Penyanyi Ani Maiyuni yang membawakan lagu Naluri yang dipopularkan oleh Datuk Nora Ariffin di saingan minggu ketiga Gegar Vaganza musim kelapan (GV8) mengakui mengambil persona rakan artis, Misha Omar sebagai rujukan.

Menurut Ani, dia tidak mahu dibayangi dengan cara nyanyian lagu dangdut dan cuba yang terbaik biarpun ia keluar daripada zon selesanya.

“Jadi Saya ‘Keluarkanlah’ Ani Maiyuni, Saya Membayangkan Misha Omar,” – Keluar Zon Selesa & Bawa Lagu Naluri di GV8, Ini Reaksinya “Jadi Saya ‘Keluarkanlah’ Ani Maiyuni, Saya Membayangkan Misha Omar,” – Keluar Zon Selesa & Bawa Lagu Naluri di GV8, Ini Reaksinya

“Semua sedia maklum, saya penyanyi dangdut dan tiba-tiba bawa lagu balada. Kalau ditanya sama ada berpuas hati atau tidak, bagi saya biarlah orang mendengar yang menilai.

“Harapnya sampailah apa yang saya cuba sampaikan itu. Pada masa sama, ada juga yang tanya macam mana saya boleh ubah dari dangdut terus pada balada.

“Jadi saya ‘keluarkanlah’ Ani Maiyuni itu, saya membayangkan Misha Omar. Saya tidaklah nak tiru cara nyanyian Datuk Nora, nanti orang akan banding-bandingkan pula,” katanya.

IKLAN

Ani turut cuba ubah gaya nyanyian memandangkan lagu ciptaan Allahyarham Johan Mawawi itu kali pertama dibawanya secara langsung.

“Saya cuba bawa kelainan, ambil ‘jiwa’ Misha Omar, meski tidaklah seratus peratus sepertinya. Sedikit sebanyak, saya nak tukar ‘tone’ suara itu.

“Tak mahu terlalu kepit macam bila nyanyikan lagu genre dangdut. Feel dan cara itu saya cubalah. Maksudnya saya ambilnya sebagai rujukan.

IKLAN

“Tapi saya sudah cuba berikan yang terbaik biarpun itu bukanlah genre keselesaan saya. Saya juga tidak pernah nyanyikan lagu ini di mana-mana persembahan sebelum ini,” katanya lagi.

“Jadi Saya ‘Keluarkanlah’ Ani Maiyuni, Saya Membayangkan Misha Omar,” – Keluar Zon Selesa & Bawa Lagu Naluri di GV8, Ini Reaksinya “Jadi Saya ‘Keluarkanlah’ Ani Maiyuni, Saya Membayangkan Misha Omar,” – Keluar Zon Selesa & Bawa Lagu Naluri di GV8, Ini Reaksinya

Terdahulu, Ani Maiyuni memperolehi markah 58.10 peratus daripada juri profesional, sekaligus melayakkannya untuk terus mara ke konsert seterusnya.

IKLAN

Kesemua bintang GV musim ini diadili Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang dan Datuk Syafinaz sementara Datuk AC Mizal sebagai juri jemputan minggu ini.

Malam tadi, Anugerah Digi Next Level dimenangi Aweera manakala pemenang Bintang Cuckoo Healty Home berpihak kepada Sa.Ya.

Juara membawa pulang hadiah wang tunai RM100,000 beserta trofi manakala RM50,000 untuk naib juara dan RM30,000 tempat ketiga.

Terdahulu, edisi ketujuh penganjurannya juga telah dinobatkan sebagai Program Muzik/Tarian Terbaik Asia di Asian Academy Creative Awards 2021 (AACA 2021) di Singapura pada 3 Disember lalu.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI