Ramai individu yang prihatin terhadap situasi hujan berterusan sejak semalam hingga menyebabkan musibah banjir di beberapa kawasan terutamanya di sekitar Lembah Klang.

Pelakon Anzalna Nasir misalnya menjadi antara selebriti yang turut terkesan dengan nasib menimpa mangsa banjir hingga menyebabkan rumah mereka dinaiki air sekali gus merosakkan harta benda.

Menerusi Insta Stories yang dikongsikan pada Sabtu, finalis Dewi Remaja 2010 ini bermurah hati untuk membantu sekadar yang termampu.

“Sedih Tengok Banyak Rumah Dinaiki Air, Kereta Dan Motor Rosak,” – Anzalna Mahu Bantu Mana Termampu, Fokus Famili Ada Anak Kecil “Sedih Tengok Banyak Rumah Dinaiki Air, Kereta Dan Motor Rosak,” – Anzalna Mahu Bantu Mana Termampu, Fokus Famili Ada Anak Kecil

IKLAN

“Sedih tengok banyak rumah dinaiki air, kereta dan motor rosak. Semoga tabah menghadapi dugaan dan semoga dipermudahkan segalanya.

“InsyaAllah Anzalna akan tolong apa yang mampu. Kepada keluarga yang mempunyai anak kecil please DM kalau memerlukan pertolongan dari segi keperluan harian,” tulisnya.

IKLAN

Dia pada masa sama turut risau dengan nasib mereka yang terjejas teruk akibat banjir, lebih-lebih lagi apabila mengenangkan anak-anak kecil yang turut terlibat sama.

“Selalunya bila hujan lena tidur tapi kalini tak tidur pun tak apa sebab risau.. Terfikir keluarga yang ada anak-anak kecil kesejukkan.

IKLAN

“Sekarang pun hujan masih berterusan. Hanya Allah sahaja mampu melindungi kita semua. Marilah kita berdoa,” tulisnya lagi.

“Sedih Tengok Banyak Rumah Dinaiki Air, Kereta Dan Motor Rosak,” – Anzalna Mahu Bantu Mana Termampu, Fokus Famili Ada Anak Kecil “Sedih Tengok Banyak Rumah Dinaiki Air, Kereta Dan Motor Rosak,” – Anzalna Mahu Bantu Mana Termampu, Fokus Famili Ada Anak Kecil

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI