampai bawah siku akibat jangkitan kuman yang merebak ke dalam darah.
Linda memaklumkan berita tersebut menerusi Instagram, pada Rabu. Kongsinya, dia rasa sebak kerana tangan ibunya yang terkena gigitan serangga tiga bulan lalu terpaksa dipotong.
“Wanna share with all my followers.. linda memang tak ramai kawan drp kecik berkepit 24jam dgn mak sana sini.. masa zaman elite baru jumpa kawan @azzaelite @sashasaidin @tie_sadaliofficial @abby_abadi112 tp mak tetap pantau n marah if linda balik show or training lambat.
“Kawan2 elite faham sgt2 linda drp dulu akan balik awal pasal takut Mak marah..until skrg dah anak 5 pon bila kuar pergi gv rebut2 nak balik rasa mcm mak tunggu je kat umah..ya allah banyak kenangan dgn mak yg x tak dpt linda gambarkan.. mak terlalu sygkan linda.
“Cuma hari ini..hari yg linda rasa sebak sgt2 pasal tangan mak yg kena gigitan serangga 3bulan lepas di potong sampai bawah siku. Mak blum tau yg tangan dia dah xde ..x sampai hati nk bg tau dia,” tulisnya.
Pada masa sama, anggota kumpulan Elite itu turut meminta jasa baik ramai supaya terus mendoakan kesihatan ibunya yang berusia 73 tahun itu.
“Cuma apa yg linda nk mintak jasa baik semua tolong doakan mak linda trus kuat dan Sihat kembali mcm selalu.. linda x kuat nak harungi semua dugaan ini tp linda percaya setiap dugaan yg allah beri pasti ada ganjarannyaa. Linda syg mak linda sgt2. Love u mak,” kongsi Linda.
Pengacara dan personaliti televisyen, Anim Ezati menyeru orang ramai agar berhenti mempersenda atau mempersoalkan perubahan fizikal yang dialami wanita selepas mereka melahirkan cahaya mata.